Sebagai seorang kerani akaun, mestilah masa
banyak dihabiskan di depan komputer. Tambahan pula, saya ni gemar mengadap
komputer dan handphone. Tabiat atau cara hidup ni sebenarnya kurang baik, sebab
badan akan menjadi lembab atau kurang aktif.
Walaupun sibuk dengan tugasan, memang tak dak
alasan untuk tidak melakukan senaman. Bersenam ni sebenarnya mudah, tidak
semestinya di gimnasium atau taman-taman rekreasi. Ia boleh dilakukan biarpun
sekadar pergerakkan ringkas.
Walaupun sibuk macam mana pun, luangkan sedikit
masa untuk bersenam. Walau sesibuk mana pun saya harap, anda baca lah artikel
ringkas saya ni sampai habis.
Jom saya kongsikan beberapa cara mudah yang
boleh kita praktikkan bagi diri sentiasa cergas.
·
Berjalan kaki.
Ianya adalah cara
yang paling mudah. Tak kan nak jalan pun malas kan? Kalau malas sangat patahkan
jela kaki tu. Kalau kita pergi pejabat dengan kereta atau motosikal, pilihlah
parking yang jauh siki supaya kita boleh berjalan lama sikit.
·
Naik tangga
Memang satu bonus la
pada saya, sebab office saya memang tak ada lift atau eskalator. Office saya
kat tingkat dua, sah-sah la saya kena naik tangga kan. Kalau office anda
setakat tingkat 1,2, atau 3, naik lah tangga. Biar badan bergerak sikit. Kalau
tak ada tangga? Boleh pilih cara lain.
·
Tekan tubi
Kalau cara ni,
memang kurang sesuai untuk wanita kan. Kepada kaum lelaki, elok lah pilih cara
ni. Walaupun hanya kiraan sekali sahaja, ianya cuku bermanfaat untuk membakar
timbunan karbohidrat seterusnya menyegarkan tubuh badan yang keletihan.
·
Genggam bola getah
Ini cara yang paling
malas lah. Kalau kita sibuk sangat kan, cukuplah dengan mengengam atau meramas
sebiji bola getah kecil berulang kali. Ia dapat membantu mengurangkan tekanan
di samping melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sendi-sendi lengan.
·
Rengangan
Cara ni pun senang
ja kan. Setiap sejam, cuba lakukan rengangan sekejap. Cukuolah dengan melakukan
sedikit pergerakkan lain selain duduk mengadap komputer tu.
Cara mudah nak
lakukan sedikit gerakan senaman untuk anda yang sibuk ni. Iyelah masa sangat
mencemburui anda. Selamat beramal. hihi
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe