advertisement

Ber 'HOHO' Penang : Beach Route

Tarikan baru di Pulau Pinang yang sedang hangat diperkatakan ramai iaitu bas dua tingkat Hop On Hop Off Bus (HOHO). Suatu yang sangat menarik untuk dicuba, tambahan pula Pulau Pinang memang banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. 

Dari utara, selatan timur dan barat Pulau Mutiara tu ada ja sejarah dan tempat menarik nak dilawati. 

Satu hari mungkin tak cukup nak mengelilingi seluruh pulau ke tempat-tempat menarik, dengan menaiki HOHO, kita sekurang-kurangnya dapat melalui kawasan-kawasan menarik di Pulau dan boleh singgah ke beberapa tempat yang kita suka. 

Ahad lepas, tanggal 29 November, tanpa perancangan lengkap tiba-tiba dua sekawan ni decide nak ber'HOHO' seharian. Bermulalah ekspedisi kami dari pagi sampai malam di Pulau Mutiara tu. 

Sejujurnya kami berdua tak tahu jalan sangat kat Pulau ni. Jadi mengharapkan pada wave waze. Tapi waze ni pun gelong-gelong ayam juga, tersalah jalan sampai dua kali. Kami terlambat dalam sejam macam tu. 

Rancang nak ke Chowrasta, tapi salah jalan terus ke Komtar. huhu. Waze cakap "you are reach the destination".. tapi kami kat salah satu masjid berhampiran USM.. Adakah USM dekat sangat-sangat ngan Chowrasta??? HAHA...

Akhirnya ambik keputusan naik dekat STOP 8 (KOMTAR) saja lah. Kalau kami naik dekat STOP 9 ( CHOWRASTA ), kami boleh terus naik Bas laluan pantai (Beach Route Bus), tapi sebab malas dah nak pusing dengan kereta tahu-tahu sajalah Penang ni kan selalu jem. Mana waktu tu dah 11 pagi. Dari elok-elok rancang nak naik jam 10, terus terlewat. 



STOP 8 (KOMTAR). Nak tau itu adalah stop untuk HOHO, tengok tanda tu (gambar kanan)



.

Bas rapid ja banyak, tu nampak kat belakang tu berderet-deret. Masa ni ada 7 biji bas berhenti berturut-turut.. 



 Stop 8 bertentangan dengan Kompleks ni.. 




Menunggu bas yang tak kunjung tiba dari jam 11.oo a.m tadi. Mula resah gelisah, gundah gulana kami berdua. Maklumlah masih jakun dengan keadaan.. Jangankan HOHO, Rapid Penang pun kami tak pandai. :p

Dalam lama menunggu tu, beberapa makluk pelancong asing bertanya perihal rapid bas. Aduhh, terpaksa belakon yang kami ni Indonesian sebab malu wey nak mengaku Malaysian, tapi tak tahu pasal bas rapid tu sangat.

 Tengok peta pun terpinga-pinga, bukan sebab tak tahu baca, tapi sebab tak familiar dengan tempat-tempat tu, jadi kami tak tahu macam mana nak bagitahu.. hehe.. sudahnya minta tolong pemandu bas saja. Tolong jadi translator pun membantu jugak kan?


Bas silih berganti, akhirnya bas yang ditunggu pun tiba. Kami naik dengan semangatnya. hehe.. Bagitau belum ada tiket, duduk dulu.. Lepastu Cik Adik Manis tu datang bagi tiket. Tayang sikit kad pelajar I (tayang depan ja jangan bahagian belakang, kang kantoi PJJ..Hehe), dapat lah harga palajar. 

Sssshhh kawan I tu bukan pelajar, tapi pengajar, I cakap kami kawan, aleh-aleh dua-dua dapat diskaun. he.he.he...

Ginilah rupa tiketnya.. Dah masam, keluar masuk poket.. :D




Untung RM7. Ok lah tu kan.. Lepas untuk bayar makan nanti. :P.. Kami relaks dulu masa ni, sebab nanti nak turun kat STOP 9 (CHOWRASTA), nak tukar bas laluan pantai. STOP 8 dalam laluan bandar (City Route), jadi kami kena tukar bas. Kami pilih laluan pantai dulu, sebab jauh.. Nanti tak sempat nak cover pulak.

Lepas ja naik bas laluan pantai, terus kami menggila, menggedik kat atas tu. posing sana posing sini, macam bas tu kami yang punya. Awal-awal macam ni orang tak ramai lagi, cuaca pun masih elok. 

Muka ada senyummmm.. :P






Kerusi oren.. silau mata woooiii.. Apa pasal kerusi oren.. biru kan best, sejuk mata memandang...




Si ibu gigih bawak anak-anak lelaki dia (ada lagi sorang, mana ntah)..pot pet pot pet dok sembang.. Bising je.. haha..

Apa pandang-pandang.. memang mata saya kecik lah.. ini habis besar saya bukak tau.. :P




Dari satu STOP point ke STOP point, dah pun tengah hari.. Kami plan nak singgah kat mana-mana pantai. Dari banyak-banyak STOP pantai kami pilih Miami Beach, STOP 22. Nama macam best ja, tapiiiiiiiiiiiii, kemudahan tak besssttttt... Menyesal drop kat Miami. Miami PenaNg tak sama ngan Miami di obersea tu k.. HAHA.. 

*Patutlah on demand Stop, rupanya TAK BEST




Lunch ni ja (bihun sup), ta sedap, mahal plak tu.. Sedih.. :(



Cubaan nak ambik gambar, ini je ok sikit.. huhuuu..

Macam nak mandi ja.. Tapiiiii, faciliti tak cun, maka cancel..




Sudut pencahayaan yang bagus, sampai mata tak leh bukak.. Haha




Ini saka...





Lepas makan, jalan-jalan kejap kat pantai, kami pun tunggu bas seterusnya lalu. Mereka ada inform, kononnya bas dalam setengah jam sekali, tapi tidak ye Uols, tidak.. Masa di Miami tu 12.20.. next bas kami naik 1.40 petang. huhuuu... Terpaksa menghadap keboringan di sana.. 




Jom ke next destination. Kalau nak sambung ke destinasi seterusnya, tunggu di tempat yang turun tadi.. Kalau nak patah balik, skip STOP 23 dan ke atas, tunggu seberang sana. Baik teruskan ke STOP 23 dan seterusnya...

Kami dah tak singgah ke mana-mana sepanjang laluan pantai ni.  Masa tak mengizinkan, takut tak sempat cover City route.. Cadangan I kalau nak singgah satu tempat sepanjang laluan pantai, pilihlah Feringghi ka atau Teluk Bahang. 

View yang cantik, tapiiii gambar yang tak cantik.. Ini ja ok sikit dengan bas yang bergerak..


Teluk Bahang (STOP 28)..Roundabout..Tu periuk kera kan?



Escape (STOP 31). Bas tak stop pun disini, gambar atas bas ja.. Moving.. 







Taman Rimba (STOP 33). Sebenarnya dari STOP 28, 30-33 dekat ja, kalau nak lama-lama disini, berjalan lah sikit sementara tunggu next bas..



Di sini bas buat pusingan U-turn, jom patah balik.

Singgah solat di sini.. Pemandu bas dan pemandu pelancong tak ada rehat lama, mereka nak solat kena berhenti sekejap. kami singgah dalam 15 minit ja.. Alhamdulillah, tak payah susah-susah nak drop mana-mana solat..



Ambik port depan sekali..Isshhh, kuang ajor nya budak tu angkat kaki.. Hehe.. 

Kejap ja letak, nak betulkan urat.. :P



Best duduk depan sekali..




Kami tiba di STOP 1 (GURNEY).  Kalau nak tukar bas untuk City Route boleh tukar kat STOP ni.. Tapi kami decide nak tukar di CHOWRASTA  tadi juga.. Sebab nak ke STOP 10 terus..





Maka bersambunglah nanti, jom jalan-jalan dalam bandar pulak.. Macam panjang sangat ja entri ni.. Nanti sambung k...






bersambung.....








38 comments:

  1. hahaha... welcome to penang..

    ReplyDelete
  2. wave ehh?? sama mcm waze ka???? selalu guna waze ja....wave bru dgr.....lg canggih ka??? hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aarargghhh salah... nyorok bawah tudung... hahahaa

      Delete
    2. Dont waze my time ehhh boleh? Ha ha ha

      Delete
  3. dah lama xpg penang....kali terakhir pusing-pusing penang tahun 2004....masa tu masih kat UUM lagi....tu pun sebab ada program di masjid negeri....heheheh

    ReplyDelete
  4. tp xlama lg akan pergi penang....tp singgah airport jer laaaa....coz destinasi bukan penang....transit jer kt penang....hihihih

    ReplyDelete
  5. ehhhh....byk plak komennyer...hahahhaahhha

    ReplyDelete
  6. Setiap kali dengaq Penang... Terus jeling Siti Yang Menaip.. Duta Jalan2 Carik Makan Penang... keh keh keh...
    * Matikkkk carik gadooo... ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. Penang dah banyak kemajuan... Thumbs up!

    ReplyDelete
  8. Amboi siap lunjuq kaki naaa... Ha Ha Ha..

    ReplyDelete
  9. "belakon yang kami ni Indonesian sebab malu wey nak mengaku Malaysian"... Adakah melakonkan watak pembantu rumah?

    ReplyDelete
  10. Kena study routes dulu sebelum naik HOHO ni..

    ReplyDelete
  11. mak aih...peningnya baca route dia..tiket tu beli sekali je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ja.. yup beli sekali ja..
      valid 24 hours.. ada juga tiket 48 hours..

      Delete
  12. hahaha...gi mana tu buk, berlakon jadi warga Indonesia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. indon cakap BI jugak...haha... matiklah wat malu org mesia..haha.. dah la indon ramai jugak hari tu sebab ada festival kat sana.. nanti I sambung part 2 plak k

      Delete
  13. wahh sonoknyer pusing2 pulau pinang tuuu., ;p

    ReplyDelete
  14. Pernah dengar pasal HOHO ni...tapi belom pernah naik...

    ReplyDelete
  15. ahahaha CT pun ada amek gmbr kasut gitu hahaha.. lawak lawak..
    memang sukala amek gmbr kasut cemtu kat cermin HOHO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru boleh mengkununnnn... Keh keh keh

      Delete
    2. haha.. xdak kerja gitulah.. dah la kaki busuk..haha

      Delete
  16. teringin tapi jauh lak nak pi sana ...

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...