Pedih ulu hati adalah disebabkan oleh asid
perut menganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap lower
esophageal sphincter (LES) (injap bahagian atas perut) tIdak tertutup.
Asid ini memasuki esofagus yg tidak mempunyai
lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Hampir semua orang mengalami masalah pedih ulu
hati. Tetapi lelaki lebih berisiko kerana mempunyai tabiat suka merokok.
Tanda dan gejala
Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada.
Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan. Rasa terbakar dan
kepanasan di dalam tekak atau cecair panas masam, masin di belakang tekak.
Sendawa, batuk yaang teruk. Suara menjadi serak. Pernafasan berbunyi seperti
serangan asma.
Rasa pedih ulu hati berbeza dengan sakit
jantung kerana melibatkan perasaan seperti terbakar (heart burn) yang
berpanjangan. Makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan simptom ini berlaku
atau menjadi serius.
Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati lebih teruk, anda
memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser
atau kanser. Berjumpalah doktor untuuk mengesahkan dignosis tersebut.
Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret’s oesophagus.
Meskipun pedih ulu hati adalah gejala biasa
namun kekerapan mengalaminya boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan
memerlukan perhatian perubatan.
Kekerapannya menunjukkan gejala Gastro
Esophageal Reflux Disease(GERD).
Sebelum mengetahui tentang rawatannya,
seeloknya kita ketahui dahulu pencegahan yang boleh diambil. Bak kata pepatah
pencegahan itu lebih baik dari mengubati.
Tabiat pemakanan.
Elakkan makanan pedas dan berempah seperti
kari dan sambal, minuman berkarbonat dan makanan yang di awet. Selain itu,
kurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat
memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan
menambahkan rasa perut yang perut.
Ubah cara hidup.
Amalkan makan dalam jumlah sedikit tetapi
kerap. Elakkan makan dalam kuantiti banyak sekali gus. Makan perlahan-lahan, kunyah makanan lebih
lama, elakkan terus ditelan.
Jangan makan ketika bimbang, cemas atau kecewa.
Makan ketika tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh
menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakhadaman. Fakta, perokok lebih
berisiko alami pedih ulu hati.
Rawatan yang sesuai
Jika keadaan tidak begitu serius, kita boleh
mengamalkan cara hidup sihat dan ubat-ubatan tanpa perskripsi doktor. Namun,
sekiranya ianya agak serius seperti GERD, ubat-ubatan ni hanya membantu untuk
sementara waktu.
Pembedahan mungkin diperlukan untuk
membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tindak balas reluk
asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya
memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
Saya pernah kongsikan kepada anda tentang suplemen yang membantu meningkatkan kesihatan hati , DTX Complex. Anda boleh membaca tentangnya pada entry sebelum ini. Jika anda mengalami pedih ulu hati yang biasa-biasa sahaja, amalkan Peppermint Ginger Plus. Suplemen membantu masalah penghadaman.
Kelebihan suplemen Shaklee adalah sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan. Shaklee akan terus menjalankan kajian dan ujikaji setiap produknya secara berterusan dan berkala.
Konsultasi secara percuma
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe