advertisement

MERDEKA-DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


31 OGOS 2014,


Malaysia terus gah di mata dunia, sudah 57 tahun Malaysia merdeka. Kebelakangan ni, malaysia terus digemparkan dengan isu pencerobohan rakyat Sulu ke sebelah timur Sabah. Selepas itu, isu MH370 dan MH17 yang mana ada kaitannya dengan kuasa-kuasa besar dunia. 

Jika benarlah kuasa-kuasa besar ini ingin menggugat keharmonian negara kita lagi, Kita sebagai rakyat harus berdiri teguh mempertahankannya..
Cewah2 semangat pulak saya kan. 

Malaysia adalah penyokong kuat kerajaan Palestin yang sedang bergelut mempertahankan tanah air mereka daripada Israhell. Sebelum negara menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yg ke-57, kita mengetahui bahawa perang yang berlangsung selama 51 hari di Gaza telah berakhir. 

Sambutan kemerdekaan menjadi lebih ceria dan bermakna. Bagi saya Palestin dan Malaysia adalah satu. Kita akan terus menyokong Palestin. Di sana ada Al-Aqsa. 

 Ok lah, saya tak mau celoteh banyak. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-57 semua.

Disini lahirnya sebuah cinta.

Wasalam..

BUANG TOKSIN DENGAN BANTUAN HERB-LAX DAN ALFALFA



TOKSIN secara mudah untuk difahami adalah bahan buangan yang tidak elok, benda asing yang akan memudaratkan tubuh. Nak lagi senang faham sampah sarap bersepah dalam badan.
 
Jika sistem semula jadi tubuh tidak mampu untuk membuang toksin  secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan terjadinya masalah seperti kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.


Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
 “Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin dari tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing.

Toksin terdapat hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Sisa-sisa ini akan terkumpul untuk satu jangka masa dan menghasilkan toksin. Sepatutnya semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi membabitkan dua organ utama iaitu hati dan usus. Jadi kalau kita hendak pembersihan yang menyeluruh, dua organ tersebut perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan.

Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi orang normal. 

Sekiranya pembuangan air besar tidak berlaku setiap hari, ini mungkin disebabkan masalah penghadaman.  “Sebenarnya masalah ini berkaitan dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat dan minum air masak. Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. “Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan. 


Sumber,
Utusan Malaysia
****************************************************************************************************

Jika anda mempunyai masalah pencernaan seperti sembelit, atau pembuangan air besar tidak dilakukan setiap hari, anda patut check pemakanan anda. Pastikan ambil cukup air dan serat.
Cara untuk pastikan jumlah air kosong diambil secukupnya mengikut berat badan.
Setiap 25kg berat = 1 liter air
Selain itu, anda boleh mencuba Herb-Lax
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Selain Herb-Lax, Alfalfa juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan herb-lax. Jika anda seorang ibu yang menyusu, adalah tidak digalakkan mengambil herb-lax. Oleh itu, anda boleh gantikan dengan Alfalfa. Herb-lax juga mengandungi Alfalfa, akan tetapi herba-herba lain yang membuatkan ianya kurang sesuai diambil ibu menyusu. Bukan itu sahaja, Alfalfa sangat bagus sebagai milk booster.   
Alfalfa di packing dalam 2 saiz


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan 
Awas! kedua-dua produk ini tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu hamil serta pesakit lupus eritematosus sistemik(SLE). 
Kedua-dua produk ini sangat bagus membantu anda lawas serta membantu mencuci usus. Banyak penyakit bermula daripada usus, sebab organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. Jika ia tidak dikeluarkan maka toksin itu diserap semula dalam badan.  Herb-lax dan Alfalfa dapat membantu mencuci dinding-dinding usus daripada sisa najis-najis lama. Dengan sistem pencernaan yang sihat, secara tidak langsung, toksin dapat dikeluarkan setiap hari melalui perkumuhan. 
Tingkatkan keberkesanan produk ini dengan mengambil air kosong mencukupi ye. 


Anda mahu mencuba?

Jika anda ingin membeli sendiri anda boleh membuat order sendiri dengan klik 


 



 Atau anda boleh hubungi saya untuk saya bantu anda. Tiada upah konsultasi dan urusan order.



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Hari ni 29 haribulan dah, esok last la promo GLA ni. Rugu siapa tak beli time promo. Kalau tak sempat promo pun tak apa, GLA bukannya mahal sangat pun.
APA ITU GLA?

GLA Complex Shaklee ni..........minyak borage, vitamin E dan minyak bunga matahari.
Ianya merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 


Anda Bagaimana? Jika sebelum ni sering mengalami masalah senggugut atau PMS, boleh mencuba ini dan rasai kelainannya. 

Boleh jugak baca ini :-
Kelebihan GLA Complex Shaklee 
GLA membantu atasi jerawat dan masalah hormon 


 Jika anda berminat untuk mencuba kelainan GLA dan ingin order sendiri boleh klik




Panduan order online
Pastikan bahawa anda menggunakan kad kredit atau debit ye. Atau mahu order melalui saya pun boleh. Hubungi saya ye. 



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
 


CARA ORDER ONLINE MENGGUNAKAN KAD KREDIT ATAU DEBIT

 Untuk buat belian secara online sendiri, anda perlu mempunyai kad kredit atau pun kad debit. Kalau kad ATM biasa TAK BOLEH ye. Kalau anda nak guna cash deposit atau ATM, order melalui saya boleh. Ini cara untuk yg nak order sendiri tak mau melalui saya, tapi nak direct ngan Shaklee. 

ZINK KOMPLEK

 Zink Komplek merangkupi semua komponen zink yang diperlukan oleh tubuh badan. Saya senaraikan fungsi-fungsi zink kepada tubuh.
1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran
2. Mengelakkan masalah kulit kering, gatal
3. Antioksidan
4. Meningkatkan fungsi seksual terutamanya lelaki
5. Mengelakkan kanser prostat
6. Menguatkan akar rambut, merawat kelemumur



Selanjutnya tentang zink boleh baca di Apa itu zink dan fungsinya?


Jika anda rasa tanda-tanda masalah kepada tubuh badan misalnya rambut gugur yang kronik, mungkin disebabkan oleh kekurangan zink. Anda mungkin memerlukan suplemen.

***********************************************************************************


Shaklee ialah syarikat pengeluar suplemen terbesar di US dan telah berada di pasaran hampir 60 tahun. Setiap tablet mengandungi 12mg zink dan ianya cukup untuk keperluan harian. 

5 sebab utama mengapa anda perlu menambahkan suplemen zink dalam diet anda :-

1. Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Jika anda berada dalam pantang (selepas melahirkan) anda memang memerlukan suplemen zink untuk membantu cepatkan luka untuk sembuh, dalaman mahupun luaran. Dalam proses berpantang, banyak makanan yang sejuk perlu dielakkan, hal ni mungkin menyebabkan anda kehilangan sumber nutrien yang diperlukan. Dalam proses itu jugak, anda memerlukan nutrien yang cukup untuk proses penyusuan bayi anda. 

2. Perkembangan fizikal dan mental terutamanya kanak-kanak
Kanak-kanak yang membesar sangat memerlukan zink utk membantu tumbesaran mereka bermula daripada dalam kandungan lagi. Ibu-ibu tersayang, bekalkan zink yang cukup sejak dari dalam kandungan ye.

3. Meningkatkan fungsi seksual terutamanya lelaki.
Pasangan yang merancang memiliki anak, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks terutamanya lelaki.

4. Penjagaan kulit
Zink adalah sumber antioksidan yang membantu mengelakkan kuman/bakteria terutamanya bahagian organ kulit. Jika anda memiliki masalah kesihatan kulit seperti jerawat/akne, ruam, ekzema, dan kelemumur, jangan lupa menambahkan zink dalam diet anda. 

5. Masalah keguguran rambut.
Masalah kelumumur kronik boleh menyebabkan rosak akar rambut serta nutrien tidak dapat disalurkan dengan baik kepada rambut. 

Jika masalah-masalah diatas berlaku kepada anda, amatlah digalakkan menambah suplemen zink dalam diet anda. 






Jika anda berminat untuk mendapatkan Zink Complex sebagai stok suplemen anda boleh hubungi saya.

Atau anda pengguna kad kredit @ Debit berminat untuk order sendiri anda boleh klik:-

ORDER  
  

Rujuk sini cara order online:-



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



 

APA ITU ZINK DAN FUNGSINYA?




Apa itu ZINK? Penting tak pada tubuh? Cam mana nak dapatkan ZINK? Berapa nak kena ambil?

Banyak tu persoalan-persoalan di minda. Nanti saya rungkai satu2 dalam bentuk yang mudah nak faham ok.

APA ITU ZINK?

Zink ialah merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan. Ianya merupakan komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

PENTING KE ZINK PADA TUBUH?

YA ianya penting kepada tubuh badan. Setiap kelas enzim termasuklah metaloenzim zink. Setiap fungsi biokimia dipengaruhi oleh logam ini. Sebagai enzim yg menjalankan pelbagai fungsi gejala kekurangan zink boleh membuatkan ia sukar utk mendiagnosis. 

Kekurangan Zink boleh menyebabkan pertumbuhan abnormal fizikal dan mental dikalangan kanak-kanak. Selain itu, kekurangannya juga turut memberi kesan kepada masalah kulit, kuku, dan rambut. Kulit pucat, kering dan kasar, jerawat, ekzema, ruam, psoriasis dan kulit berminyak adalah semua gejala hypozincemia. Kuku anda boleh memaparkan bintik putih, pertumbuhan yang lemah, dan keradangan kutikel, manakala kelemumur, pertumbuhan miskin dan kehilangan rambut boleh merosakkan kulit kepala.

Jadi, jawablah sendiri penting tak zink?

MAKANAN KAYA ZINK

Untuk mendapatkan kandungan zink yang baik dari makanan seeloknya diambil mentah kerana zink akan mudah hilang dalam proses memasak. Sumber Zink yang terbaik termasuklah ikan, kacang, telur, bayam, daging tanpa lemal, ayam dan tiram.

KEPENTINGAN ZINK

Ni saya senaraikan kepentingan zink:-

1. Penjagaan kulit(Jerawat/akne) : Kajian mengatakan zink berkesan utk menyembuhkan jerawat/akne. Zink adalah antibiotik dan penggunaan antibiotik baik untuk merawat jerawat. Mineral ini sgt penting utk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dlm badan yg memainkan peranan yg dominan dlm menyebabkan jerawat.

2. Ekzema : atau nama lain dermatis atopik, adalah sejenis gangguan pada kulit. Ia sebahagian besar adalah disebabkan kekurangan zink.

3.  Penyembuhan luka : Badan manusia mempunyai beberapa enzim yg bergantung kpda zink, ia menggalakkan sintesis kolagen dan membantu dlm proses penyembuhan luka.

4. Gangguan prostat: Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan terjadinya terdedah kepada kanser. 

5. Antioksidan 

6. Kanser : Zink adalah kumpulan enzim yg membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dll. Bagi lelaki, ianya memainkan peranan penting dalam kalenjer prostat dan mencegah kerosakkan awal yg boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

7. Masalah kulit kepala dan rambut : Ianya membantu mengawal kuman pada kulit kepala serta menguatkan akar rambut. Kebanyakkan doktor mencadangkan mengambil diet kaya zink.

8. Kehilangan tulang : selain kalsium, magnesium, zink juga memainkan peranan dalam menguatkan struktur tulang. oleh itu, tambahlah kandungan zink dalam diet anda utk mengelakkan kehilangan tulang.

9. Rabun malam : pengambilan kira-kira 150-450mg zink akan memperbaiki penglihatan.

10. Pembiakkan : bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara kaum wanita ianya membantu dalam semua peringkat terutamanya semasa mengandung dan menyusu untuk tumbesaran bayi.

11. Mengawal berat badan : ianya membantu mengawal selera makan

12. Jangkitan kuman/bakteria : Zink membantu seseorang mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dlm menggalakkan pertumbuhan janin. 

13. Fungsi biologi : Ianya memainkan peranan penting dlm fungsi biologi seperti pembiakan, kawalam paras gula dalam darah, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman. 


BERAPA BANYAK ZINK PERLU DIAMBIL DALAM DIET SEHARIAN

Boleh rujuk dibawah:-

Birth-6 months  -  2 mg
Infants 7-12 months  -  3 mg 
Children 1-3 years  -  3 mg
Children 4-8 years  - 5 mg
Children 9- 13 years  -  8 mg
Teens 14-18 yrs  -  boys: 11mg ,  girls: 9 mg
Adults  -  men: 11 mg ,  women: 8 mg
Pregnant  -  teens : 12 mg  ,  women: 11 mg
Breastfeeding  -  teens: 13mg  ,  women: 12mg


Jadi, jelas kepada penerangan saya kat atas? Anda tentukan sendiri sama ada penting atau tak zink kepada badan kita. Pastikan anda mengambil zink yang cukup, jangan diabaikan kepentingan walaupun jumlahnya yg kecil tapi berperanan besar. 







