advertisement

RESEPI : KEK BISKUT KEJU (CHEESEKUT)



Dah lama ai teringin nak makan cheesekut ni. Nak beli yang siap dah tu tak jumpa plak dekat-dekat rumah sewa ai ni. Bagi memenuhi hajat ai (perasan ja memenuhi hajat, dia yg nak makan la) housemate merangkap office mate merangkap best friend ai tolong buatkan. Hihi.. Apa-apa jala kan, yang pasti bila dia buat ai pun dapat tumpang sekaki. Haha.. Thanks la my lovely friend. Huhu

Ai Cuma tolong sikit-sikit ja. Lebih sibuk nak ambik gambar ja sebenarnya. Lepas tu, yang mana lebih-lebih tu ai tau nak masuk mulut ja. Huaaaahahaha..
Ok, mungkin ada yang teringin kan, u ols boleh buat sendiri ja, senang sangat tau nak buat cheesekut ni. Tak payah pun nak bake atau boil atau kukus ka. Kacau dan celup-celup ja, pastu susun-susun. Jom tengok camna nak buat cheesekut ni.

Memandangkan my friend ni makan Meal Shake Shaklee tu jadinya kita orang tambahkan resepi ni dengan meal shake. Untuk u ols yang makan Meal Shake, ESP, Cinch Shake atau Collagen powder boleh lah tambah sekali untuk memperbagaikan resepi nak makan suplemen tersebut.

Bahan-bahannya adalah.....

1.Cream cheese – we all guna Tatura punya brand, 250 gram (berat tu ikut la kesesuaian ye, kalau nak buat banyak, lebihkan atau sebaliknya)
2.Biskut cream crackers Hup Seng (brand apa pun tak kisah sangat asalkan cream cracker la baru sedap)
3.Susu full cream (kalau low fat nanti macam tak sedap ja), we all guna Good Day yang kecik tu ja, sebab sikit ja pun nak guna. Sesuai la dengan cheese tu.
4.Lemon (tak nak letak pun tak pa). Perahkan sedikit ja.
5.4 sudu makan Meal Shake. Kalau ada letak lah.
6.Nestum. kalau tak nak letak pun boleh, yang ni ikut suka lah.
7.Nuttela. yang ini pun sama, tak nak letak pun tak apa, ikut suka hati lah.
8.Satu sudu makan susu pekat manis. Apa-apa brand pun boleh.

Ni lah bahan-bahan yg we all guna. Resepi penuh dari my friend la, Ai mana reti buat. huhu



Cara-cara membuatnya



1. Blendkan cheese dengan sedikit susu segar (3-4 sudu makan), susu pekat manis dan meal shake. Blendkan bagi sebati ja. Kalau tak nak blend boleh juga putar/pukul dengan sudu sahaja. Nak senang blend la. Kemudian letak perahan lemon sedikit.
Nilah hasil selepas di blend


2.Lepas tu, letak sedikit air panas dalam mangkuk, atas mangkuk tu letakkan bekas yang berisi susu segar. Ini sebab nak panaskan sedikit susu. 



Nampak kan mangkuk yg kat bawah tu, yg tu ada isi air panas. Yang loyang kat atas tu letak susu segar. Sikit ja, tak payah banyak sangat

3.Rendamkan biskut ke dalam susu tadi. Pastikan tidak direndam lama. Tips, balikkan biskut sekejap sahaja kemudian susun didalam bekas.




 
4.Apabila dah siap selapis biskut, layerkan pulak dengan cheese. 

5.Ulang step 3 dan keempat. Boleh jugak layer cheese di selang dengan Nuttela dan Nestum. Kalau tak nak letak nuttela dan nestum, layerkan sahaja cheese dan biskut. 

6.Buatlah sampai habis cheese. Last sekali pastikan lapisan cheese ye. Bahagian atas sekali bolehlah dihias.


Yang ni lapis yg di tabur nestum, nyummmmm


7.Lepas tu, simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bila sejuk. Nanti senang nak potong.




Cadangan : jika tak nak letak Nuttela/Nestum boleh lebihkan sedikit susu pekat manis. Ini supaya kek nanti tak la tawar. Nuttela dan nestum ni ada rasa.
Lagi satu untuk hiasan atas sekali u ols boleh letak buah-buahan seperti strawberi, kiwi, buahan campuran dalam tin. Yang we all letak ni biskut oreo ja. Hihi. Hiasan boleh ikut u ols lah apa pun.

Ok siap cheesekut we all.. Ok we all nak makan dulu. Jemput ye.. nyum..nyum..
Alhamdulillah...



 

2 comments:

  1. Nampak sedap. Boleh buat sendiri ni. Nampak macam senang. :DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat sis.. asasnya cheese, biskut ngan susu.. yg lain kita leh olah guna cara kita.. :)

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...