advertisement

MAKANAN YANG BAIK UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL



Mengidapi masalah kolestrol tinggi amat membimbangkan. Kandungan kolestrol yg tinggi di dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah jantung, darah tinggi dan strok.

Risau jika terambil makanan yang menjadi penyumbang kepada kolestrol. Jadi saya kongsikan beberapa makanan yang baik diamalkan bagi membantu mengurangkan kolestrol LDL tubuh.


Avakado


Ianya mengandungi B5 yg mana dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Avokado adalah makanan yg kaya dengan asid pantonenik. Apabila seseorang mengambilnya, pantetin dalam darahnya akan meningkat. Dalam masa yg sama kadar lemak dalam darah akan turun khususnya lemak jahat, malah akan meningkatkan lemak baik. Antara sumber lain asid pentotenik ialah kuaci tawar, biji bunga matahari, yogurt dan ikan salmon.




Ia mengandungi kromium, minera yg membantu memecah lemak menjadi sebatian sederhana.  Oleh itu, ianya dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Pengambilan vitamin C  yg mencukupi bermanfaat meningkatkan penyerapan kromium.


Epal


Ianya kaya dengan serat, fitokimia dan flavonoid. Fitokimia yg terdapat dalam epal berfungsi sebagai antioksidan yg melawan kolestrol jahat yg menjadi penyebab pembuluh darah tersumbat. Pada masa yg sama, antioksidan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Antioksidan juga akan meningkatkan kolestrol baik yg bermanfaat mencegah penyakit jantung. 


Jambu biji merah


Ianya kaya dengan likopen. Menurut kajian beberapa pengidap hiperkolestrol diberi makanan sumber likopen secara rutin setiap hari. Setelah 3 bulan kadar kolestrol mereka menurun sekurang-kurangnya sebanyak 14%. Antara buah lain yg mengandungi likopen ialah tembikai merah dan tomato merah.


Buah2han yang kaya vitamin C


Mangga, oren serta betik terbukti antara buah-buahan yang kaya sumber vitamin C. Vitamin c mencegah kolestrol jahat bertindak balas hingga menghindarkan terbentuknya plak  di dinding pembuluh darah. Selain itu, ia memperkuatkan peranan vitamin E dalam menghalang peningkatan kadar kolestrol dalam darah. Tambahan pula vitamin C membantu meningkatkan kolestrol baik.


Kacang tanah


Kacang tanah panggang kaya dengan sumber vitamin E. Vitamin E mengunci radikal bebas agar pembentukan plak di dinding pembuluh darah dapat dihindari dan sekali gus mencegah serangan jantung.



Selain makanan di atas, kita seharusnya mengurangkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan lemak, malah memilih makanan yang mengandungi lemak sihat. 


Saya ada rahsia mengurangkan kolestrol secara semulajadi dalam masa yang agak singkat.
Anda boleh mencuba suplemen PHYTOCOL-ST, OMEGA GUARD dan GARLIC. Gabungan ketiga-tiga suplemen ini memang membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, terutamanya Phytocol-ST yang memang dirumus khas untuk menghalang kolestrol LDL memasuki saluran darah. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.









7 comments:

  1. kolestrol tinggi boleh kena strok..yang penting,amalkan pemakanan sihat,senaman dan Shaklee!:) Supplement hanya membantu insyallah..my mum amalkan omega konsisten so efeknya mmg bagus utk kesihatan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omega really membantu banyak hal. Omega memang patut dijadikan makanan tambahan wajib untuk seisi keluarga. Boleh ke entry saya sebelum ni tentang kebaikkan omega. thanks atas perkongsian..

      Delete
  2. macam mana dengan tomato?? tomato pn baik utk jantung kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tomato pun baik untuk jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

      Delete
  3. Kacang tanah pun ada khasiat jugak. Saya memg suka makan kacang tanah.:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka makan kacang.. wat snek sambil lepak2 tgk tv.. hihi..

      Delete
  4. ubat kolesterol simvastatin je lar., huhu2

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...