advertisement

Showing posts with label SET KURUS. Show all posts
Showing posts with label SET KURUS. Show all posts

SET KURUS: OMEGA DAN HERB-LAX




Selain lecithin, omega guard juga membantu memecahkan lemak-lemak terutamanya kolestrol. Malah, omega guard membantu membakar lemak-lemak tersebut terutamanya lemak-lemak lama (yg bertahun-tahun tepu dalam badan).

Bagaimana? 

asid lemak omega-3 yg terdapat dalam OMEGA GUARD membantu bakar lemak dengan membantu badan kita bertindak balas dengan baik terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin.
Leptin  pula memberitahu otak kita untuk mengurangkan selera makan. Jadi, jika selera makan kita terkawal, secara tidak langsung kita boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan. Selain itu, Leptin meningkatkan metabolisme badan kita dengan meningkatkan pengeluaran tiriod(ianya mengawal metabolisme badan). Bukan itu sahaja, Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk tenaga. Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah. 

Kenapa Omega lebih mahal berbanding lecithin?
Saya bagi perumpaan mudah untul anda. Omega umpama kereta Merz(versi baru), manakala Lecithin umpama Viva. Kalau nak uji tahap kelajuan kedua-dua ini, agak-agak yang mana lebih laju? Begitu juga konsep lecithin dan omega. Untuk anda yang terlalu berat(obesiti), saya sarankan ambik omega. 

Boleh tak nak ambik kedua-duanya, omega dan lecithin?

Jawapannya, boleh, tak ada masalah..

Jika anda nak bajet, boleh ambik set kurus bajet ni. Tak ada masalah, mana-mana set pun boleh, tapi omega lebih power la dari lecithin.


Cara makan camna? >>untuk cara makan, mohon pm saya untuk details. Saya kena tahu keadaan anda sebelum konsult cara makan. INGAT! hubungi saya tau untuk cara makan (untuk yg beli melalui saya atau link dalam blog AKU DAN KAMU SAHAJA!!)
 

 Jika anda berminat dan ingin order sendiri, boleh klik . Jika anda inginkan maklumat lanjut boleh hubungi saya. Nak saya orderkan pun boleh tanpa sebarang charge. 

Inginkan diskaun sehingga 20% boleh daftar ahli disini. Keahlian adalah seumur hidup.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3dd420c40e25463497c9fbaabf8b4621



Pembayaran melalui kad kredit/kad debit sahaja. 


Dapatkan konsultasi cara makan melalui saya. Ini penting tau, dapatkan cara makan yang betul.
 
Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

SLIM DENGAN AIR PUTIH JE


Sejak2 mengamalkan vitamin/makanan tambahan ni memang saya akan pastikan saya minum air putih/kosong yang banyak. Wajib satu hari ambik sekurang-kurangnya 3 liter.. Paling busuk pun 2 liter. Kalau ambik minuman atau makanan manis, memang kena minum air kosong lebih tau.
Air kosong ni tersangat la bagus dalam membantu proses penyerapan dan detok tubuh badan secara 'natural' nya.


Kenapa Air Kosong Itu Penting?


Membersihkan tubuh - Meminum air putih yang bersih terutamnya di waktu pagi boleh memberikan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu ianya juga akan membersihkan tubuh badan dari segala kekotoran akibat pemakanan dan proses penghadaman yang berlaku di dalam tubuh badan.

Mengatasi sembelit - Dengan mengamalkan meminum air putih, sistem pencernaan di dalam tubuh akan di neutralkan yang mana ianya secara tidak langsung akan mengatasi penyakit sembelit yang di hadapi.

Menjaga kesegaran kulit - membiasakan diri meminum air putih banyak faedahnya terutama kepada kulit kita. Pengambilan air putih yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari akan mengekalkan kelembapan kulit kita dan menghindari kita dari mengalami kulit kering dan bibir yang pecah.

Membuang toksin - Air putih juga di percayai boleh membuang toksin di dalam badan. Kesan toksin yang paling ketara adalah ketika anda berpeluh dan mengeluarkan bau. Amalkan meminum air putih ini nescaya masalah itu dapat di selesaikan.

Menstabilkan cairan dalam tubuh - Pengambilan 8 gelas air putih sehari mampu mengekalkan keseimbangan kandungan cecair dalam badan. Semakin banyak anda bergerak, semakin banyak cecair di dalam badan anda akan berkurangan.

Mengurangkan berat badan - Meminum 0.5 liter air putih setiap pagi juga mampu menurunkan berat badan. Ini dikarenakan meningkatnya metabolisme tubuh hingga 25% akibat cairan yang masuk ke dalam tubuh badan anda yang berfungsi sebagai pelancar fungsi organ dalaman yang bekerja.

