Ooh, jika isteri sudah hilang serinya, si suami buat keputusan untuk mencari "kepuasan" lain di luar sana, nampak sangat hanya duniawi yang dicari. Apakah susah sangat nak luahkan kepada isteri tentang masalah yang kecik cuma ( bagi ai la, kecik ja pun, boleh cakap elok2 kan.).
Pendapat seorang Ustaz |
Kecantikan hanyalah subjektif sahaja. Jika suami benar-benar menyayangi isteri mereka, sepatutnya luahkan apa yang terpendam dan berbincanglah elok-elok. Kan?
Betul lah ramai yang cakap, no body perfect (tiada manusia yang sempurna). Tapi, alasan si suami betul2 buat seorang perempuan macam saya ni meluat. haha..
Jika ikut hati ai ni, memang tiada maaf bagi mu. Kalau setakat curang biasa2 tu ok lagi kot.. Tapi sampai dah terlanjur, kau fikir layak ke nak dimaafkan?.
Inikah pemimpin yang kita harapkan dalam rumah tangga?
Nota perut:- Si isteri, kalau suami mampu bagi duit belanja lebih untuk kecantikan u ols, jaga lah.. Bukan apa, bonus wat suami.. Siapa yang tak suka cantik, kan..
Nota Kaki:- Suami hanya pandang kecantikkan luaran macam ni, kick ja jauh2...haha
Nota hati :-Sekadar luahan hati ai saja. Sebarang komen berbentuk negatif amat tidak dialukan. Ai hanya memberi pendapat peribadi tiada kena mengena antara hidup atau mati.. Hihi..
Dah jadi viral benda ni.
ReplyDeleteGeram je baca.
Dua2 salah.
Tapi xyahlah sampai cari pompuan lain semata-mata isteri x hias diri.
Tegurlah isteri direct maybe die tak faham bahasa tersirat.
Isteri penat kot anak lagi..hal rumah lagi..
Saya kalau cuti dok rumah pun muka dah macam orang gaji.
Time keje je berhias.
Tu la kan, pada saya komunikasi tu penting (cewah, kawen pn belum kan, haha). Alasan tak leh terima, curang masa mengandung anak first lagi tu..Huhu
Delete