Mahu tak saya kongsikan tips best di pagi rabu ni. Mesti ramai yang sukakan jika kita di beri kesihatan yang baik serta umur yang panjang. Bersyukur lah jika kita diberikan umur yang panjang, ia adalah kerana Allah memberi kita kesempatan untuk terus mengumpul pahala dan memberi kesempatan untuk kita bertaubat.
Berbalik kepada topik sebenar. Tips nya mudah ja, ketawa ja pun. Susah tak nak buat? tak susah kan.. kalau tak boleh nak ketawa berbahak-bahak tu, senyum je..
Ketawa adalah ubat termurah
Mereka yang hidupnya dikelilingi dengan rasa
bahagia usianya lebih panjang, malah kehidupan lebih baik berbanding mereka
yang kerap murung dan stress.
Hakikatnya, semakin kerap anda ketawa, badan
anda semakin sihat. Awas! Jangan ketawa tanpa sebab kerana ianya mungkin akan
menyusahkan anda kembali. Orang sekeliling pasti ingat anda mempunyai masalah
mental. Silap-silap anda akan dibawa ke hospital untuk rawatan sakit jiwa.
Bagaimana ketawa memberi manfaat kepada kesihatan tubuh?
1.Pembuluh darah lebih sihat.
Denyutan jantung dan tekanan darah mula naik
dan lebih banyak oksigen disalurkan ke bahagian organ-ordan badan.
Ketawa dapat mengurangkan stress. Stress
dikatakan dapat merosak lapisan pelindung pembuluh darah. Ketika stress,
jantung menerima adrenalin dalam jumlah yang besar.
Ini akan menyebabkan irama jantung tidak
normal dan menyempitkan arteri.
Penelitian oleh University of Maryland
mendapati seseorang yang suka menonton rancangan komedi mempunyai pembuluh
darah yang lebih sihat berbanding mereka yang suka menonton cerita seram.
2.Tidur lena.
Ketika ketawa badan akan melepaskan hormn
endorphin dan boleh menurunkan pengeluaran kortisol iaitu hormon stress. Hormon
endorphin ialah hormon bahagia. Apabila anda stress ianya akan menganggu tidur.
3.Kadar gula darah stabil.
Satu penelitian telh dilakukan dengan
membahagikan 2 kumpulan orang. Satu kumpulan diberi makanan dan mengikuti kelas
pembelajaran. Manakala satu kumpulan lagi diberi makanan dan menonton filem
komedi. Hasilnya kumpulan kedua mempunyai kadar gula darah yang lebih stabil.
Cara ini boleh diamalkan selalu untuk pengidap diabetes.
4.Sistem imunisasi badan lebih baik.
Dikatakan mereka yang sering ketawa mempunyai
antibodi yang lebih baik dan dapat melawan jangkitan pada badan.
Biarpun belum terbukti benar-benar berkesan, ketawa
boleh menjadi penawar sementara. Samaada untuk melegakan tekanan atau membantu
aliran darah yang lebih baik, ketawa dapat mewujudkan persekitaran yang lebih
positif.
Dengan ketawa, ia boleh ‘berjangkit’ dengan
orang lain. Saling ketawa dengan seseorang dapat membantu anda berhubung secara
emosional dengan kawa yang lain.
Sungguhpun ketawa yang dibuat-buat,
teruskanlah. Nanti anda akan terus ketawa dengan sendirinya.
Biar hebat macam mana pun masalah yang kita hadapi, jangan pernah berhenti untuk ketawa, atau pun hanya tersenyum. Senyum itu menenangkan jiwa malah orang sekeliling kita.
Rasa nak terkencing plak. Hihi |
sy suka ketawa....hahahha....tp dulu ustaz sy pernah ckp...org yg byk ketawa....nnti hati mati..... hik hik hik
ReplyDeleteSaya dulu masa sekolah selalu kena sound ngan ustazah, ketawalah banyak2 hilang ilmu tu nanti :)
Deleteketawa kena tngk keadaan jugak ehehe.. kalo berlebihan pun xleh..
ReplyDeleten kalo xda apa pun nak ketawa lagi susah =P
Ketawa salah tempat dan keadaan pun tak leh gak. Silap2 makan tapak tangan/tapak kaki :)
Deleteehehehe mengundang kan gitu.. jadi gelak pun ikut keadaan dan kesesuaian =D
Deleteketawa memang bagus, tapi jangan ketawakan orang ye
ReplyDeletehahaha., wak ketawa ni oke ;p
ReplyDeletesaya suka senyum ... heheheee
ReplyDeletejangan ketawa sorang2 udah lah :-))
ReplyDelete