advertisement

QA ada peminat misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kan.. dah la ai rasa tak sedap badan.. tiba-tiba ada plak cerita lawak jenaka mamat oversea mana ntah dok meluah perasaan kat ai..

Gila lah weeehhhh, ai rasa macam nak muntah pun ada u olss.. serius tau.. Mana ngan ai pun rasa loya-loya tekak ngan sakit kepala..

Tapi kan.... Dalam macam tu pun, ai sempat lagi nak kenakan dia.. Ai reply plak messages dia.. hehe.. saja ja mula tu.. tapi makin biar makin menjadi plak..

Tak bersyukurkah?

Kita sibuk ke salon, makan pil kurus, make up muka tebal-tebal supaya kelihatan cantik. Buruk ke kita kalau tak buat semua tu?

Ai kan, satu ja masalah yang sampai sekarang buat ai rasa runsing. Jerawat..

Why aarr jerawat susah sangat nak hilangggggggggggg... yang lain ai tak kisah sangat.. 

Ai memang tak make-up, pakai krim siang ngan bedak ja. Kadang2 gatal bercelak. Gincu, memang tak aarrr.. (tak rajin nak ngadap cermin tempek tu semua). Ai make-up time dinner ja.. Haha..Tu pun biasa-biasa ja.

Ibu oohhh Ibu..





Ibu oohh ibu,
pagi2 scroll FB jumpa poster ni. 
Tiba-tiba rindu mak.

Masa kecik-kecik dulu selalu merungut bila mak suruh buat itu ini..
nak..nak kalau masa tu tengah tengok Tv atau main.
kadang-kadang mak marah, kadang-kadang dia buat sendiri.(mungkin dah penat nak marah).

Bila besar, baru rasa menyesal buat mak macam tu.
Sekarang baru reti nak feeling touching kalau peluk mak.
Mungkin dah dok sendiri, jauh ngan mak abah, baru tahu erti rindu.

Sayang mak.. sayang abah jugak. 


P/s: Salam jumaat semua. Badan tak sihat. nak berehat.. :)






Terkena strok haba..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dari pagi tadi lagi rasa tak sedap badan. Nak bangun pagi pun rasa payah ja. Macam nak MC ja hari ni, tapi memikirkan kerja nak kena buat, gagahkan juga. 

Rasa lama badan ni tak demam. Bila ada ja sikit tanda-tanda nak demam tu, mula lah kalut nak buat prevention.. Pasang pertahanan ketat-ketat. Paling penting minum air banyak-banyak. Biarlah kerap ke toilet pun, asalkan badan jangan sakit. Huhu..

Masa buat BW tadi jumpa pasal strok haba ni, tiba-tiba terfikir, ai dah kena ka?

SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS

Jom bersegmen lagi..

Kali ni dengan jejaka kacak

Mr JM.. haha..





Betulkah vitamin C diambil secara suntikan tidak mendapat kelulusan KKM?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi-pagi yang indah dan ceria ini, terasa nak blogwalking and scroll news feed kat Facebook, tiba-tiba terjumpa satu post dari seorang Doktor..


"Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM."

BLOG REVIEW #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ai tak pernah lagi buat review mana2 blog kan. Ni kira first time laa..

Blog ni antara yang terawal ai follow. Suka baca coretan blogger ni sebab santai n pendek ja. Blog pun simple and tak payah nak loading lama-lama. 

jeng..jeng..jeng.. 

Saspend tak?

10 fakta menarik tentang diet tinggi protein, kurang karbohidrat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tahun lepas terasa bahagia sekejap bila berat badan mula turun sikit-sikit. Last year ai ada ambik lecithin ngan alfalfa (hihi). Dah 6 bulan lebih rasanya tak ambik lecithin. 

Berat dah naik rasanya, tak timbang pun.. Malas nak tercongok atas penimbang tu.. Haha.. Tapi rasalah berat dah naik sikit. Yang pasti baju masih ok. Huhu 

Hikmah Rahsiakan Pertunangan

Assalamulaikum..

Rasanya idak lah layak mana nak bercakap soal ini, sebab ilmu di dada bukannya bagus mana pun. Tapi ai terasa nak tulis juga tentang ini sebab atas dasar sayangkan kawan dan sedara mara ai yang jauh mahupun dekat.

Mungkin dah jadi trend sekarang kot, bukan setakat majlis kahwin, malah majlis tunang juga menjadi medan lumba-lumba siapa paling cantik, majlis siapa paling grand dan meletop gitu. 

segmen : blogwalking bersama ayuinsyirah




syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe


Dah baca syarat-syarat?
Mudah ja kan.. jom join ramai-ramai.. 


Balik cuti CNY ni ai mulakan dengan join segmen dulu.. hehe.






Nak buat apa cuti CNY

Asal cuti ja tak tau nak buat apa, asal tak tau nak buat apa ja mesti cuti.

No..no.. tak mau habiskan cuti 4 hari duk rumah ja. Busan maaa...

