advertisement

BALIK AWAL KERJA ADAKAH TANDA MALAS??

Ok, hari ni tak tahu nak update apa, sebab otak tengah beku dek kerena cuaca yang sangat sejuk. Kalau ikut hati dan company ni bapak ai yang punya, memang malas kot nak datang kerja. 

Sebelum tidur dah tahu hujan turun, celik ja mata hujan masih turun. Memang kalau ikut hati nak ja tarik balik selimut tu kan. Ops, solat subuh jangan lupa (hihi)..


MasyaAllah, nak mandi tadi memang rasa cramp habis semua otot2 dan tulang. Ai ni jenis yang tak tahan sejuk. Air ni la sejuk macam kat bukit-bukit plak. Ni yang buatkan ai rindu suasana kat kampung. Kalau guna air telaga (perigi) memang tak sejuk gedi (sejuk sangat2 la) sangat. Air perigi ni dalam tanah, jadi bila kat permukaan tanah atas ni sejuk, automatik bawah tanah dia jadi suam2 gitu, so suhu air pun terpengaruhlah sekali. Jadi, nak mandi tak dak lah sejuk sangat air perigi berbanding air dalam tangki. 

Eh, apa punya panjang celoteh ni, sambung balik bab balik kerja awal ni. Chop2.. nak cerita ni bukan balik kerja awal pada waktu, tapi balik kerja on time. Dah balik on time, datang pun mesti on time k. 

Semalam bos ai bagi kerja last2 minute plak. Kelam kabut nak siapkan sebelum jam 6. Ai ni jenis yang datang dan balik kerja on time. Kalau kat sekolah dulu kan ada loceng, bunyi ja krrriiiiinnnngggg tu, terus kemas2 beg dan angkat kaki blah (tapi tunggu bagi salam kat cikgu dulu la). Macam tu gak la kat tempat kerja. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. Masa kerja ni buat kerja betul2, jangan dok sibuk berFB, update blog (ops ai la tu). Dah sampai masa balik, apalagi balik lah..tak payah nak OT bagai. 

Orang yang wat kerja efisyen, dia akan datang tepat pada masa dan balik on time, dan kerjanya siap. Kalau balik awal kerja tak siap, tak efisyen ok. If la kalau kerja tu boleh pospone esok. Lagi satu, jangan plak datang kerja lambat, balik laju ja kan.. tak baik tau macam tu..



Meja dah la tak kemas elok2 sebelum balik, sebab ada document nak kena keluar hari ni. 

Tepat jam 6 ai pun angkat la kaki blah dari office. Sampai ja pagi ni, alamak penuh document atas meja. Bossssssss punya kerja la ni. Pesanan untuk ai buat kerja pagi ni la tu.. Adooiii, spoil mood betul bos ni mai2 meja berselerak.Dah la malas sebab cuaca sejuk sangat ni. Huhu..

Moral of this story, cakap kat boss jangan wat kerja last minute.. Haha..

Wasalam..




1 comment:

  1. Fuuhh..rini penat sangat sebab patient terlalu ramai tapi doctor jpl just 3 orang.

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...