advertisement

Doa Yang Spesifik.

Lama pulak tak bersiaran.. Mood raya masih menebal, mood nak update blog masih kelaut, tambah pulak lepas ni terpaksa offline seketika. Tapi tak pa, hari ni ada sesuatu nak kongsi kat U ols..

Terdengar tazkirah ringkas (lupa nama ustaz), tentang meminta doa kepada Allah. Doa jangan terlalu umum. Sebagai contoh, kita nak dapat keputusan cemerlang. Jangan minta doa " Ya Allah, bagilah aku dapat keputusan cemerlang dalam exam nanti.".. Spesifik kan doa tu, exam bila? kita nak cemerlang macam mana, maksudnya nak berapa A, nak dapat pointer berapa. 

Contoh lain seperti memohon semoga Allah murahkan rezeki. Rezeki itu banyak, iaitu merangkumi harta benda, kesihatan, kasih sayang dan macam-macam lagi. Rezeki apa yang kita nak Allah murahkan dalam masa terdekat ni?

Berdoa sahaja tidak cukup tanpa usaha disampingnya. Selepas itu barulah kita tawakal kepada Allah. Jangan berasa kecewa, marah atau bersangka buruk sekiranya doa kita tidak dimakbulkan. Malah berlapang dada dan sentiasa positif. 


Pernah kan dengar kata-kata ni? "kadang-kadang Allah berikan kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu".

Bila kita letakkan kenyakinan yang tinggi kepada Allah, Insyaallah kehidupan kita menjadi lebih baik.. 

NK: salah satu cara jika mahu doa kita dimakbulkan Allah ialah dengan membanyakkan istifar. 




Salam jumaat semua.. 





12 comments:

  1. Kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui apa sebenarnya yg kita perlukan. Dgn selalu berdoa mampu mendekatkan diri kita padaNya juga.

    ReplyDelete
  2. Allah maha penyayang...Allah takkan susahkan hambanya..Allah juga tahu setakat mana kemampuan hambanya. Jangan putus berdoa :-))

    ReplyDelete
  3. Setiap kali SS nak doa.. SS mulakan ayat... innama amruhu idza arada syaian an yaqula lahu kun... pastu SS doa apa yg SS nak... Tutup doa dengan fayakun....

    Maksudnya... Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah ia...

    ReplyDelete
  4. "..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
    (Al-Baqarah 2:216)

    ReplyDelete
  5. to be honest, akak suka doa spesifik, tapi in the end akak akan cakap "Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik". Tapi takdelah spesifik sangat, agak-agak ler... hehe

    ReplyDelete
  6. yg penting jgn berhenti berdoa...kdg bila Allah penuhi hajat kita...kita harus bersyuku...kerana Allah tau apa yg terbaik untuk kita.....

    ReplyDelete
  7. doa yg spesifik...ok akan di peraktik kan...Allah maha besar

    ReplyDelete
  8. Betul. Dulu ustaz akak semasa di sekolah menengah selalu ingatkan, bila berdoa biar terperinci & spesifik, mohon dgn jelas & sepenuh perhatian. Ini akan lebih dekatkan kita dgn Allah.

    ReplyDelete
  9. ada juga dengar pasal ni
    anyway saya setuju dengan entry shida ni
    ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita

    ReplyDelete
  10. memang kena details.. minta jelas2 apa yang kita.. tapi jangan lupa kena juga mintak..
    asalkan benda tu baik untuk kita dengan redha-Nya..

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...