Apa yang dilontarkan di sini hanyalah pendapat peribadi. Tiada kena mengena antara hidup mahupun yang telah meninggal.
Alhamdulillah.. semakin ramai yang telah
nampak dan faham tujuan Islam menyuruh kita menutup aurat. Ya, Islam tidak
menyuruh kita bertudung, tetapi menyuruh umatnya yang beriman iaitu lelaki dan
wanita menutup aurat. Aurat antara lelaki dan wanita semestinya tidak sama.
Hijab adalah kain atau sesuatu untuk menutup
aurat bahagian kepala, semestinya labuh sehingga menutup dada, tidak jarang dan
fabriknya tidak melekat. Selebriti terkenal Diana Amir telah berubah
penampilannya 360 darjah. Daripada seorang yang seksi boleh berubah kepada
penampilan muslimah yang mana boleh dicontohi oleh orang lain. Saya sangat
kagumi semangat beliau untuk berubah. Mashaallah..
Apa yang mengecewakan ialah masih ramai yang
mengenakan hijab atau tudung kepala hanyalah untuk berfesyen atau tujuan
tertentu sahaja. Mereka ini dapat dikategorikan sebagai golongan yang on/off
dalam berhijab. Bagi mereka hijab hanyalah sekadar fesyen, hari ini rasa nak
berhijab maka mereka berhijab. Esok-esok rasa tak nak maka mereka tidak
berhijab.
Selain itu, ada juga yang mengenakan hijab hanya pada tempat dan waktu tertentu sahaja, misalnya majlis akad nikah. Itu pun kerana diadakan di masjid. Jika tidak mereka terus tidak mengenakan hijab. Apa yang lebih menyedihkan bahagian lengan dibiarkan terdedah sedangkan kepala ditutupi hijab.
Selain itu, ada juga yang mengenakan hijab hanya pada tempat dan waktu tertentu sahaja, misalnya majlis akad nikah. Itu pun kerana diadakan di masjid. Jika tidak mereka terus tidak mengenakan hijab. Apa yang lebih menyedihkan bahagian lengan dibiarkan terdedah sedangkan kepala ditutupi hijab.
Bila ditanya “ kenapa anda tidak mengenakan
hijab?”. Jawapan yang seringkali dijawab, “ belum sampai seru, nanti aku pakai
la”. Seru? Adakah mereka faham tentang seru itu? Sudah lebih 1400 tahun dahulu
lagi seru itu datang. Hanya mereka saja yang memekakkan telinga, membutakan
mata, membekukan hati daripada nampak semua itu.
Biarlah kita rasa terpaksa, lama-lama kita akan
terbiasa. Jangan hanya mewarisi keislaman daripada ibu bapa kita, tetapi selami
dan yakinilah islam itu sendiri. Kita sepatutnya bersyukur kerana lahirnya kita
terus islam. Bagaimana dengan sahabat kita yang bukan islam?
“ Tak apalah nanti dah kahwin aku pakailah
tudung”. Kenapa nak tunggu kahwin? Kenapa tak sekarang? Adakah kita yakin
bahawa kita akan hidup esok, 10 tahun, atau 20 tahun lagi? Kita tak tahu bila
waktunya kita mati. Jadi, kenapa nak kena tunggu esok atau nanti, buatlah
sekarang.
Seiring dengan peredaran masa sekarang,
semakin ramai pereka fesyen tampil memeriahkan fesyen muslimah dengan pelbagai
pakaian dan hijab yang mengikut syariat.
Tidak ada alasan lagi untuk kita tidak bergaya walaupun mengenakan hijab.
Tidak ada alasan lagi untuk kita tidak bergaya walaupun mengenakan hijab.
Sebenarnya diri kita lebih cantik dan indah
sekiranya tidak berpakaian seksi kerana wanita sememangnya seksi. Ingat! Masa
depan kita adalah akhirat. Kejarlah kebahagian disana.
Wasalam..
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe