advertisement

Macam-macam

Selepas cuti yang panjang, I tak tau nak tulis apa sebenarnya ni.. Ni entri untuk santai-santai ja. 

Sebenarnya, I agak sibuk 2-3 minggu lepas.. Start dari 19 Jan sampai 5 Feb, I ada kursus intensif dan bertapa di USM sepanjang tempoh tu. Masa tu lah nak 'pulun' study untuk test, nak siapkan beberapa assignment. Untuk buatkan I lebih focus, tu yang I tinggalkan sekejap dunia maya ni.. Hehe.. Jangan kata blog, facebook I pun senyap ja.. 

Alhamdulillah.... all my test running well.. Harap dapatlah carry mark baik sikit ;)..

Lepas ja kursus intensif ni, seminggu kemudian, wedding adik I.. Yeah, my sister dah kahwin dulu.. Hehe... Akak dia? mestilah dok perasan muda tak habis-habis.. HAHA....

I tak 'kalut' sangat sebab abang I pun tak kahwin lagi.. HAHA... langkau 2 adik I ni.. nak wat camna kan jodoh, ajal, maut ni bukan kita tau.. Adik I yang selalu dok gaduh dulu dah kahwin.. ohh, cepat sungguh masa berlalu... :(

UPDATE: PERMOHONAN PROGRAM PJJ USM 2016/2017 DI BUKA

Assalamualaikum n salam sejahtera...

Disebabkan jumlah view yang tinggi dan ada juga dapat email bertanyakan tentang PJJ di USM ni. Memandangkan I adalah salah seorang pelajar dalam program ni, maka dengan ini I  nak kongsikan setakat termampu tentang program PJJ di USM ni. 

Untuk makluman yang belum tahu, tempoh minima untuk program Ijazah PJJ USM ni ialah 5 tahun. Ianya bermula pada sesi 2015/2016 lagi. So, jangan nanti buat-buat terkejut pulak ye (kalau minta laa).. 

Untuk permohonan sesi tahun depan kepada bakal pelajar baru telah pun dibuka Januari lalu. Disebabkan kekangan masa, I tak dapat nak update bulan lepas. Tak pa, jangan risau masih sempat lagi.. 


Lambat lagi tarikh tutup, so apalagi, mohon cepat...

Bagaimana nak mohon? 

Mohon anda baca di sini



Untuk maklumat lanjut, boleh ke link >> https://pohon.usm.my/

Inilah peluang anda sambung belajar bagi mereka yang telah bekerja dan sayang nak berhenti kerja. Kalau ikut pada pendapat I, sistem PJJ USM ni antara yang mudah dan murah. 

Bagi yang malas nak klik link tu, meh nak kongsikan jumlah yuran yang dikenakan dalam tempoh pengajian setahun.



Semoga membantu kepada mereka yang bertanya. Selamat berjaya sekiranya anda memohon. 




NK: Fast update after long holiday.. ^_^










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...