Meningkatkan produktiviti sel-sel dalam tubuh - Produktiviti sel-sel darah dalam tubuh badan akan meningkat seimbang dengan meningkatnya cecair di dalam badan. Sekiranya tubuh badan anda kekurangan air, maka produktiviti sel-sel darah di dalam badan akan menurun.

See, betapa pentingnya air kosong pada diet seharian kita,bukan semata-mata nak kurus(itu je fikirkan). Saya akui mula-mula memang susah, rasa geli tekak nak telan air kosong banyak-banyak ni, tapi lama kelamaan jadi terbiasa dan kalau tak cukup tu memang tak tenteram satu hari(over sikit).
Bukan saja-saja saya nasihatkan anda untuk minum air banyak-banyak sampai ada yang kata, nanti kembung perut la, sel mengambang la. Saya tak minta pun anda minum sampai bergelen-gelen. Ye tak? At least, 3 litres a day(susah ke). Jumlah yang disarankan adalah berpatutan tau. Jujur la, kadang-kadang saya sendiri terbabas, sebab terkejar sana sini.

Mulai hari ni, anda yang ambik vitamin atau pun tak, pastikan air putih anda cukup ye. Bukan untuk orang lain, kesihatan diri jugak.
hidup lebih bermakna, jika tubuh sihat.. ALLAH!

ni ada formula mudah untuk ukur keperluan air untuk tubuh kita:-

25 kg berat = 1 liter air

selamat minum ye.. hihi  ;)

HAPUSKAN LEMAK JAHAT



LEMAK PANJANGKAN USIA     




LEMAK selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Namun tanpa penggunaan lemak, masakan yang dihasilkan juga pastinya kurang sedap. Malah lemak sering kali menjadi trauma buat individu yang dalam proses menguruskan badan.(macam saya, hihi).

Akan tetapi, apa kan daya tak semua lemak bersifat jahat dan mengingkirkan semua lemak adalah tindakan yang kurang bijak. Proses biologi di dlm tubuh masih memerlukan lemak bagi memastikan berjalan lancar.


JENIS-JENIS LEMAK


Lemak terbahagi kepada 3 iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. 


     1.      Lemak tidak tepu

Iaitu terbahagi kepada lemak poli mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.  Lemak jenis ini adalah lemak ‘baik’ yang mana berperanan meningkatkan kolestrol baik(HDL) serta menurunkan kolestrol jahat(LDL), malah dapat meningkatkan kesihatan jantung. Bukan tu sahaja, lemak poli tidak tepu penting bagi mengawal paras kolestrol secara keseluruhan. Sumber lemak tidak tepu ialah kekacang, bijian, sayuraan, soya, dan brans beras. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan beberapa jenis asid lemak yg diperlukan untuk kesihatan. Ikan laut dalam seperti salmon, tuna, sardin makerel membekalkan asid lemak perlu omega-3 yg penting utk memerangi LDL, melawan keradangan dan melindungi sistem otak dan saraf.


     2.     Lemak tepu

Minyak dan lemak tepu selalunya dihindari oleh kita sebab ia bersifat ‘jahat’. Ia boleh menyebabkan peningkatan kolestrol jahat(LDL) yg boleh menyebabkan sakit jantung. Pengambilan yg berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol dlm darah dan boleh menyebabkan strok dan sakit jantung. Kandungan lemak ini haruslah tidak melebihi 7 %. Ia terdiri daripada minyak kelapa, minyak isirung sawit dan lemak haiwan.


     3.     Lemak trans

Inilah lemak yang paling ‘mengancam nyawa’. Walaupun kita ambil dalam kuantiti yg sedikit tapi secara berterusan ia tetap memberi kesan. Ia bukan sahaja meningatkan kolestrol jahat malah mengurangkan kolestrol baik. Antara implikasi yang akan berlaku jika kandungan lemak trans berlebihan adalah meningkatkan risiko penyakit jantung, strok  serta menjadi penyebab kanser dan diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan makanan yg diproses. Hampir semua makanan tersebut mengandungi lemak trans seperti mee segera.



TIP MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK


  • Makan ikan terutamanya ikan salmon(sekurangnya 2 kali seminggu)

  • Guna kuali leper kerana ia memerlukan kurang minyak berbanding kuali lengkung.

  • Had makanan bergoreng

  • Pilih kaedah memasak seperti kukus, rebus, celur dan bakar.

  • Guna tuala kertas untuk melapik pinggan

  • Gantikan santan kepada susu

  • Buang lemak pada daging dan ayam terutamanya kulit ayam                                     

  • Hadkan pengambilan marjerin,mentega, makanan yg mengandungi banyak lemak dan snek.



Jadi, macam mana? Anda dapat fahamkan bahawa lemak ni tak semua jahat. Kita masih memerlukan lemak Cuma harus dihadkan pengambilannya dengan tidak melebihi 30-35 % daripada kalori harian.




Ok lah sini dulu ye.. nanti sambung lagi..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...