advertisement

WUKUF DI ARAFAH

Esok seluruh umat islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidiladha. Maknanya hari ni ialah hari wukuf. Bagi mereka yang mengerjakan haji di Mekah, wajib melaksanakan wukuf di Arafah. So, kita yang tak pergi haji ni kebanyakan melakukan puasa sunat Arafah. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni ye.

Teringat masa sekolah dulu, Sekolah-sekolah negeri Kedah ni diadakan pertandingan amali haji. I salah sorang peserta, terasa semangat seolah-olah kita mengerjakan haji. Walaupun ianya amali haji, tapi kami melakukan dengan bersungguh-sungguh.. 

Cuma itulah, agaknya bila lah diri ni dapat sampai ke Mekah. Jom start menabung dari sekarang.. Hihi.. 

Apa tu wukuf?

Sumber: google

Wukuf adalah kegiatan utama dalam ibadah haji. Bahkan, inti ibadah haji adalah wukuf di Padang Arafah. Bila dalam rangkaian kegiatan haji jamaah tidak dapat melaksanakan wukuf dengan baik, maka tidak sah ibadah hajinya. Wukuf dilaksanakan hanya pada satu hari (siang hari) pada tanggal 9 Dzulhijjah pada penanggalan Hijriyah. Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri (dan berdoa) di padang luas di sebelah timur luar kota Mekkah, Arab Saudi. Di daerah terbuka yang gersang tanpa bangunan inilah, lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia selalu berkumpul tiap tahunnya melaksanakan wukuf.

Sumber: memahami haji



Bekerja sehari sebelum raya memang rasa sangat tak best. Biasanya kita kalau sehari sebelum raya ni dah sibuk dengan macam-macam persiapan. Walaupun hanya sekadar ala kadar tapi tetap sibuk nak buat persiapan raya keesokan harinya. 

Siapa bekerja hari ni, yeah kita sama.. Selamat bekerja ye.. Petang ni kita balik kampung.. Rindunya kat mak ngan abah.. Hehe...

Alhamdulillah today is my born day. Syukur Allah panjangkan umur ni untuk terus menghirup udara di bumi Allah ni.. Besok kan raya, esok lah memeriahkan suasana.. Hari ni kita kerja dulu..Hihi... Nak ambik cuti awal pun cuti tahun dah habis.. Sob..sob..

Esok dah sibuk-sibuk nak raya, nak buat korban dan macam-macam lagi lah.. Mesti lepas raya nanti pengsan sebab makan banyak daging.. Hihi.. So minta maaf awal-awal, selamat hari raya aidiladha maaf zahir batin ye semua..

Jumpa lagi minggu depan.. Hati-hati memandu dan selamat hari raya..










Jangan terpedaya beg percuma

Penipuan baru penjual sekarang. Terasa nak kongsikan pada U ols benda ni bila jumpa dengan post seorang saudara ni. 2 tahun lepas (sebelum start blogging), I pun terkena benda yang sama. 

I pun termakan kata-kata mereka, sampai letak juga deposit. Tapi mujurlah tak teruskan membeli sebab masa tu mana nak ada duit lagi U ols.. Baru ja nak start kerja.. huhu..

I kena tu dekat Tesco Sungai Petani (dekat dengan Amanjaya). Apa yang saudara Ahmad Rashdan ni cerita sebijik yang berlaku pada I. 

Eh, hal ni tak habis lagi tau U ols, beberapa bulan lepas, Kakak I pun terkena. Pada mulanya I tak tahu apa benda yang kakak I buat, dari jauh je I perhatikan dia sambil jaga anak dia yang no 2. Bila lama sangat I tengok dia dok sembang ngan promoter tu I pun pergilah dekat. 

Guess what? Apa yang berlaku kat kakak I sebiji berlaku kat I dua tahun lepas ngan saudara tu ceritakan. I terus cakap dengan kuatnya kat situ, dah la Long, bohong je ni.. Jom lah blah, aku dah penat tunggu hang.. Tak peduli dah pujukan brother tu. I ambik voucher tu terus buang dalam tong sampah. I siap tunjuk lagi resit benda yang sama kat brother tu.. Dia terpinga2 juga, dia cakap tu syarikat lain.. Ye syarikat lain tapi taktik dan barang yang sama. Huhu.. Basi dah brother...

Nak tahu apa dia, bacalah posting saudara Ahmad Rashdan ni kat bawah





****
Jangan Tertipu!!!
Apa yg sy akan cerita ini adalah cerita yg terjadi kpd sy dan isteri. Sengaja sy kongsikan supaya orang ramai tahu tektik terbaru kedai yg penipu mencari pelanggan. Sy dan isteri membeli belah di Pasaraya Billion, Kota Bharu. Selesai membeli-belah, kami di sapa oleh seorg promoter yg berdiri di escalator luar pasaraya itu.
"Abg & kak, mai singgah di kedai kami sekejap utk dapatkan beg percuma," ujar promoter yg menggelarkan dirinya yuyu sambil tarik kami ke sana. Maka sy pun tengok jam (masih ade masa), jadi kami pun singgah sekejap dgn tujuan nak ambil beg percuma tadi. "Abg & kak, mai dengar apa yg yuyu nak cerita nie, sekejap je," kata promoter tadi. Maka kami tunggu seketika. Dalam hati sy, "org nie mesti nak habiskan duit aku!!".
Dia pun teruskan lagi, "Syarikat kami ade buat promosi ni. Jadi, bila abg & kak dah dapatkan beg percuma ni, yuyu akan daftarkan abg & kak dalam sistem kami, cuma perlu isi sedikit maklumat dalam borang ini. Bila abg & kak nak beli apa2 akan datang, abg & kak akan dapat diskaun 10%." Kami pun kata, ok terima kasih.
Lepas tu sy terus ajak isteri bangun, tp Yuyu minta kami dengar dulu penjelasan dia. Hati sy mula kurang selesa, tp fikir tak tergesa2 dan kami pun tunggu. Dia pun cerita la yg kedai dia ni jual banyak bende keperluan rumah yg lebih murah berbanding kedai lain. Lepas tu die kata, "harini kami buat promosi baru, abg & kak boleh ambil sampul ni. Dalam sampul ni ada voucher RM100, RM200, RM300 dan thank you. Abg & kak boleh buka dulu." Kami pun buka. Isteri sy buka, dapat thank you. Bila sy buka, tengok2 dpt voucher RM1000. Yuyu pun buat2 terkejut.
Dia pun terus call bhgn promosi dan lepas baca no siri voucher itu, org bhgn promosi itu sebut ade 5 keluaran je voucher istimewa yg bernilai RM1000 dan sy adlh org yg kedua. Sy makin mencuriga. Yuyu pula semangat ucapkan tahniah dan betul2 excited (pandai die berlakon). Dia pun bagitahu lg kpd kami, "kalau abg & kak beli 1 barang kami dgn menggunakan voucher ini, abg & kak akan dapat hadiah lg. Bermakna barang yg abg & kak nak beli tu berharga RM3899 ditolak dgn RM1000 (voucher) dan abg & kak dapat hadiah 1 lg barang yg berharga RM3899 juga dan 1 hadiah special. Ini bermakna, bila beli barang dgn menggunakan voucher ini (bayar lagi RM2899) abg akan dapat 2 lg barang percuma." nah, isteri sy pun excited la tp sy masih ragu2 lg.
si Yuyu tu mula la buat kira2, LAJU semacam je, seolah2 dia tahu nak kira macam mana sedangkan dia lupa yg tadi dia terkejut seakan2 tak tahu tentang voucher RM1000 ni. Sy layan je apa yg dia nak cerita. Lastly, dia tekan suruh beli terus barangan tersebut. Sy kata kene bagi masa bincang dulu, dah la barang2 di kedai tu agak mahal dan tak logik harganya. Dia jawab, voucher ni valid utk harini je. Isteri sy pandang kpd sy dan sy faham maksudnya (ad barang yg die berkenan la tu). Sy pun bgtau kpd Yuyu yg tak boleh buat kputusan sekarang, tp dia kata kalau sy tolak tawaran tu, sy tak dapat beli barang tu dgn voucher ni dan tak dapat 2 lagi barang percuma.
Sy bagitahu la yg sy takde duit kalau nak bayar sekarang (saja nak pancing dia). Dia pun kata, "abg boleh bayar ansuran dan boleh daftarkan melalui kad kredit atau debit." Dia akan ambil maklumat kad (depan dan belakang). Macam la sy ni tak tahu, bende tu terlalu bahaya. Lepas tu, datang lagi seorg promoter bagitahu sy, "Ok abg macam ni, kalau abg nak tangguh, kami boleh bagi peluang sehingga esok saja dan lepas tu voucher ni tak valid dah." Sy pun setuju sebab sengaja nak tunjukkan kedai dia maha sgt (boleh cek kat internet je pun harga barang2 tu). Tiba2 dia kata, "kalau nak tangguh esok, abg kene bg deposit." Sy pun malas nak layan lg, kalau bg deposit sah2 la tak dapat balik semua tu. Dia kata, kalau tak jadi beli barang pun, deposit boleh ambil balik sedangkan dalam resit itu ada sebut duit deposit tidak akan dikembalikan dalam bahasa inggeris. Sy pun kata, "terima kasih, sy tak berminat."
Sebelum sy nak keluar dari kedai itu, sy kata syarikat nie tipu sebab mahal dan macam2 lagi dgn suara yg agak tinggi. Promoter tu minta sy tenang dan cakap slow2, dalam masa sama ade 3 org promoter lain alihkan banting kedai supaya pelanggan di meja sebelah tak dengar apa yg sy katakan tu. Last sekali, kami keluar dari kedai tu dgn membawa 2 beg percuma tadi. Sy pun buktikan kpd isteri sy barang2 yg di jual di kedai tu terlebih mahal berbanding dgn kedai lain. Sy tunjuk melaui website Mudah, Lelong dan Seng Heng.
Ni barang2 yg ditawarkan di syarikat Harmoni Peace Trading tu (yg lucunya, harga semua barangan itu lebih kurang je, semua mahal2 dan berjenama Eway & Zigma) :
1. Radiant Cooker : RM3888
2. Microwave : RM3888
3. Air Purifier : RM3588
4. Vacuum cleaner : RM3580
5. Complete Kitchen set : RM3788
6. Drinking Water Purifier : RM3899
Moral drpd cerita ini,
1. Jangan kita terpedaya dgn promoter begitu.
2. Berhati2 meneliti apa yg disebutkan itu, jgn sampai kita termakan kata2 yg disebut sebagai promosi.
3. Cek dan teliti dulu akad janji serta terma dan syarat dalam borang samada utk bayar deposit atau belian sebelum tanda tangan.
4. Kalau nak beli barang, belilah barang2 yg umum mengetahui akan kualiti barang tersebut (kualiti jenama).
5. Jangan dedahkan kpd sesiapa maklumat kad kredit atau debit.
6. Jangan tamak ketika membeli.
Tiba2, bila search kat Internet, dah ada yg tulis perkara yg sama. Ramai yg dah tertipu. 

*****

I nak sertakan bukti pun dah hilang.  Yang I kena tu company lain tapi taktik yang sama. Kalau ada yang kena benda yang sama macam ni, boleh lah share kat bawah.. Jangan biar lagi ramai yang kena..



Di kala malam jumaat

Sesuatu tidak dirancang. Tetiba ja dua sekawan ni decide nak keluar menonton. Selepas masing-masing kecewa dengan kawan-kawan kerja yang nak tak nak ja, so kami rakan serumah keluar berdua. ;)

Apalah malam-malam jumaat yang dibuat budak-budak berdua tu eh?

Semalam kan hari pertama tayangan cerita Kapsul dengan Polis Evo. I punya plan awal nak tengok Kapsul. Dok usha-usha tiket, ok lah set nak pergi tengok hari sabtu ni. Ajak colleagues, tapi macam tak nak tengok ja cerita tu. So, tak pelah plan nak tengok sorang-sorang kalau tak ada nak teman.

Eh, alih-alih balik rumah housemate I ajak tengok Polis Evo. Seriously, I langsung tak tahu menahu tentang cerita ni. Haha.. I tanya Miss A siapa berlakon? cerita polis-polis eh? Pada mulanya, masa dengar tajuk ingat cerita omputeh gitu. Al maklumlah housemate I ni mana suka nak tengok cerita melayu.

Dia cakap Sam ngan Zizan berlakon. What? Zizan berlakon.. Ohh, ok lah kita tengok cerita tu ajelah. Terus on lappy, book tiket dekat online. Kerusi pun banyak kosong lagi. We all pilih waktu tayangan pukul 9.40 malam. 



Ini first time I tengok wayang untuk cerita yang hari first keluar. Biasanya I akan baca review orang lain dulu, agak-agak best baru tengok. Dah la cerita ni I langsung tak tahu menahu, trailer pun tak tengok. Hihi.. 

Tahu ja pelakon-pelakon yang memang ada nama berlakon dalam cerita ni, I guess cerita ni mesti best. Tambah pula, pemenang anugerah bintang popular Shaheizy Sam ada. Cerita apa yang si Sam ni berlakon yang I tak tengok, semua tengok.. haha..

Sam nampak 'macho' dalam cerita ni.. Hihii...



Cerita ni mengisahkan tentang polis-polis gitu, iaitu dua orang polis yang mempunyai watak sangat berbeza, Insp Khai (Sam) dan Insp Sani (Zizan). Mereka terpaksa bekerjasama bagi menumpaskan sindiket penjualan dadah. Insp Khai ialah polis bahagian nakotik yang terkenal di Kuala Lumpur, ditugaskan ke Kuala Terengganu bagi menyiasat dan menumpaskan sindiket penjualan syabu naga (syabu merah). Ia dibantu oleh Inps Sani yang lebih tahu tentang selok belok Kuala Terengganu. 

Dibintangi oleh , Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Harun Salim Bachik (almarhum), Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amierul, Amierul Affendy, dan ramai lagi.


Seriously, mula-mula ingat Zizan akan sedikit serius membawa watak sebagai pegawai polis, tapi elemen lawak dalam diri dan perwatakan dalam lakonan dia tak akan berubah. Sam pula lebih serius dan sangat 'macho' dalam cerita ni. Not bad gandingan kedua-dua mereka. 

Cuma, pada I watak perempuan dalam cerita ni kalau tak ada pun tak pa, tambah plak watak Maya yang dilakonkan pelakon baru Mimi Ernida tu. Eh, sebenarnya nak cakap, Mimi Ernida tu ex-school mate Miss A si housemate I tu. Mimi ni asal Kedah je, kat Tokai tak silap I. Tapi sian dialog dia sikit je wey, yang lain tu adegan pengsan je lama..Hihi..Nora Danish melakonkan watak Anis, iaitu adik kedua Insp Sani. Comel je mereka berdua jadi adik beradik. Of course selepas tu tangkap cintan dengan Insp Khai..Macam lawak plak dengar Nora Danish oyak ganu.. hihi.. Ok la dengar tak ada lah sumbang mahram sangat.

Tak dilupa, penampilan istimewa Almarhum Harun Salim Bachik, sebagai ketua Polis U ols.. Macam kelakar je bila bayangkan seorang yang pandai melawak bawak watak polis. Tapi best lah. Al-Fatihah untuk arwah..

Kalau hiburan santai-santai yang menjadi motif cerita, ok it's work. Tak perlu nak saspend fikir siapa jahat, siapa dalang cerita ke apa, dari awal jelas dan nyata yang mana jahat yang mana baik. Tapi, penjahat dalam cerita ni memang hati kental lah U ols.. huhuu

Banyak jugak pengajaran yang baik dapat kita belajar dari cerita ni, yang tu I tak nak cakap, u ols tengok dan nilai sendiri. Apa-apa pun, sebab Nora Danish ada dan watak dia memang cute aarr dalam cerita ni, so I bagi 7/10 bintang. Masih banyak yang lemah so 3 tu simpan tepi je lah..

Tapi, AWAS!

Tolong kosongkan 'pundi' anda sebelum menonton cerita ni. Risau plak tengah feeling layan nanti ada cecair keluar kat bawah.. Hihihihi....



Keluarga Insp Sani, Mak dia ngan adik-adik dia. Nampaklah sifat tanggungjawab Inps Sani pada family dia. 



Menyamar jadi nelayan ke pelancong nigeria ke tak tahu lah mereka berdua ni. 

Esok kan cuti, sapa free jom pi tengok Kapsul plak. I memang suka cerita sejarah-sejarah ni. Nak..nak Tun M berlakon.. Hihi...






Malaysia Day


Selamat menyambut Hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia.


Tahukah anda?

Penubuhan persekutuan Malaysia ialah pada 16 September 1963 yang lalu. Seperti Hari Merdeka, Hari Malaysia juga disambut dan diingati setiap tahun. Ianya sejarah penting untuk negara. Jadi, semua rakyat Malaysia mesti mengingati hari bersejarah ini. 

Tindakan Semasa Jerebu

Sumber : Kementerian Kesihatan
Kalau dua tiga hari yang lepas, bacaan IPU di kawasan Seberang Perai masih ditahap rendah, namun hari ni bacaan IPU sudah masuk tahap sederhana. Dah mula terasa pedih mata dan penglihatan pun semakin kabur. Kelibat mahatari pun dah tak kelihatan. 

Anak jiran yang sudah pandai berkata-kata, minta ibunya sediakan payung sebab ingat hari nak hujan. Ada tawa kecil di mulut ibunya sambil bagitau anak dia yang ini bukan mendung hujan tapi jerebu. Hihi..

Kesian pada pekerja kilang, yang mana kilang kami tidak bertutup (ruangan terbuka). Ada yang mengadu, tapi apa kan daya kami ni, cuaca bukan bidang kuasa kami. Kalau tak tahan sangat mereka naik ke office untuk rehat sekejap, bolehlah menghirup udara yang keluar dari air cond ni, sekurang-kurangnya udara dari air-cond bertapis.

Mari kita berdoa beramai-ramai semoga hujan turun dan dapatlah 'membersihkan' udara kita yang tercemar ni. Take care U ols.. 


Penting ke kita?



Tengah merenung masa depan. Short program di Shah Alam, esoknya dah nak balik Kedah. :-)



Kita penting pada seseorang bila.....

1. Orang sentiasa merindui kita...

2. Cuba sedayanya menjaga hati, mengembirakan malah sentiasa prihatin...

3. Orang merasa susah bila kita tiada disisi...

4. Orang sentiasa teringatkan kita...

5. Sentiasa merasai kewujudan kita walaupun kita sebenarnya jauh...

6. Selalu ingatkan kita bila kemana-mana seperti bercuti...

7. Yang paling penting, sentiasa mendoakan kita, walaupun kita telah mati...


Sekarang ni, orang yang paling dirindui dan sentiasa merindui malah sangat memerlukan ialah Mak ngan Abah...

My little family members, along, abang, n adik2..

All my friends... Jauh ke dekat.. yang dah jumpa ka belum jumpa ka... 

Last but not lease, you all my lovely blogger friends and readers...

Always miss u ols.. Muaaaaahhh..



NK: Bila kita rindu kat seseorang, pejamkan mata dan sedekahkan Al-Fatihah untuk orang yang dirindui tu, tak kira masih hidup atau pun meninggal dunia.. Semoga Allah sentiasa melindungi orang-orang yang kita sayang.. 


DIY : 'BAJU' UNTUK KOTAK TISU

Projek menghias kereta lama. Nampak tak berseri kereta abah I ni. Datang mood rajin, ditambah dengan barang-barang pun ada, maka dengan ini I pun mula lah projek menghabiskan masa hujung minggu. 

I buat ni antara waktu rehat selepas penat mengadap buku-buku yang tebal nak 'mampus'. (Hahaha). Ala, ini tak ambil masa yang lama pun. Nak rehatkan otak dari mengadap buku-buku jangan pergi tidur, kononnya nak tidur setengah jam nanti sampai berjam-jam pulak. 

Apa yang I buat? Jom skodeng..




Dah baca entry DIY sebelum ni? Belum! klik link kat atas tu.. Ni kita sambung lagi untuk next projek hiasan kereta. 

Untuk kali ni cuma perlukan tak lebih setengah jam sahaja. Sambil-sambil menonton cerita hujung minggu, sambil-sambil buat ni. Senang sangat U ols. Kacang ja orang kata. 

Let check it out apa bendanya tu...

2. Cover kotak tisu


Sudah semestinya I menggunakan kain corak yang sama. Tak kan nak berwarna warni aidilfitri pulak. Macam serabut mata memandang sahaja. 

Saiz kotak tisu mengikut kotak tisu masing-masing. Nak tahu, asalnya ianya bukan kotak tisu, tapi kotak kurma Yusoof Taiyub tu. Hehe.. 

Terinspirasi daripada Kak Farrah MF yang menggunakan bekas air minuman bercorakan Doraemon tu (jeling2 manja Kak Farrah), I pun nak gunakan kotak atau apa sahaja yang sesuai untuk jadi cover tisu. 



Sebelum I buat baju harimau untuk bekas tisu tu, beginilah rupanya selepas dibalut dengan pembalut hadiah. Warna pun semakin pudar sebab biasan cahaya matahari. Kereta abah titew tak dak tinted (dalam mood gedik tahap nak mampos). 

1. Mula-mula, apa yang perlu dibuat ialah pastikan ada kain, benang, pengukur, jarum dan gunting. (macam tak perlu ja cakap)..

2. Next, apa lagi ukurlah kotak dulu. Saiz kotak Kurma Yusoof Taiyub ni ialah 
     Panjang x lebar x tinggi = 6 x 4 x 2.5 (inci)

3. Selepas itu, ukur lah pada kain. Ok, untuk ukur kain ni, tak perlu nak potong setiap penjuru kain. Cuma perlu ukur sekeliling kain, iaitu campurkan panjang dan lebar setiap sisi.  Kemudian ukur tinggi kain. 

Lakaran bertulis ini terhasil adalah disebabkan I terlupa nak snap step mengukur tu. Mana tak nya, excited kot nak mencuba sesuatu yang baru. Kerja yang perlukan beberapa minit nanti jadi berejam plak sebab sikit2 nak ambik gambar. 

Nasib U ols lah, I ada handphone cap ayam ja, gambar blur2 macam selalu. Nampak tak? buat2 nampak sudah lah.. (hahaha)


Ginilah jadi. Cuma perlu sambungkan hujung tu saja. Kemudian potongkan bahagian atas pula. Nak ambik ukuran mana? 

cenggini:-   Of course, panjang x lebar


3. Sebelum cantumkan bahagian ini dengan bawah tadi, potong siap-siap 'mulut' atau pun lubang tisu. Pastu baru cantum. tentukan penjuru pada kain atas tadi. 

4. Jahit tangan pun boleh U ols.. Seperti selalu, I lebih gemar jahit menggunakan tangan untuk kerja-kerja simple macam ni. 


5. Lubang tisu ni potong agak-agak lah. jangan besar sangat, jangan kecik sangat. Pastikan tisu tak sangkut bila ditarik. Ukuran tak perlu kot rasanya. ikut kesesuaian. 

Itu aja leteran malam-malam ni. Dapat tak cara nak buat? harap membantu pada yang memerlukan. Selamat mencuba kalau teringin nak mencuba. Kalau malas suka hatik lah.. Hehe..

Tata.. 

DIY : STERENG CAR COVER

Projek menghias kereta lama. Nampak tak berseri kereta abah I ni. Datang mood rajin, ditambah dengan barang-barang pun ada, maka dengan ini I pun mula lah projek menghabiskan masa hujung minggu. 

I buat ni antara waktu rehat selepas penat mengadap buku-buku yang tebal nak 'mampus'. (Hahaha). Ala, ini tak ambil masa yang lama pun. Nak rehatkan otak dari mengadap buku-buku jangan pergi tidur, kononnya nak tidur setengah jam nanti sampai berjam-jam pulak. 

Apa yang I buat? Jom skodeng..


   1. Cover untuk stereng kereta.


I gunakan kain yang sedia ada di rumah. Ni selimut lama I, dengan cuaca kita sekarang ni, selimut tak berfungsi pun. Lagi pun I ada comfoter dah. Ni beli pun sebab suka dengan coraknya. Cantik kan? 

Ngauuummm... Harimau mengaum.. Hehe.. Untuk nak hasilkan ini, tak perlu ada mesin jahit pun boleh. I tak gemar sangat nak kongsikan yang guna mesin jahit. Sebab bukan semua orang ada kan?

For your information, I buat ni tak guna mesin jahit pun. I jahit guna tangan ok? Termasuk dengan getah. Susah tak? Tak susah pun U  ols.. Guna getah yang lembut ja, tak payah guna getah yang keras, nanti susah nak regangkan getah sambil nak jahit. 


Ini rupa kainnya. Sikit je I guna untuk projek kecil-kecilan ni. Yang selebihnya masih boleh guna untuk selimut. Haha.. Kainnya jenis yang berbulu-bulu dan memeri. Kain yang memeri baru ok nak buat cover stereng ni.

1. Potong kain ikut saiz stereng. Yang ni kena ikut stereng kereta masing-masing. Untuk saiz stereng kereta abah I, 

Lebar = 3.5".
Ukur lilit/panjang = 45" 

Tapi ingat, masa nak potong jangan lupa lebihkan basi dalam setengah inci setiap arah.


Dah macam ulat bulu plak. Geli plak tengok masa ni.. Hahaha

2. Jahit getah pada kiri dan kanan. Panjang getah ialah 3/4 daripada ukur lilit. Masa menjahit jangan lupa regangkan sampai hujung. Kalau guna mesin senang lah bahagian ni. Kalau guna tangan, tak susah pun.. Pastikan getah lembut. 



3. Kalau tak nak renda-renda (ropol) kat hujung, jahitkan getah betul-betul hujung kain. I nak dia ropol-ropol sikit, so I jahitkan getah ke dalam sedikit. Dan kecilkan sedikit lebar kain. Pandai-pandai lah ejas ok ;)


4. Setelah siap jahit getah, sambungkan kain. So, hasilnya macam dalam gambar tu. Pastu siap. Senang sangat U ols.. Tak sampai sejam pun. Kalau guna mesin lagi cepat I rasa. I buat ni kat rumah sewa, so tak ada mesin. Sebab tu jahit guna tangan. 

Disebabkan kain berbulu-bulu, tak nampak jahitan yang tak cantik tu. hehe..

Tak perlukan kos yang tinggi untuk hasilkan sesuatu yang cantik.. ;).. betul tak Kak Farrah?


P/s: Hurm...rasa macam nak buat cover untuk kusyen lah.. Kain pun macam cukup ja. Nanti bila lapang, boleh lah buat. ;).. Will continue......







50% Off Deluxe Room Voucher : Holiday Villa


Sapa nak, I nak kasi FREE ja. 

Voucher 50& Off Deluxe Room ( 1 room only) at Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi, Malaysia.



Apahal gambar menegak plak ni. View kat laptop melintang.. Sila sengetkan kepala masing-masing.. Huhu



Valid 6 bulan dari tarikh hari ni. Satu ja voucher ada..

Sapa cepat dia dapat k. 

Kalau tak ada yang nak, I nak buang ja. :D

Voucher must be presented to hotel check-in, So voucher akan di poskan kepada sapa yang nak tu. Pos biasa k . Kalau nak cepat, sila bayar.. hehe

INGAT MATI


Google

Ingat mati, ingat sakit, ingat masa engkau sulit
Ingat..ingat.. cuba ingat lah akhirat..
cepat ucap astafirullahal azim..

Bait-bait lirik lagu (tak ingat lagu apa, siapa nyanyi).
Lagu ni sering dimainkan kat rumah kenduri.. 
Asal pergi kenduri je, mesti ada lagu ni..Hehe

Untuk membuatkan kita sentiasa insaf, kena selalu ingat mati. Tapi, jangan ingat ja buat baiknya tidak. Rugi..rugi.. 

Apakata lepas ni kita sentiasa ingat mengingati sesama keluarga, kawan-kawan tentang mati. Ingat mati bukan maksud nak doa mati cepat.. Kita ingat supaya kita akan lebih bersedia menghadapi saat kematian. 

Nak merantau jauh kita mesti ada sedikit bekalan bukan, begitu jugak kematian.. Jauh tu nak merantau melepasi alam lain.. Semoga kita akan lebih bersedia menghadapi saat kematian.. 




Left group whatsapp

Ehsan: Pak Goog


Sistem pesanan ringkas ( SMS) dah semakin diabaikan. Kenapa nak pilih yang berbayar kalau ada yang percuma. Tapi, secara zahirnya ianya mungkin percuma, sebab tak perlu pun nak bayar untuk daftar akaun. Cuma kena bayar untuk internet. Tak ada internet, no whatsapp2..Tak function jugak whatsapp kalau tanpa internet, begitulah tak function juga sms tanpa kredit. (hehe)

Dah jadi tranding sekarang, apa-apa sikit " k, la nanti aku whatsapp".. atau, " apa2 whatsapp aku". Tak main dah mesej-mesej ni..

Selain whatsapp, aplikasi media sosial lain yang agak popular seperti we-chat dan telegram. Bila aktif berwhatsapp, mulalah nak add ke group. Ada group kelas lah, group family lah, group business lah.. Macam-macam lagi lah..Group gossip pun ada.. Sorry lah tak join group camtu (huhu)

Bising je phone dengan bunyi notification conversation dalam group. Tapi sekarang dah boleh set mute. Lega, tak perlu nak set silent mode untuk phone. Risau jika ada panggilan penting kita tak dengar, dek kerana handphone dalam mode silent.

