advertisement

KEMANA HILANGNYA KASIH SAYANG

Huhuhuuuu... Sedih baca berita tentang kes buang bayi ni. Sedih sangat-sangat. Walaupun saya belum kahwin, dan belum merasai mengandung, apatah lagi mempunyai anak sendiri. Insyaallah suatu hari nanti, saya pun nak jugak ada anak sendiri yang lahir dari rahim saya. hihi..

Ada yang pernah PM (personal message) saya tanya tentang set kesuburan shaklee. Katanya " Akak dah 4 tahun kawen, tapi tak boleh mengandung lagi, doktor kata akak ngan abang subur ". Ada yg PM nak suruh suggest set kesuburan untuk yang ada masalah fibroid la, cyst la.. Saya pun tak pandai pasal tu( iyela, bukan doktor).

Ramai yang sedih sebab tak dapat mengandung. Yang masih ada harapan, akan terus berusaha dan mengharap. Yang mana di sahkan tak boleh hamil tu, pasrah dan redo sahaja. Ramai yang akan ambik anak angkat, sebab keluarga tak akan lengkap tanpa adanya anak.

Sedih saya bila baca, tengok gambar bayi-bayi yang tak berdosa ni dihurung semut, digigit anjing. Jika binatang yang mati tepi jalan pun, kita rasa sedih, ni kan pulak manusia. Hai la ibu yang buat macam tu, mana hilangnya nilai kasih sayang mu? Kau sanggup mengandung sehingga 9 bulan, kemudian kau buang macam tu ja. Kalau pun kau tak sanggup nak jaga, kau serahkan pada orang lain. Masih ramai manusia kat luar sana tu ada hati, perasaan.

Dunia akhir zaman, manusia makin hilang sifat perikemanusiaan, kasih sayang dan perasaan malu. Dosa kau berzina masih belum terampun, ini ditambah dosa kau membunuh. Anak-anak yang lahir tu tak ada dosanya. Kau yang berdosa, jangan menghukum si kecil yang tak besalah..


Gambar ini saya ambil dari facebook Sinar Harian yang disiarkan tadi. Sungguh menghayat hati.




Ini lah yang di katakan manusia berhati syaitan.. Haha.. Bukan berhati binatang, sebab binatang pun tahu sayangkan anaknya. 






No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...