advertisement

Bersyukur

Baru-baru ni buat pertama kalinya I follow team charity. Dah lama nak join tapi malu sebab I bukan banyak duit nak bagi sumbangan.. Sekadar sumbangan beberapa sen secara senyap-senyap aja mampu. 

Tapi I salah, nak wat amal tak perlu tunggu kaya, tak perlu harta berjuta. Sumbangan tenaga itu pun murni juga kan. Melihat sendiri kesusahan hidup orang lain, membuatkan I betul-betul rasa bersyukur. Satu-satu perkara manis berlaku I terimbau balik. 

Kita selalu rasa kita ni dah susah sangat. Bila kita jumpa orang lain yang lagi susah, baru kita tahu rupanya kita ni lebih baik dari mereka. Allah sebenarnya Maha Adil. Ada hikmah mengapa Allah jadikan kita begini dan begitu..


I bersama-sama #gengtamakpahala PJJ USM yang dikepalai oleh lecturer kesayangan ramai Dr Wan Afezah dan NGO-NGO lain antaranya Petronas dan Warga Kilang serta penyumbang persendirian lain menyempurnakan misi Jom Masuk Sekolah kepada 50 keluarga di Bota Perak. Misi ni dijalankan pada sabtu lepas, 5.12.2015.. 

Apa yang I nak kongsikan bukanlah nak menunjuk, tak ada apa sangat pun yang I beri. I join ni pun lebih kepada muhasabah diri sahaja. 

Seawal pagi, kami bertolak daripada Penang ke Titi Gantung, Perak. Berkumpul disana bagi mengumpulkan semua sumbangan, pengagihan dibuat sama rata kepada 50 kumpulan. Selepas selasai agihan, kami beramai-ramai berarak ke kampung-kampung terpilih. 

Jumlah perjalanan konvoi kami lebih kurang 60 km. Sebanyak 70 biji kereta terlibat termasuk pihak PJJ USM sebiji kereta dan sebiji van. 




Kami berkumpul di sini.



 Pengagihan di buat sama rata


 Konvoi beramai-ramai masuk kampung. View lawa..


Lima checkpoint semuanya.



Check point terakhir bersama sambutan hujan. Kami tak turun, ditambah pula jalan yang sempit. Nampak tak rumah nunnn disana.

Semoga Allah merahmati pemberi-pemberi dan penerima semuanya. Rata-rata mereka yang memberi bukan lah dari golongan kaya raya. Mereka hanya pelajar-pelajar, warga kilang dan ada juga yang kurang upaya. Mereka membatu atas dasar kemanusian. 

Mereka bergerak sendiri, bukan desakan siapa-siapa. Membentuk kumpulan dan akhirnya berkembang. Semoga kami dapat berjumpa dan bekerja sama lagi nanti. 

Insyaallah warga PJJ USM akan meneruskan niat murni ini selagi mana kami mampu. Program terdekat, Insyallah pada 19 haribulan 12 nanti.. 

Sesungguhnya mereka mengajarku erti syukur dan berkongsi. Semoga Allah merahmati kita semua.. :)


NK: kalau U ols sudi membantu dan ingin memberi sedikit sumbangan, boleh pm I di facebook  Qaseh Abadi. Kaau tak ada facebook, boleh email syida_11@ymail.com.. 



12 comments:

  1. ahamdulillah . semoga niat murni itu dipermudahkan . ramai rakyat malaysia yg masih mengejar pahala sebenarnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. lebih suka diam2 dari terbuka.. rakyat mlaysia sangat prihatin..

      Delete
  2. alhamdulillah..masih ada insan2 yang prihatin...

    kak yan tak pernah ikuti NGO...tapi kak yan biat sendiri ..suami isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..semoga apa yg kita buat mendapat tempat dimata Allah.. keep it up akak

      Delete
  3. Alhamdulillah ..semoga dengan buat aktiviti macam ni, rezeki Syida makin murah..betul, bila tengok orang lagi susah baru kita sedar yang kita selalu lupa nk bersyukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn.. apalah sangat yg I buat akak...terima kasih doanya..

      Delete
    2. eh, buat sikit pun dapat pahala gak..dan besar maknanya pada orang yang kita tolong tu..

      Delete
  4. insaf kanns., kipidap cik syida tuu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rasa sebak ja dlm hati.. bukan sebak tgk mereka, tapi sebak sebab asyik merungut ja..huhu

      Delete
  5. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima... Kebahagian kita adalah kerana memberi!

    ReplyDelete
  6. aktiviti mcm ni dpt mendidik hati kita supaya lebih byk bersyukur dgn apa yg kita ada....moga diteruskan lagi aktiviti amal mcm ni di masa akan dtg...hihiih

    ReplyDelete
  7. time kat uni best boleh join program2 cemni.. dulu join charity club gak..
    selalu pergi rumah anak yatim angkat uni.. ehhe..

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...