advertisement

BETULKAH MINUM AIR LIMAU HARI2 BOLEH LANGSINGKAN TUBUH?

Petua menurunkan berat badan dengan air limau nipis/kasturi

Limau nipis atau limau kasturi mempunyai bentuk yang hampir sama. Sering digunakan dalam masakan atau minuman. Kedua-duanya mempunyai aroma yang wangi dan rasa masam. Selain itu ia juga digunakan dalam serbuk pencuci.

Mari kita singkap lebih lanjut tentang khasiat istimewa limau nipis dan kasturi ini.



Limau nipis/kasturi berasa masam. Jika untuk dimakan terus, memanglah tak lepas kan. Rasanya auuhh masam.. Mau terpejam mata rapat2.. Akan tetapi, rasa masam limau tersebut berperanan membuang toksin, malah ianya antara buah yang paling baik membuang toksin berbanding buah lain.

Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.  Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman.

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.  Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.

Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara otot dan memperlancarkan sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, posporus, potasium dan zink. Seperti diketahui, zink adalah suatu antioksidan.

Potasium membantu mengimbangi tekanan darah serta menguatkan fungsi jantung. Tambahan,posporus memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk.


Petua Tradisional Rawatan Menggunakan Limau Nipis


Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan.

Menghentikan merokok
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Berat yang berlebihan
> Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

> Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Mengempiskan Perut
>  Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

>  Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


Kesimpulannya, limau nipis dan kasturi membantu badan untuk proses detok dan melancarkan sistem penghadaman. Tambahan pula, kandungan vitamin A, C dan Zink menjadikan limau nipis dan kasturi sebagai buah yang kaya antioksidan.



Entry berkaitan:-
RAHSIA KURUS MENAWAN




No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...