Mengidapi masalah kolestrol tinggi amat
membimbangkan. Kandungan kolestrol yg tinggi di dalam saluran darah boleh
menyebabkan masalah jantung, darah tinggi dan strok.
Risau jika terambil makanan yang menjadi
penyumbang kepada kolestrol. Jadi saya kongsikan beberapa makanan yang baik
diamalkan bagi membantu mengurangkan kolestrol LDL tubuh.
Avakado
Ianya mengandungi B5 yg mana dapat membantu
mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Avokado adalah makanan yg kaya dengan
asid pantonenik. Apabila seseorang mengambilnya, pantetin dalam darahnya akan
meningkat. Dalam masa yg sama kadar lemak dalam darah akan turun khususnya
lemak jahat, malah akan meningkatkan lemak baik. Antara sumber lain asid
pentotenik ialah kuaci tawar, biji bunga matahari, yogurt dan ikan salmon.
Ia mengandungi kromium, minera yg membantu
memecah lemak menjadi sebatian sederhana.
Oleh itu, ianya dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dan
meningkatkan kolestrol baik. Pengambilan vitamin C yg mencukupi bermanfaat
meningkatkan penyerapan kromium.
Epal
Ianya kaya dengan serat, fitokimia dan
flavonoid. Fitokimia yg terdapat dalam epal berfungsi sebagai antioksidan yg
melawan kolestrol jahat yg menjadi penyebab pembuluh darah tersumbat. Pada masa
yg sama, antioksidan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah.
Antioksidan juga akan meningkatkan kolestrol baik yg bermanfaat mencegah
penyakit jantung.
Jambu biji merah
Ianya kaya dengan likopen. Menurut kajian beberapa
pengidap hiperkolestrol diberi makanan sumber likopen secara rutin setiap hari.
Setelah 3 bulan kadar kolestrol mereka menurun sekurang-kurangnya sebanyak 14%.
Antara buah lain yg mengandungi likopen ialah tembikai merah dan tomato merah.
Buah2han yang kaya vitamin C
Mangga, oren serta betik terbukti antara
buah-buahan yang kaya sumber vitamin C. Vitamin c mencegah kolestrol jahat
bertindak balas hingga menghindarkan terbentuknya plak di dinding pembuluh darah. Selain itu, ia
memperkuatkan peranan vitamin E dalam menghalang peningkatan kadar kolestrol
dalam darah. Tambahan pula vitamin C membantu meningkatkan kolestrol baik.
Kacang tanah
Kacang tanah panggang kaya dengan sumber
vitamin E. Vitamin E mengunci radikal bebas agar pembentukan plak di dinding
pembuluh darah dapat dihindari dan sekali gus mencegah serangan jantung.
Selain makanan di atas, kita seharusnya
mengurangkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan lemak, malah memilih
makanan yang mengandungi lemak sihat.
Saya ada rahsia mengurangkan kolestrol secara
semulajadi dalam masa yang agak singkat.
Anda boleh mencuba suplemen PHYTOCOL-ST, OMEGA GUARD dan GARLIC. Gabungan ketiga-tiga suplemen ini memang membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, terutamanya Phytocol-ST yang memang dirumus khas untuk menghalang kolestrol LDL memasuki saluran darah.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.