advertisement

Pemilihan makanan yang dapat meningkatkan metabolisme





Apa itu metabolisme?


Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Setiap orang berbeza keperluan kalorinya mengikut gaya hidup masing-masing. 


Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya amat  mengambil berat tentang berat badan. Setiap orang mengimpikan berat yang ideal. Antara faktor utama peningkatan berat badan ialah kadar metabolisme yang rendah. Selain bersenam, terdapat beberapa jenis makanan daat membantu meningkatkan metabolisme. 


1.       Jus lemon

Jus lemon adalah antara makanan alami yang boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh seseorang. Satu tip yang boleh diamalkan ialah mengambil air suam yang dicampurkan dengan jus lemon pada setiap pagi, ia dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh kita.


2.       Kayu manis

        Selain bermungfi menambahkan aroma dalam masakan, ianya berkhasiat menambahkan metabolisme badan. Ianya bermanfaat untuk mengimbangkan gula dalam darah dan juga dapat mangaktifkan kadar insulin dalam tubuh. 


3.       Lada sulah

      Ianya berfungsi untuk membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan rasa lapar, selain meningkatkan metabolisme tubuh. Tambahan, pengambiln lada sulah setiap pagi dapat memeberikan suntikan semangat kepada badan.


4.       Minyak kelapa dan santan

Ianya digunakan dalam masakan untuk memberi rasa lemak dan manis dalam masakan.  Selain itu, kandungan antivirus dan antibakteria yang ada dalamnya ternyata mampu menjaga kesihatan usus kita. Bahan alami ini juga sebenarnya boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh.



Selain makanan tertentu, ada beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme tubuh, jom baca beberapa cara di bawah ni.


  • ·        Minum air secukupnya

  • ·        Jangan lupa kalsium. Kekurangan kalsium dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan tubuh berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.

  • ·         Tidur yang cukup.

  • ·         Jangan tertekan

  • ·         Lakukan senaman

  • ·         Vitamin c juga membantu. Vitamin c dan kalsium adalah  rakan baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vit c membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

  • ·         Makanan pedas. Cili mengandungi capsaicin mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya.



Antara tip dan cara mudah nak tingkatkan metabolisme. Kadar metabolisme yang tinggi snagat diimpikan ramai orang sebab nak kekalkan berat dan bentuk badan yang cantik. 

Antara makanan yang membantu tingkatkan metabolisme


No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...