PALESTIN BUMI RAHMAT

Saat saya menulis entry ini saya baru sahaja selesai membaca artikel-artikel dalam Majalah Al-Islam edisi September 2014 dalam ruangan Laporan Khas. Sayu sahaja hati ini membaca dan memahami fakta-fakta yang penulis sampaikan. Rasa bertuahnya jikalau saya dilahirkan di kalangan banga-bangsa hebat seperti rakyat Palestin. 

Banyak disebutkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah akan bumi Palestin ini. banyak keajaiban yang dunia dapat lihat hari ni di bumi Palestin. Ketika entry ini ditulis sudah sebulan lebih bumi Gaza diserang oleh Israhell Laknatullah(xsesuai nk istiharkan Israel tu).


BERKATNYA BUMI PALESTIN

1. Bumi Hijrah Nabi Ibrahim dan Luth
2. Allah mewariskan tanah kepada Musa A.S. dan kaumnya yg ditindas oleh Firaun dan sekutunya sebuah bumi (Semenanjung Senai)
3. Banyak penempatan yg aman makmur antara Palestin dan Yaman ketika pemetintahan Sulaiman A.S
4. Palestin sebagai tanah suci- kerana didalamnya ada Masjidil Aqsa
5.  Perkataan Barakna dalam Al-Quran merujuk kepada Tiga makna:-
a)Tanah air Palestin(kami berkati)
b)penduduk Palestin(kami berkati)
c)Keberkatan yg menjangkau kawasan sekitarnya
6. Palestin sebagai bumi mujahidin
7. Tempat Tumpuan Umat Islam ketika berlaku ujian berat dan Fitnah
8. Peperangan Mukmin dan Musyrik dan Dajjal dibunuh
9. Tanda Akhir Kiamat


BILA KELAHIRAN ITU LEBIH TINGGI DARIPADA KEMATIAN

Israhell terus mensasarkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagi mereka apa yang lebih membimbangkan adalah kelahiran-kelahiran baru, ibu-ibu yang subur terus melahirkan generasi yang baru kerana di situ akan lahirnya pemimpin yang hebat, para shuhada dan akan terus menjadi kekuatan kaum Palestin.
Statistik terbaru melaporkan dalam tempoh sebulan perang yg dilancarkan bermula Ramadan lalu, seramai 4500 bayi telah dilahirkan. Statistik telah dikeluarkan oleh pejabat Awam di Kementerian Dalam Negeri, Gaza pada tahun 2012 melaporkan, data yg menunjukkan angka kelahiran dengan kematian di Gaza adalah 15 nisbah 1. 

Berkat bumi Palestin lagi ialah memiliki tanah yang subur, ikan-ikan yang banyak biarpun bekalan sumber air sukar didapati serta Zionis menyekat nelayan daripada keluar mencari ikan. Ternyata keadaan perang di Palestin tidak sama sekali dengan keadaan perang di tempat-tempat lain. Mereka tidak meminta-minta malah melebihkan saudara mereka.

Satu lagi kelebihan di Bumi Palestin yang dikongsi penulis ialah, kehebatan tentera Al-Qassam. Al-Qassam sangat digeruni oleh pihak musuh. Setiap anggotanya mempunyai begitu kuat keimanannya. Di sebalik topeng-topeng tersebut ialah pemuda-pemuda perindu Shuhada. Sesungguhnya mereka mempunyai semangat yg kental serta tidak takut mati, mengharapkan syahid serta syurga Allah.

Syarat-syarat menyertai Al-Qassam:-
@ Gigih berpegang dgn ajaran Islam
@ Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah
@ Menjaga solat lima waktu secara berjemaah
@ Berdisiplin dan mentaati pemimpin
@ Mencintai dan bersedia untuk syahid.

 5 PESANAN SYEIKH AHMAD YASIN- RAHSIA KEKUATAN PALESTIN


1. meninggalkan keseronokan dunia kembali kepada Allah. Telah tiba saatnya bangun mengerjakan solat subuh berjemaah
2. Solat tepat pada waktunya, mengamalkan Al-Quran serta mencontohi Rasulullah
3. Wahai pemuda, sedarlah dan hayatilah makna tanggungjawab, sentiasa memohon pertolongan Allah semoga diberi rezeki yang berkat. Janganlah lalai dengan alunan muzik serta gantikan dengan zikir
4. Wahai Puteriku, Berjanjilah kpda Allah akan mengenakan jibab secara jujur dan betul. Jadilah Ibunda Kalian, Kahdijah dan Aishah sebagai teladan
5. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian, bertawakal lah kepada Allah..


Sebagai kesimpulannya, pesanan Syeikh Ahmad Yasin ditujukan kepada seluruh umat Islam tak kiralah dimana pun berada. Dekatkan lah diri kepada Allah, lupakan duniawi yg sementara ini. sesungguhnya kiamat itu sudah dekat. Bersediakah kita?


kelahiran bayi-bayi di Palestin


Tentera Al-Qassam sujud syukur





Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

TABUNG AMAN PALESTIN:-

Tabung Aman Palestin Media Prima -  MAYBANK 5642 7651 0331
Akaun Amanah Kemanusiaan - CIMB 8600 302489
MAPIM misi bantuan kecemasan GAZA - MAYBANK 5582 2062 1374
MERCY Malaysia - CIMB 1424 000 6561053

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA - BANK ISLAM 1202 90100 6564 3 ; CIMB 1259 0000 804 058
ABIM - BANK ISLAM 14023 01 0011219

AMAN PALESTIN -
BANK ISLAM 1202 90100 4788 0
MAYBANK 5622 6301 0787
BANK RAKYAT 2208 0619 5922

YAYASAN AMAL MALAYSIA, TABUNG PALESTIN AMAL MALAYSIA
BANK ISLAM 1305 301 00 6474

AQSA SYARIF BERHAD -
MAYBANK ISLAMIC 551575 004299
BANK ISLAM 1209 20100 34904

PERTUBUHAN VIVA PALESTINA MALAYSIA
RHB BANK 214 277 000 53582



 Sumber diperolehi daripada,

Majalah Al-Islam Edisi September 2014
Google








BAHAYA TOKSIN



TOKSIN secara mudah untuk difahami adalah bahan buangan yang tidak elok, benda asing yang akan memudaratkan tubuh. Nak lagi senang faham sampah sarap bersepah dalam badan.

Kita sedia maklumkan, benda tidak elok atau tidak baik mestilah memberi kemudaratan kepada kita jika di simpan terlalu lama. Persoalannya macam mana toksin terhasil dan cara untuk mengurangkannya?

TIPS- Saiz Hidangan vs Jenis Hidangan

Saiz hidangan yang penting bukan jenis makanan!

 

check kolestrol yang diambil dalam setiap hidangan

VITAMIN B KOMPLEK

Fungsi vitamin B adalah berbeza setiap satunya. Vitamin B ada banyak jenis sehingga disebut sebagai B-komplek. Ianya terdiri daripada  B1 (thiamin)‎, B2 (riboflavin)‎, B3 (niacin, niacinamide, vitamin P, vitamin PP)‎, B5 (asid pantothenik), B6 (pyridoxine, pyridoxal, pyridoxamine, pyridoxine hydrochloride)‎, B7 (biotin, vitamin H)‎, B9 (asid folik)‎, B12 (beberapa jenis cobalamin).‎ Vitamin bersifat larut air sama dengan Vitamin C. Banyaknya jenis vitamin B serta fungsinya yang pelbagai, secara dasarnya, kita hanya perlu mengetahui fungsinya secara umum cukup memadai. Secara amnya, Vitamin B bagus untuk fungsi otak dan daya ingatan.

Vitamin B antara vitamin wajib untuk kita ambil setiap hari. Kenapa saya berkata begitu? Jom ketahui fungsi B-Komplek


Antara Fungsi utama B-Komplek

RESEPI PUDING ROTI

Ni semua penangan FB kan. Mentang-mentang saya tengah puasa, banyak pulak resepi yang timbul. Geram lak saya, rasa nak cuba ja resepi ni. Saya memang suka makan dessert ni, kadang-kadang makan dessert mengalahkan makan makanan utama. Kalau p event apa-apa, first tengok dessert dulu. hihi..

Saya tak ingat lak saya ambik resepi ni kat mana. Malas lak nak cari.


