advertisement

Showing posts with label SET MIGRAIN. Show all posts
Showing posts with label SET MIGRAIN. Show all posts

Stress vs Migrain

24.8.2015 (10 pg)

Alamak ter'publish' entry tak siap plak semalam.. Tak dak mood nak taip, tu yang nak close tapi sempat blogwalking beberapa blog sebelum tumbang. 

Beberapa minggu lepas, stress ke tahap nak meletup dah rasa.. Bukan stress study ke apa, belum start betul-betul lagi study. Bab study so far cool n steady lagi. Bab kerja tu ada lerr sikit.. Yang tu ok lagi.. Ni stress something yang memang tak dapat nak share kat U ols disini..It's too private.  

Actually, I bukan nak tulis ni.. Tapi dah entry ni ter'publish' plak semalam, so terpaksa merapu raban sikit.. Hehe..

U ols mesti biasa stress kan. Ada tahap tu stress sampai migrain. Tu lah jadi kat I la ni.. I jadi tak leh pikiaq (fikir) apa dah nak buat untuk kurangkan stress ke apa.. Jadi blurr terus. Apa yang I tau, I just take few suplemen like vitamin B and alfalfa.. 

If U ols ada tip simple untuk tolong I kurangkan rasa denyut-denyut kepala ni, tell me kat komen dibawah k. 

Thanks in advance U ols.. :)






Credit to Lala

MIGRAIN BOLEH DICEGAH DAN DIRAWAT


Sebelum ini saya pernah menulis tentang bahayanya migrain dan punca berlakunya migrain,boleh baca di sini. Jadi, ini adalah kesinambungan artikel sebelum ni tentang langkah mencegah dan rawatan yang sesuai untuk pengidap migrain lakukan. Apa yang membuatkan saya tertarik akan menulis lebih lanjut tentang ini adalah kerana saya sendiri tidak terlepas daripada menderita migrain. Ia sering kali berlaku jika saya berada dalam keadaan "lampu merah" sehingga menganggu kerja seharian. Diakhir cerita nanti, saya akan kongsikan rawatan pencegah mudah yang saya ambil bagi mengurangkan kekerapan migrain berlaku.

Agak sukar untuk memulihkan migrain. Namun dengan mengenal pasti dan mengelakkan pencetus migrain dalam keadaan tertentu, pesakit boleh mengurangkan penderitaan akibat migrain. Jom kenali 

9 langkah cegah migrain:

1.Simpan diari sakit kepala.

Ia boleh membantu anda dan doktor memantau keberkesan rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya migrain. Ia juga boleh mengajar tentang punca pencetus migrain anda.

2.Kawal pendedahan terhadap ransangan

Cahaya terang atau berkelip kadang-kadang boleh menyebabkan migrain. Pakai cermin mata gelap pada hari-hari cerah. Cermin mata haruslah mengandungi kanta kualiti yang baik dengan panel sisi. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton televisyen(TV) atau menggunakan komputer. Laraskan kecerahan dan tahap kontras pada skrin TV dan komputer. Ransangan bukan visual seperti aroma yang kuat juga perlu dielakkan.

 3.Beri perhatian kepada pemilihan makanan.

Ambil tahu tentang makanan, bahan makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala serta elakkan daripada mengambilnya. Makanan atau minuman dengan kafein dan alkohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan pengambilannya sepanjang hari.

Amalkan diet yang seimbang, makan lebih buahan, sayuran, bijiran penuh dan protein yang berkualiti. Makan banyak sayuran hijau gelap seperti brokoli dan bayam serta telur, yogurt, dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B yang membantu mencegah migrain.
Makanan yang kaya dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel dengan betul. Ia termasuklah kacang(terutamanya badam), cashews, bijian, germa,gandum, kacang soya dan pelbagai sayuran.

Ikan berminyak juga boleh mencegah migrain. Makanlah ikan berminyak 3 kali seminggu untuk meningkatkan pengambilan Omega-3 dan asid lemak. Jangan melangkau waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migrain. Makan sedikit dan kerap untuk mengelakan perubahan ketara gula dalam darah. Dan akhir sekali, minum air yang banyak.

4.Hormon memainkan peranan besar dalam migrain.

Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala semasa datang bulan(haid). Pada masa itu, wanita perlu berhati-hati dengan diet dan rutin senaman. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migrain yang dialami.

5.Tidur ada waktu yang tetap

Selain memastikan anda mendapat tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangun secara tetap. Gangguan kepada rutin bakal mencetuskan migrain.

6.Ambil ubat-ubatan sebagai pencegah

Adalah amat penting untuk mendapatkan nutrien yang cukup. Mengambil herba dan mineral tertentu dapat membantu menangkis migrain. Kekurangan magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migrain.

7.Keadaan cuaca

Perubahan cuaca mempengaruhi migrain anda. Kelembapan dan suhu panas boleh meransang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk menyedari keadaan persekitaran. Jika cuaca menjadi tidak selesa, anda mungkin perlu berehat daripada melakukan aktiviti luar.

8.Elakkan tekanan

Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun kita boleh mengawal bagaimana cara kita bertindak balas kepadanya.

9.Senaman

Senaman dapat meningkatkan metabolisme dan peredaran darah berjalan lancar. Berjalan kaki adalah senaman paling mudah dilakukan.

Mampukah anda mengikuti langkah pencegahan daripada tercetusnya migrain. Selain mengelakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan migrain, selalunya doktor akan memberi ubat-ubatan seperti aspirin, dan ibuprofen yang boleh mengurangkan migrain.  Harapan untuk pulih untuk pengidap migrain biasanya tidak akan sembuh sepenuhnya.

Jika anda fahami tentang point no 3 dan 6 di atas, pengambilan vitamin B, magnesium dan omega-3 secara tidak langsungnya dapat mencegah kekerapan migrain berlaku. Tahukah anda dengan memastikan terjaganya makanan harian, penyakit sukar untuk menyerang.

Mari saya kongsikan kepada anda suplemen yang selalu saya amalkan bagi mengelak sakit kepala atau migrain berlaku.

1.Vitamin B Complex

Vitamin B sangat penting bagi membantu mengawal tekanan serta penyaluran tenaga bagi proses metabolisme. Tambahan pula, vitamin B juga baik dalam kesihatan jantung, dan sintesis DNA. Untuk pengetahuan anda, tekanan hidup, pengambilan alkohol dan perskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B dalam tubuh.

2.Ostematrix


Kandungan utama di dalam ostematrix adalah kalsium, magnesium dan vitamin D. Point no3 dan 6 langkah pencegah jelas menerangkan tentang kekurang magnesium turut menyumbang kepada tercetusnya migrain. Ostematrix jelas mengandungi kandungan magnesium yang sangat penting untuk keperluan tubuh. Malah fungsinya lebih daripada itu. Sila baca entry saya sebelumnya tentang ini

Satu lagi suplemen yang saya amalkan bagi mengelakkan simptom-simptom pra haid  seperti sakit kepala dan belakang adalah Alfalfa  Complex. Herba Alfalfa ini sendirinya terkandung magnesium, kalsium serta lain-lain vitamin. Kajian telah dilakukan bahawa mengamalkan pengambilan suplemen harian boleh membantu mengurangkan kekerapan berlakunya migrain.

Anda berhak memilih suplemen daripada keluaran apa sekali pun,  pastikan 3 perkara ini sebelum mengamalkannya. Yang pertama, pastikan ia semula jadi(bebas dadah/bahan kimia, hanya berasaskan tumbuhan, buahan, sayuran), halal(sumber yang jelas), serta selamat untuk diamalkan dalam jangka panjang. Hal ini kerana, sesetengah suplemen akan memberi kesan negatif pada tubuh jika diambil dalam tempoh yang lama.

Perbezaan Shaklee berbanding suplemen lain adalah ia sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Tiada kesan negatif yang berlaku kepada pengamalnya sehingga kini, jika ia diambil dalam kuantiti yang di sarankan. 


berminat? hubungi saya segera

Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

BAHAYA MIGRAIN, JANGAN BIARKAN IA BERLARUTAN



MIGRAIN

Semalam saya sakit kepala sangat, rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala ni kat dinding (ops, jangan buat tau macam ni, ianya tidak membantu malah lebih menyakitkan). Jadi, hari ni terasa nak kongsikan pada anda tentang migrain. 





Migrain atau sakit kepala yang teruk adalah penyakit yang mana boleh menyerang sesiapa sahaja terutamanya orang dewasa. Migrain lebih kerap berlaku di kalangan wanita. Kira-kita 18% wanita, dan 6% peratus lelaki. Bukan hanya orang dewasa bahkan kanak-kanak juga mendapat migrain. 
 Mereka biasanya mendapat migrain di kedua-dua bahagian kepala atau bahagian hadapan sahaja. Walaupun begitu, ia berlaku tidak lama lebih kurang 30 minit sahaja.


Ada teori menjelaskan bahawa migrain berlaku kerana gelombang-gelombang aktiviti oleh sel-sel otak yang apabila diransang, ia mencetuskan bahan kimia seperti serotonim yang mengecutkan saluran darah. Bahan kimia dan hormon seperti serotonim dan estrogen didapati memainkan peranan dalam menentukan seteruk mana tahap migrain seseorang.

Migrain memang menyeksakan, ia mengakibatkan pesakit mengalami sakit kepala yang berdenyut dan berulang. Keadaan ini biasanya memberi kesan kepada sebelah kepala dan sering ditandai dengan amaran deria seperi pancaran cahaya, blind spots, kesemutan di tangan dan kaki, loya, muntah, dan sensitiviti kepada cahaya. Migrain boleh menjadi sangat serius dan berlarutan sehingga beberapa hari.

SIMPTOM-SIMPTOM
 
1.PRODROME

Satu atau dua hari sebelum migrain, anda mungkin mengalami perubahan kecil termasuk:
-Sembelit
-Kemurungan
-Ketagihan makanan
-Hiperaktif
-Mudah marah
-Kekakuan leher
-Menguap secara tidak terkawal

2.AURA

Tanda-tanda termasuklah;
-Pemikiran mengelirukan atau pengalaman persepsi lampu pelik, lampu berkilauan atau berkelip
-Rasa mencucuk-cucuk pada tangan dan kaki
-Ketegangan di bahu,leher atau anggota badan
-Bau yang tidak menyenangkan

3.POSDROME

Pada fasa ini pesakit mungkin merasa letih. Sesetengahnya mungkin merasa sedikit terawang-awangan.


FAKTOR MIGRAIN

-Alahan dan tindak balas alergi
-Lampu yang cerah, bunyi yang kuat dan bau tertentu seperti minyak wangi
-Tekanan fizikal atau emosi
-Perubahan corak tidur atau tidur yang tidak teratur
-Merokok atau terdedah kepada asap
-Berpuasa
-Gula darah yang rendah
-Alkohol
-Pusingan haid yang tidak menentu, pil perancang dan aliran hormon yang tidak seimbang
-Sakit kepala ketengan
-Makanan yang tinggi MSG dan mengandungi tyramine(wain merah, keju tuna, ikan salai, hati ayam, buah ara)

Namun begitu, mengelakan makanan tertentu tidak akan mencegah migrain. Keadaan ini ternyata lebih rumit daripada itu. Faktor-faktor pencetus seolah-olah wujud sedikit demi sedikit dari satu tempoh masa dan bersama-sama menyebabkan serangan migrain.

Corak pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan dalam sesuatu penyakit, begitu juga migrain. Jika terlalu banyak aktiviti atau stress, migrain boleh bermula. Begitu juga jika anda tidak dapat mengawal corak pemakanan yang mengandungi bahan-bahan penyebab migrain. Teruskan menjalani hidup sihat untuk kesihatan anda.

Jangan ambil mudah tentang migrain, kerana jika dibiarkan ia mungkin menyebabkan lebih serius, dapatkan rawatan pesakit-pesakit migrain sekalian. Ikuti lanjutan penulisan saya dalam entry akan datang tentang cara mencegah migrain serta rawatan sesuai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...