Sebagai warga atau anak kelahiran Pendang, Kedah, saya agak terkilan dengan mesej-mesej atau coretan rakan-rakan Facebook yang menyatakan pendapat mereka seperti "Beringatlah orang Kedah, Allah dah turun bala tu", "peringatan Allah wat warga Kedah, beringatlah".
Setiap musibah atau kejadian alam itu berlaku seperti banjir, kebakaran , mahupun puting beliung adakah bala yang diturunkan Allah? Bencana alam yang berlaku mungkin ialah ujian Allah kepada hambanya. Kita harus redo dan bersabar menerima ujian bukannya terus menghukum dengan mengatakan ianya adalah balasan Allah.
Siapa kita untuk terus menghentam dengan mengatakan Allah menurunkan hukumannya. Wallah huaklam.. Tak tercapai dek akal saya akan kebesaran Allah.
Puting beliung sudah 4 kali berlaku di Kedah, yang mana mula-mulanya adalah di daerah saya sendiri iaitu Pendang, kemudian Alor Setar. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. Semoga anda menerimanya dengan redo.
Gambar puting beliung yg berlaku di Alor Mengkudu, Pendang. Pada 14 Oktober 2014, Jam 4 petang |
Antar rumah yang mengalami kerosakkan |
Pada 31 Oktober 2014, kita dikejutkan lagi puting beliung berlaku di Alor Setar, dalm sehari terdapat 2 kali pusaran angin berlaku. Tiada kemalangan jiwa juga yang dilaporkan.
Baru-baru ni iaitu pada 11 November 2014, terjadi lagi sekali iaitu di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, Alor Setar.
Gambar yang berlaku di Alor Setar tak ada pulak dalam simpanan saya. Semoga mereka yang menerima musibah ni bersabar dan menerima ujian Allah ini dengan Redo.
Wasalam..
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe