Dari STOP 1 Bas laluan pantai akan ke STOP 9 terus. Ingat ya, STOP 1 dan 9 sahaja ada pertukaran bas.
Maka kami pilih STOP 9 untuk tukar bas laluan bandar (City Route)..
Di Chowrasta.. Macam kat Tanjung Dawai plak.. Tapi kalau Tanjung Dawai banyak ikan kering dengan kopok lekor lah.. hehe..
Jam menunjukkan pukul 3.40 petang. Kalau laluan pantai kami decide turun di Miami, laluan bandar kami decide turun satu tempat ja..Jalan jem, tak sempat nak singgah banyak tempat. Last pick up jam 7.00 p.m.. Huhu..
Basikal untuk disewa.
Kami decide turun di STOP 14 (FORT CORNWALLS) kat Padang Kota Lama tu...
Masa ni tengah ada festival Indonesia (eh dah apa hal ada festival Indonesia di Pulau Pinang?). Patut lah asyik terserempak dengan orang Indon..
Kami tak singgah pun gerai mereka, lalu camtu ja.. Nak kejar masa sama.. Bukan datang nak rai festival ni (kami pun tak tahu).
Bergambar sekeping dua, kami gerak sebelah sana..
Mula ingat nak masuk sini, pastu tak jadi.. kami plan nak ke tempat lain.. Bergambar kat pintu masuk je lah.. :P
Lepak-lepak kejap, lepas tu kami ke museum trick art..
Kat sini lagi sekali memanfaatkan kad pelajar.. Hehe.. Dari RM15, sebab pelajar lagi kan, maka dapatlah tiket harga RM10.. Alhamdulillah... Tiket budak-budak pun RM10, termasuk warga emas dan kurang upaya.
Untuk cerita dan gambar museum ni, I sambung entri lain lah.. nanti panjang plak entri ni.
Sejam setengah kami di Padang Kota Lama ni, kami teruskan perjalanan. Masa ni langit dah mula gelap. Hujan mula turun renyai-renyai, tapi bas tak muncul-muncul lagi.. Huhuuuu...
20 minit tunggu, bas pun sampai... Jom teruskan perjalanan sampai habis..
5 minit dalam bas, hujan pun turun mencurah-curah ke bumi. Jalan pun semakin jem..
Driver bas ni best, pandai cilok mencilok.. hehe..
Laluan bandar ni gambar dah tak banyak sebab hujan dah turun. Dengan handphone cap ayam serama ni memang tak dapat lah dapat gambar yang ok.
Kami kebosanan di dalam bas. Masa ni bas penuh, tempat di atas dah tak ada kosong. Bahagian luar lagi lah tak ada orang duduk, hujan kan.. Tak dapat nak ambik gambar.. Sob..sob...
Perempuan pakai cap tu tersengguk-sengguk.. Hehe..
Cubaan mengambil gambar.. Ini je dapat... dengan bas sedang bergerak
Nampak tak langit dah gelap. Masa ni kalau tak silap jam 6.20 p.m..
Kami teruskan sampailah STOP 8 balik di mana kat situ kami park kereta. Masing-masing dah penat, kami diam seribu bahasa dalam bas.. Mula bercakap-cakap balik masa dalam kereta.
Lepas ja keluar dari Komtar, hujan mula turun dengan lebat.. Jalan semakin sesak.. Aaarrghhh stress betul memandu dalam keadaan macam tu. Kami kena juga bergerak nak cari mana-mana tempat untuk singgah sembahyang.
Sebab hujan semakin lebat, kami dah malas nak singgah.. Kami teruskan saja balik ke rumah.. Jam 8 malam kami sampai di rumah sewa I.. Kami lepak kejap n keluar makan pulak.. hehe.. lapar kot.. Dah tadi cuma makan bihun sup ja.. Huhuuu...
Maka tamatlah perjalanan kami yang tak sampai pun satu hari..hehehe...
Nah peta...
Interchange di STOP 1 (GURNEY) dan STOP 9 (CHOWRASTA).
Sebaiknya pilih lah STOP 1 atau 9 untuk mula. Kami dah tersalah sebab tu mula di stop 8.