Tv ? dah lama tak berapa layan.. 

Online, just fon. mesti susah nak blogging atau memang tak blogging..

Huhu...

Nak travel???

Poket tipis sikit sekarang.. hehe.. tengah menabung.. nak beli something..

Nak buat apa??

Kenapa dah kerja ni macam tak dak aktiviti best ja bila cuti.. Dulu macam2 buat. Hurmmmm... wondering...

U ols pergi mana cuti ni?

Ada yang cuti panjang, ada yang cuti sekejap je, well happy holiday semua..

And ai pun akan cuti blogging sebab bila balik kampung line macam siput sedut tertelan kacang, ehh!!

Happy CNY semua yang menyambut and happy holiday semua...

Muaaahhhh sikit.. ^_^


Holiday is family time and friend time.. :)

KESIAN ABAH NGAN MAK SAKIT BELAKANG

Dulu masa kita kecik-kecik, kalau kita sakit mak ngan ayah kita mesti orang yang paling susah hati kan. Walaupun nampak muka tenang, tapi dalam hati siapa yang tahu.

Dengar ja anak-anak depa sok sek hidung (selsema), koh..koh sikit (batuk), mesti nak beli ubat. Kalau tak minum ubat tu, mau dipaksanya demi anak yang tercinta supaya cepat sihat. 

Kalau badan panas, mau tak tidur malam, terutamanya mak, demah kepala dengan air asam, dah macam ikan sungai kena cuci ngan air asam. Busuk semacam ja bila bangun pagi. Demi anak yang tercinta supaya cepat sembuh.

Tapi,

Batu Belah Batu Bertangkup

Assalamualaikum..

Batu belah batu bertangkup..Makanlah aku telanlah aku. haha..

No.. no bukan nak cerita pasal batu belah batu bertangkup. Ai pun tak tahu sangat sejarah sebenar cerita tu. 

Tengok dalam cerita melayu tu ada lah, ntah betul ntah tidak kan. Pasal telur ikan je pun nak merajuk. Over tau! Haha

LUNCH BOX

Sejak dua menjak ni kerajinan ai bertambah-tambah plak nak masak. Nak..nak dok follow bloger yang suka sangat update pasal resepi. Mudah dan nampak sedap plak tu. 

Walaupun harga minyak turun, harga barang masih tetap mahal. Bawak note RM100 pi beli barang dapur, tak banyak pun hasil tangkapan. 

Ai dah siap listkan resepi sepanjang minggu, senang kan. Sampai je hari tersebut tak payah fikir-fikir lagi, terus siapkan bahan-bahan dan ready nak memasak. 

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Dan Haji Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Innalillahi waina ilai hirajiun

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA) telah kembali ke rahmahtullah.. 

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian Pengulas Sukan terbaik Tuan Haji Hasbullah Awang, hari ini dengan berita TGNA pula.


Ai sangat mengagumi mereka berdua terutamanya TGNA. 

Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham TGNA dan Haji Hasbullah..


Gambar ni ai paling suka sebab iras2 arwah tok wan. 
(10 January 1931 – 12 February 2015)

Pernah berniat nak jumpa TGNA suatu hari. Semoga bertemu disana.

Masih terngiang-ngiang suara Haji Hasbullah mengulas sukan badminton.
 (sukan ni yang ai selalu tengok)

9 September 1952 - 12 Februari 2015

Semoga mereka berdua ditempatkan pada kalangan orang-orang yang soleh.

-Jasamu dikenang-


~AL-FATIHAH~




VITA-LEA FOR CHILDREN

Lama juga vita-lea for children ni menghilang dalam pasaran. Sejak ai mula join Shaklee setahun lalu, memang tak pernah nampak multivitamin untuk budak-budak ni. Sekarang, it come back dengan improve formula.

Kalau dewasa ada Vita-Lea with iron formula, kanak-kanak ada Vita-Lea for Children(VLFC). VLFC ni boleh dikunyah sama macam Chewable vitamin C. Terdapat 19 jenis vitamin dan mineral yang memang untuk keperluan tubuh setiap hari. 

SIGNAL KECEMASAN DAN HON

Alamak, camna salah lorong plak ni. Camna nak ke kiri, semua kereta tak bagi lalu. Kalau tunggu juga kat lorong tengah ni nanti lampu isyarat terus merah sini baru jalan. Lambat and leceh lah..

Selepas beberapa saat...

Masih tak dapat lalu jugak ni.. A hah! got idea.. Tak pa kot kan kalau aku guna kaedah ni? 

PERSONALITI MELALUI WARNA

Kita main dengan warna ja minggu ni.. Ni semua pengaruh buku lah ni. Dalam buku explain sikit ja, ai saja google lagi. Alang-alang google untuk pengetahuan sendiri, tak salah rasanya ai berkongsi kasih disini kan..

Warna kegemaran u ols apa? tengok, ai tanya lagi kat entry ni.Hihi.. semalam dah tanya kat entry aura warna ikut hari, boleh klik tajuk untuk ke entry sebelum ni.. 

POPULAR ENTRY-TENTANG MIGRAIN


Entry tu tak ada langsung komen daripada readers. Tapi ramai juga yang terjah entry tu ye. Migrain? ada apa dengan migrain.. ntah la, pi terjah entry tu.. Hihi.. 

Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas.....

Tolong..tolonglah jangan rosakkan mood ai hari ni, sebab hari ni kan hari kasih sayang gitu. Hihi.. Boleh baca entry sebelum ni yang berkaitan disini 

Pagi-pagi dah nak cari pasal. Nasib baik, emosi ai hari ni baik, boleh control cun lagi. Selalu kalau angin tak bapa nak bertiup ni ai cepat ja panas. ok..ok..Sabar..

Malas nak wujudkan aura negatif kat sini, nanti rosakkan mood u ols yang baca pulak kan. Semalam baru terbaca tentang akhlak Rasulullah SAW terhadap non-muslim. Indah sungguh akhlak baginda sehinggakan islam dapat disebarkan hanya melalui peribadian baginda. 

AURA WARNA MENGIKUT HARI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Warna-warni hari ini tanda kemenangan kita..syukur di panjatkan pada Maha Esa..Eh, lagu raya pulak.. teringat plak lagu raya tu,penyanyi tu tak ingat la pulak.. Hihi

Apa warna kegemaran u ols..Dalam dok google tentang personaliti mengikut warna, jumpa plak dengan yang ni. Ai tahu pasal warna-warna pilihan harian ni dari my lecturer dulu. 

Hari ini hari selasa kan, u ols pakai baju warna apa? Tahu tak setiap hari ada warna-warna yang tertentu, meh nak listkan .. 

JANGAN! MINUM KOPI DAN TEH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku dan teh tidak dapat dipisahkan, ibarat Romeo dan Juliet, Haha.. Ai kan selain coklat ai memang sangat suka teh, kalau kopi kurang sikit.

Ok done!

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku



Bersegmen lagi.. 

Nak tahu apa syarat2 nya klik banner..




P/s: geram ja tau bukak blog Qasehku ni.. Background blog ada gambar cupcakes.. Hihi

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA

Book Review


" Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain. Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang kewangian dan keindahan yakni yang memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain.."

Teringinnya Cupcake Sedap

Nampak gambar kain english cotton dengan corak cupcakes, waaa cantiknya.. for me memang ai suka corak tu. Sweet sangat. Rasa cam nak buat skirt ngan kain corak cupcakes tu. Thanks buat saudara Ahmad yang datang terjah sini. Kalau nak tahu lanjut boleh klik sini.

Tapi, bukan nak cakap sal kain. Bila tengok kain ngan corak cupcakes yang comel lotey tu tiba-tiba teringinnya nak makan cupcakes yang sedap, nak-nak kalau free.. haha.. free sokmo.. Bukan tak mampu beli, tapi sapa tak suka benda free.. ye tak?

Kalsium Penyebab Kepada Batu Karang

Tagline " Ostematrix bukan sekadar kalsium". 

Rasanya ramai yang tahu, ostematrix Shaklee kaya dengan kalsium. Selalu dikenali sebagai suplemen kalsium. 

Kalsium yang baik adalah ia mesti gabungan antara kalsium, magnesium dan vitamin D. Kehilangan salah satu akan membuatkan penyerapan kalsium tidak sempurna. Sebab itulah ada yang mengatakan kalsium berlebihan berisiko terkena masalah batu karang. 

TIP BUAT PELUPA

Masalah kan buat orang yang sering lupa. Ai perasan masalah ni sejak ai sekolah menengah. Kadang-kadang tu masalah lupa ni boleh meragut nyawa. Ahad lepas buat
balik perangai sengal ai, bila lupa kat mana park kereta, boleh refer last entry pasal tu kat sini. Tiba-tiba rasa otak kosong. Tak dapat nak ingat kat mana letak. Huhu.
After few minute baru ingat. Huh, nasib..

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

Klik Sini

Jom berkenalan dengan Dr Shikin. Dr Shikin ni best tau. Hihi..

Nak tau lanjut klik banner ye..

Tag : Kak Jaa


Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Hah, Kereta Hilang..

Cuak dah.. bila keluar ja tak nampak kereta ai.. Uuuwaaaa... Mau jerit kat parking lot tu kuat-kuat..Mana ni, mana ni?

Pap!

Semalam kan cuti, pas settle p pos barang pagi tu, petang ai keluar lah mall nak jalan-jalan jap. 

Plan nak gi beli blender, so sebelum masuk hypermarket singgah jap kat Hasani Book Store. OK, bila dah masuk book store ni lah tabiat buruk ai, akan bertenggek berjam-jam dalam tu, seolah-olah dunia ini ai yang punya. Haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...