advertisement

12 Cara Menjimatkan Elektrik Di Rumah

Tahun 2015 tahun yang sangat mencabar kita rakyat marhaen ni kan U ols.. Kesempitan hidup yang ramai orang alami. Kalau boleh segala benda kita nak jimat. 

Kalau bab berjimat ni sebenarnya orang berduit ke tak berduit ke digalakkan berjimat. Jangan ikut perangai syaiton yang memang nak kita membazir. Jom semak beberapa aktiviti ni nak tengok sama ada U ols ni membazir atau berjimat.

1. Suka buka lampu di semua ruang rumah pada malam hari. 
2. Tidur dalam cerah atau menggunakan lampu tidur
3. Tidak tutup plug dan mencabutnya selepas digunakan seperti 'charger' telefon bimbit. 
4. Sering terlupa tutup suis kipas selepas guna. 
5. Membiarkan TV dalam keadaan 'sleep' selalu.
6. Basuh baju menggunakan mesin basuh tetapi dalam muatan tidak penuh.
7. Membiarkan pintu peti ais dibuka lama.
8. Memasang penghawa dingin seminimun suhu dan membiarkannya walaupun tiada orang dalam rumah. 




Haa, macam mana ya atau tidak yang banyak?

Tak pa tak perlu jawab di sini, jawab senyap-senyap sudah ok. Jom kita semak balik jawapan U ols.. 

1. Tabiat suka buka semua lampu dalam rumah terutamanya pada ruang yang tidak digunakan sememangnya membazir lah kan? Katakan di dapur, tetapi U ols atau ahli rumah yang lain tak guna pun dapur pada masa lampu di buka. Sebaiknya tutup saja suis lampu jika tidak digunakan. 

2. Tidur dalam cerah sebenarnya kurang elok untuk kesihatan. Kalau ada jenis yang takut gelap, apa kata guna "glo in the dark" sebagai mengantikan lampu tidur. Boleh google untuk maklumat lanjut. 


Credit

3. Ini tabiat yang sangat tak bagus. Jelas-jelas menunjukkan kita tidak 'aware' tentang keselamatan. Katakan tabiat lupa tutup plug ini dilakukan selepas menggunakan sterika, adakah berkemungkinan berlaku kebakaran?  Arus elektrik akan tetap mengalir sekiranya suis tidak ditutup dan dicabut keluar. Ingat ye, cabut keluar plug sekali k selepas guna. 

4. Ini pun sama dengan point ketiga. 





5. " switch Off " sahaja TV kalau tak guna, nak buat apa dibiar dalam keadaan "sleep" ? TV tak digunakan untuk 'alarm' pun kan? 

6. Tips nak berjimat seterusnya. Cuci pakaian menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh. Ini dapat menjimatkan air sekali. ;)

7. Tutup pintu peti ais cepat-cepat selepas guna. Banyak elektrik boleh jimat tu..:)

8. Tips menjimatkan elektrik menggunakan penghawa dingin, set kan suhu seminimun boleh dalam beberapa ketika dan tukar kepada suhu sederhana kemudiannya sehingga selesai menggunakan bilik tersebut. 

Nak tambah lagi lah..

9. Gunakan penyapu berbanding mesin penyedut hampagas untuk lantai (kecuali karpet). 

10. Jangan jemur baju menggunakan kipas. 

11. Tukar kepada lampu LED untuk menjimatkan penggunaan elektrik. 

12. Gunakan thermos untuk menyimpan air panas. Ini akan mengurangkan penggunaan pemanas air. 




Ada bela ikan dalam akuarium tak?  Kalau ada pandai-pandailah U ols nak jimat k. I senang ja tak payah bela ikan dalam akuarium bagai, biar je dia hidup bebas kat sungai.. HAHA.

Ada lagi tip untuk menjimatkan elektrik ni, kalau kita boleh amalkan 12 cara ni pun dah membantu banyak. Kalau ada lagi, U ols kongsikanlah di ruangan komen dibawah k. 


NK: Berjimat lekas lah oooiii, sekarang ni duit dah macam elektrik tu haa, mengalir tanpa disedari.. Sedar-sedar dah habis.. Huhuuu..Dengar khabar lah, syarikat elektrik Malaysia ni dah dijual pada China.. habislah.. Maka belajarlah untuk duduk dalam gelap dan panas dari sekarang.. ;-)

Pesanan ikhlas ini daripada Kak Senah Yang Menulis.. Kah..kah..kah..kahh....




22 comments:

  1. eheheh yela semua kena jimat skrang kan.. tapi itew tido kena ada gak cahaya sikit..
    tapi completely gelap pun okay tp kena ada teman wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau tak nak gelap sangat, guna lampu yg jimat tenaga..

      Delete
    2. tapi kalo tepek stiker glow in the dark pun okay dah.. slalu nya lampu toilet la bukak kalo x.. tutup lampu bilik tapi pintu bilik x tutup.. amek cahaya dari luar..

      Delete
  2. bela ikan dalam sungai yer.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa... mudah kan? biar dia hidup secara semula jadi

      Delete
  3. Rumah akak semua lampu dah tukar ke jenis jimat tenaga. Mula2 memanglah costly. Tapi akak tukar secara berperingkat, beli time mentol dan lampu ada diskaun. Memang bulan2 seterusnya bil turun mendadak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. Tapi ini rumah sewa, apa2 benda pun kna bncang ngan tuan rumah.. So far bil letrik under 30 kira ok lah..

      Delete
    2. benarkah ???? o.O oookay.. tunggu duduk rumah sendiri la nanti..
      dahla kadang tu bukak lampu.. kipas.. ekon lagi.. tenet all time mmg jalan le bil kan..

      Delete
    3. Jangan buat kat rumah sewa. Rugi! Ni utk rumah sendiri ;)
      Under 30 kira oklah tu. Plug apa tak guna cabut na,..

      Delete
  4. Tapi bab charge tipon tu selalu terbabassss ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe kena letak tag, "tolong cabut saya selepas guna".. Masa charge telefon set alarm agak2 2 jam dah full, bila bunyi alarm kita alert lah nanti xda la terbabas.. ;)

      Delete
    2. ngeh3.. memang cabut sbb dah terbiasa gitu.. kalo xdak fon mmg akan cabut..
      terbabas tu penah gak skali dua..

      Delete
    3. Bijak idea set alarm tuh! ;)

      Delete
  5. kalo cuci baju penuh washing machine org kata nnti pakaian spender x bersih., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai tangan jelah wak...hehe

      Delete
    2. Hahahah betul cakap Sal, basuh tangan jelah, wak.

      Delete
    3. Haha.. Wak ni kan.. Xkan nak basuh spender je dlm washing mc tu baru bersih.. HAHA

      Delete
    4. asingkan la Wak yang kicik2 tu.. basuh yg besar2 dulu..
      kicik2 another trip ehehe.. x pun yes.. pakai tangan le =P

      Delete
  6. akak kalau tidur memang satu rumah gelap, walaupun duduk sengsorang..ni kira jimat tahap dewa lah ni..tapi TV terpasang.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. tapi TV tutup lah..kalau pasang pun bukan blh tgk.. :-)

      Delete
    2. ahahaha woooo.. patutlaaaaaa ritu tidooo pekop muka =P
      sebab lampu x padam lagi..

      Delete
  7. semua 8 tu sy xbuat.....peti ais xsempat amik brg lg dh kena tutup...adehhhh....kah kah kah kah

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...