Disebabkan keupayaan phone I yang super limited, I terpaksa limit kan penggunaan. So, I memang malas nak join group yang macam-macam ni. Serius buat semak kepala ja. Bukan I nak baca sangat pun. 

Baru je tinggal beberapa jam, dah beratus noti. Larat nak scroll baca story ntah apa-apa. Ada tu Conversation 2 orang ja tapi saja nak discuss dalam group. Menyampahkan betul ! Kadang-kadang tu kongsikan berita yang tak betul sembang-sembang kosong ja. 

Kalau nak left nanti dikatakan kita ni sombong. Anti-sosial lah... Dah kita left, di add nya balik.. Untuk yang jenis 'masuk air', kaki merapu tu better left la, supaya tak mengganggu ahli group yang lain. Group dibuat ada sebabnya, bukan nak merapu raban sangat. Berpada-pada sudalah ye. 

Senang ada group ni, ada berita penting atau apa-apa perkongsian yang perlu diberitahu kepada ramai, tak payah nak PM sorang-sorang. Biar kurang aktif, asal tak menganggu. Kongsikan berita yang penting dan bermanfaat cukup lah.. jadikan ruang berbincang sesuatu yang baik untuk lebih 2 orang. Kalau nak sembang berdua, just pm berdua cukuplah, tak usah nak kecoh-kecoh dalam group yang ahli lain tak tahu menahu pun. 

So, dikesempatan entry ni, I nak say sorry sebab left beberapa group whatsapp yang pada I tak join pun takpa. Kalau join pun setakat silent reader atau tak baca pun. Untuk yang ajak join apa-apa group and I tak nak, jangan merajuk k. I bukan sombong atau apa, ce PM sure I reply punya, Tak daknya nak tinggal 'double tick" terkontang kanting.. (Hehe)..

Biarlah group yang bermanfaat, bukannya sembang kosong.. :)

INTROVERT VS EKSTROVERT

Hai U ols.. tetiba kan nak intro berhai-hai bagai.. Ok lah, nak lebih baik sikit, bagi salam la noh.. 

Assalamualaikum n salam sejahtera (non-muslim). Pagi tadi, dok ralit (leka) dengar radio Hot, ada depa ni sembang-sembang pasal 'vert' ni..

Apa tu 'vert' yang I maksudkan? 

Vert tu tak tau la maksud apa (haha).. Tapi apa yang nak I kongsikan di tengah-tengah malam (taip entry kul 11 setengah), pasal personaliti kita ni haa.. Meh nak sambung cerita (sila baca lagi ye)

Introvert.

Apa tu? Ni haa nak habaq (bagitau), individu yang bersifat introvert ni lebih gemar menyendiri, suka berfikir sebelum bertindak, seorang yang merancang, kurang bersosial, tenang, tingkah laku yang senang dikawal dan yang jenis tidak suka mengambil risiko. 

Eh.. lepas dengar explanation tu terasa macam diri sendiri plak. Tapi, kita baca lagi apa plak ekstrovert?

Ekstrovert.

Senang cakap, ekstrovert ni bersifat kontra dengan introvert. Makna kata mereka yang bersifat ekstrovert lebih suka bersosial (bergaul), lebih suka bercakap (mahupun di kalayak), sukakan hiburan dan tempat-tempat yang ramai orang. Tambahan pula, mereka-mereka ni lebih berfikiran terbuka kreatif dan inovatif. 

Eh!, macam ada je sifat-sifat kita kat ekstrovert ni.. So, kita ni yang mana?

Kalau ada kedua-kedua ciri tersebut (lebih kurang sama rata), ianya digelar Ambivert. Pada pendapat I, kalau kita kategori ambivert ni adalah lebih baik daripada introvert atau ekstrovert. 

Itulah ilmu yang I dapat hari ni. Memandangkan idea macam lost few days, dan dari biar blog bersawang, short upate to night. Ok lah U ols yang budiman, thanks sudi baca. Kalau nak lebih info tentang ini, silalah google ye. 

Jom kenali personaliti kita melalui warna, kliklah sini >>Personaliti megikut warna kegemaran

Dah 1 haribulan pun, tapi tak pa, masih tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang keeeeeeeeeeeeeeeeeee 58 tahun.. Mari kita sama-sama #sehatisejiwa mengekalkan keamanan yang sangat susah untuk didapati ni.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...