Overview,
Sangat untung naik bas ni ok, dengan RM19 dapat merasa pusing Penang. Ok lah kan.. Bas mula jalan jam 9.00 a.m sampai jam 8.00 p.m. Untuk melancarkan perjalanan U ols, maka elakkan lah hari cuti. Kami tak ada pilihan, terpaksa lah hadap hari ahad.
View paling layan semasa Beach route lah.. I ni kan suka nature. Masuk City ja I dah mula pening.. Huhuuuu...Padanlah hujan pun turun masa round City.. Hahaa...
Fasiliti bas
1. Wifi on board - laju tau.. we all siap transfer gambar lagi.. hehe...
2. Sky view & open deck - Cuaca Malaysia ni panas, macam tak feel sangat.. Huhu.. pakai sunblock ok.. :)
3. Disable friendly.
4. Choice of 24 & 48 hours ticket
5. 2 routes : City Route & Beach Route.
6. Guide book
Adakah kami akan repeat?
Jawapanya mungkin ya.. Ada sapa-sapa nak datang Penang? Jom naik HOHO..
salam kenal..
ReplyDeleteakak pun suka Penang ni.. best tang makan.. pagi pegi sarapan, balik relax then tghari keluar, makan lagi.. balik rehat n petang or malam keluar dan makan. pergghh.. makannn je.
akak fikir makan je..kelakarlah...haha..tapi sungguh penang mmg syurga makanan kat mesia ni..:)
Deletewow... bestnyer... dah lama sgt akak tak pusing tanjung ni.... asyik p penang exit hway msuk usm... blk pun cam tu.... huhu
ReplyDeleteakak kerja dlm USM? Oh, maybe leh jumpa nanti I ada mggu intensif.. ;)
DeleteSuida....masjid tu masjid negeri ka??? rsanya kat masjid tu dulu kami ada program....tidoq dalam masjid 2 malam....hihhi
ReplyDeleteye kot akak.. xsure lah.. Huhuu.. ambik gambar masjid tu sebab nampak cantik
Deletetak pernah lg naik bukit bendera....masa nk g hrtu...xleh naik coz ada pokok tumbang....smpai la ni xjejak lagi kat situ....huhuuh
ReplyDeletebest jugak kat atas tu.. naik last year.. kali ni xplan nak naik pn...
Deletemcm seronok je lak dgr nya ... masa sis gi penang , sis cuma naik bukit bendera , pi komtar , tapau jeruk madu pak ali n sblm balik , kami round satu pulau tapi dok dlm keta je . pergi naik jambatan balik naik feri ...
ReplyDeleteini pun dlm bas ja lama sis.. klu nak menyinggah sana sini xsempat 1 hari
Deletewahhh...bestnyer jalan2 naik bas, akak dah lama tak naik bas, pegi penang lagi la lama tak pergi
ReplyDeletekiutnya basikal pink tu
ReplyDeletepink juga dinampaknya..:P
Deletekenapa perlu bermula di stop 1 or stop 9
ReplyDeletesebab dua pit stop tu boleh exchange bas..
Deletelama x nak tggu another bus semasa setiap kali turun di pit stop tu
ReplyDeleteDah macam si Suida tu pemandu pelancong lak... Kah kah kah
Deletelebih kurang 40 minit
Deletekiranya setiap pit stop tu ada tempat menarik utk di terjah or mcm mana?
ReplyDeleteMestilah tempat menarik... Ha ha ha
Deleteyelah.. klu x tak baloi lalu..hehe
Deletetak pergi ke festival indonesia tu.. katanya ada banyak makanan sedap2..
ReplyDeleteTak abis2 makan makan makan...
Deletemahal CT.. malas nak try..
DeleteBukit bendera tu Stop jugak?
ReplyDeleteyup.. tapi we all x turun pun sebab ptg sangat masa tu, tambah ngan hujan
DeleteKalu nak mencekik laksa penang kena pit stop no berapa?
ReplyDelete* buat buat tanya
kena buat-buat tercekik....hehehe
Deletealamak lupa lak, rasanya kat town, stop 7
Deleteorang penang pun tak naik lagi ni
ReplyDelete