RESEPI PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan nya:-
ni anggaran utk 5-6 orang makan (ikut resepi asal saya ambik tu)

1. 5 kpg roti potong gardenia (ada yg saya baca kat resepi org lain, klu guna roti yg kasar/keras skit pn ok)
2. 1 sb mentega/butter
3. 1/2 cawan gula ( yg ni kna jgak ikut rasa masing2)
4. 3/4 tin susu cair ( saya guna susu full cream dutch lady)
5. 3 biji telur
6. 1/2 st vanila
7. kismis/buah-buahan kering

Cara membuatnya:-
1.


1. Sapu mentega pada roti, kemudian carik-carikkan dan letak dalam loyang pembakar.



 2. Putar susu, telur dengan gula sampai gula hancur.(Kalau nak lagi mudah, blend kan bahan ni)






3. Tuang bahan yg di putar tadi dalam roti. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum dibakar. (tip yg saya dapat, rendam kan dulu roti bagi meresap elok, nak elakkan roti mengembang masa bakar nanti).
Kemudian taburkan buahan kering ( Saya guna kurma sebab masa tu kismis xdak)


4. Panaskan oven dengan suhu 200 dgree, pastu leh bakar selama 30-35 minit (sampai masak la). Saya guna microwave je, oven tak ada..hihi



Kemudian siap.. ni lah hasil percubaan pertama saya:-

Kecik ja ni sebenarnya, saya buat separuh ja pada resepi kat atas tu sebab nak makan pun 2 orang ja. Ngan housemate saya. Kononnya nak buat utk berbuka petang nanti. So selamat mencuba ye.


:)



KELEBIHAN VITAMIN C

Kalau nak kulit sentiasa cantik mesti rata2 orang suggestkan vitamin C.. vitamin C ni utk kulit cantik je ke? Jangan salah paham k, Vit C ni kebaikan ia lebih daripada tu..

Jom tengok apa kebaikan Vitamin C yg patut anda tahu..
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air
haa banyak kan kebaikan Vitamin C ni, apa yg penting ia sebagai anti-oksidan semulajadi tubuh. Tapi, Vitamin C bersifat larut air dan mudah hilang/rosak disebabkan oleh beberapa faktor spt:
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan.
Mana nak dapatkan Vitamin C supaya ia Mencukupi dalam badan kita.. Saya dan keluarga mengamalkan suplemen dan ianya adalah keluaran Shaklee. Shaklee telah menghasilkan Vit C dlm bentuk tablet yg mana mudah utk kita mengambilnya setiap hari. Didatangkan dlm dua jenis iaitu Vitamin C sustained release Plus dan Vitamin C Chewable Plus.
         
Vitamin C Sustained Release Plus bersifat "sustained release" (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini?

Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu
Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

Manakala, Vitamin C Chewable Plus lebih sesuai di kemam atau kulum di dlm mulut kerana rasanya lebih enak malah sesuai utk kanak2. Akan tetapi, org dewasa juga boleh ambil vit C chew ni jika mengalami masalah sukar menelan tablet. Bentuknya yg lebih kecil memudahkan utk di kemam di dlm mulut. fungsinya adalah sama dengan vitamin C sustained release.


Tahukah anda? Sebiji vitamin C shaklee bersamaan 7 1/2 biji oren segar. bestkan vitamin C ni. Mampukah nak telan oren sebanyak tu tiap-tiap hari? Kalau x, apakata dapatkan suplemen anda sekarang.



Berminat untuk dapatkan vitamin C??

Boleh klik untuk ORDER sendiri. Hanya untuk pengguna kad kredit atau kad debit. Dan jangan lupa untuk dapatkan konsultation secara percuma dengan saya.






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

TANDA-TANDA BADAN MENGALAMI DEHIDRASI




Berikut adalah 10 tanda mengalami dehidrasi dalam badan. Jadi pastikan minum air setiap hari.
===============================================================
1 Mulut kering dan lidah bengkak 


Cara terbaik untuk mengelak mulut kering dan lidah bengkak ialah minum air ketika haus, berjumpa lah dengan doktor.

2 Air kencing berwarna kuning pekat 


Apabila badan kekurangan air, buah pinggang akan cuba menghentikan atau badan dalam air
menjimatkan pengeluaran air kencing. Akibatnya air kencing bewarna lebih gelap atau kuning pekat.

3 Sukar buang air besar 


Ketika mengalami dehidrasi, usus besar akan menjimatkan air dalam badan dan akhirnya menyebabkan bahan buangan menjadi keras dan kering.

4 Kulit menjadi kurang kenyal


Anda juga boleh mencuba dengan mencubit kulit dibahagian siku. Sekiranya dicubit dan kulit lambat kembali normal atau mengalami sebenarnya kamu maka kenyal, tidak dehidrasi.

5 Jantung berdebar-debar 


normal atau sihat yang badan memerlukan berfungsi. Sekiranya berlaku penurunan aliran akibat dehidrasi, kebiasaannya jantung akan berdebar-debar.

6 Kekejangan otot 


 Kekejangan otot biasanya berlaku selepas selesai melakukan latihan atau sukan. Ia berlaku sekiranya badan mengalami dehidrasi kronik.

7 Pening


 Dehidrasi menyebabkan kepala menjadi pening dan pengsan. Salah satu tanda dehidrasi ialah badan rasa melayang ketika bangun dengan cepat ketika diposisi duduk atau tidur.

8 Mudah penat 


Dehidrasi-mengurangkan jumlah darah dan tekanan darah. Ia juga akan mengurangkan jumlah oksigen ke darah. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja dengan lambat dan menjadikan kamu cepat penat.

9 Air mata kering 


Air mata digunakan untuk mata. Air mata menyegarkan dan membersih.Ia berhenti keluar sekiranya jumlah air dalam badan semakin kurang.

10 Panas dalam badan 

Air memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Apabila mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh dan membuat badan kamu berasa panas.

Jika anda mengamalkan suplemen maka anda perlu minum air lebih dari kebiasaan. Hal ini kerana air membantu proses penyerapan dan pencucian dalam badan kita. Kuantiti yang disyorkan ialah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau nak minum lebih pun ok, tapi jangan la lebih-lebih sangat. Mudah saja nak tahu cukup ke tak cukup, tengok air kencing anda, kalau keroh macam air teh tu maka minum lah lagi. 

Awas! minum air kosong/putih tau. 3 liter tu tak termasuk air manis atau bewarna ye. 

GLA Membantu Atasi Jerawat Disebabkan Masalah Hormon

Suka saya nak bincangkan isu jerawat ni, sebab saya sendiri mempunyai masalah jerawat yang teruk. Dah detoks toksik, dah pakai itu ini, jerawat still naik, cumanya berkurang lah sedikit dari sebelum ni. 

Untuk atasi masalah jerawat saya ni, mula-mula saya fokus atasi resdung, saya ambil set resdung. Set ni sangat membantu mengatasi  masalah resdung dan elergi saya pada makanan laut. Akan tetapi, masalah jerawat memang agak makan masa. 

Selepas tu saya cari punca-punca lain berlakunya masalah jerawat ni. Memang, jerawat bukanlah penyakit berbahaya, tetapi sebagai perempuan yang masih bujang ni(hihi) dan bekerja mestilah benda ni akan menyebabkan kita kurang keyakinan. Bukan tu sahaja, jerawat yang naik ni akan menyebabkan kegatalan. Sedikit sebanyak menganggu keselesaan kita.

Panjang plak intro kan.. Maaf ye..

Jadinya saya mencuba GLA Complex pulak untuk atasi masalah hormon yang tak stabil ni. Mana saya tahu? hihi, yang gugirl mesti paham kan, kalau period datang tak on time, pms(termasuk jerawat) tu melibatkan hormon. Jerawat keluar tak tentu masa dan besar2 plak tu. 

Alhamdullilah jerawat makin kurang, nak hilangkan terus kena ambik masa sikit ye. Kena konsisten dan sabar, ok. 


Ya betul dengan harga istimewa.. Jom place order sekarang ( bulan 8 2014) ni tau.

 


GLA ni bukan fokus untuk perempuan sahaja ye. Sesuai juga utk kaun Adam. Rajin-rajin la jengah sini untuk tahu Kelebihan GLA Complex Shaklee.


So macam mana? rasa nak cuba GLA tak? 
Kalau anda pengguna kad kredit mahupun kad debit serta berminat nak order sendiri boleh klik  ORDER 


Nak beli dengan harga promo, beli 6 free 1 botol pada bulan Ogos 2014. jom pm saya personal. 




Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...