advertisement

Cantik rupa atau akhlak yang baik



Untungkan kalau cantik diluar cantik jugak didalam.. Macam mana nak cantik didalam? Jawapannya Akhlak!..

Tapi kalau kita terkejar-kejar kecantikan luaran untuk pujian manusia, alangkah ruginya.. Biar muka "tak bapa cantik" asal hati dan akhlak baik.. Betul tak?

Bagaimana pun rupa kita, ianya Allah yang jadikan.. Bersyukurlah.. Apa yg kita patut risau, ialah hati kita.. kerana hati yang baik boleh mencerminkan rupa yang cantik..

Selamat berpuasa ye semua.. 
Salam Ramadan

Lesu ketika puasa? Anda patut cuba ni

Dah seminggu kita mengambut Ramadan dan berpuasa. Mungkin ada yang belum cukup pun seminggu puasa atas sebab-sebab tertentu. Yang mana tengah uzur dan wajib berbuka puasa tu tak pa, lain cerita. 

Puasa sebabkan U ols lesu. Nak buat apa kerja pun dah tak larat. Kalau awal-awal puasa mungkin badan masih bertenaga. Ni dah masuk seminggu mulalah badan tu rasa letih semacam. Ditambah pulak rasa nak demam, dengan cuaca yang panas dan kering ni.

Badan yang kurang bertenaga adalah disebabkan kurang mengambil nutrisi yang sihat. Kadang-kadang sahur pun malas nak makan. Tak selera lah nak makan awal-awal pagi kan. 

Tak pa U ols, meh nak bagitau u ols ni, ambil suplemen untuk menambahkan tenaga dan memberi kecergasan sepanjang berpuasa. Banyak je pilihan ynag U ols boleh buat dan ambil, tapi mari I kongsikan 3 suplemen ni je ye. 

Thanks Kameq Deanna

Salam Ramadan Al Mubarak semua.. Dah 7 Ramadan pun. Cepat je rasa.. 

Tak payah berteka teki lah ye, entry ni khas untuk Kak D aka Kak Deanna. Biasalah, minggu lepas kan, sepanjang minggu parcel, dan envelope I terima. Kak D ni paling last so far (ke ada lagi yang on da way? hehe)..

Envelope Kak D yang mengandungi hadiah untuk I selamat tiba minggu lepas. Berbunga-bunga hati ni bila Kak D minta email alamat. Suka tau, tertanya2 apalah yang bakal dapat nanti. 

Meh nak tunjuk kat U ols...



Thank you so mucccchhhh kak D untuk hadiah-hadiah ni. First time ni nak baca majalah TIME.. Hehe.. I tak pernah tau beli majalah Omputeh ni. Tak feel baca sebab certain2 part macam tak paham sangat. Keh..keh.. maklumlah BI kita ni biasa-biasa ja. Ni pun selak-selak gambar je dulu. hehe..

Thank You Es Es

>Sedar tak sedar ini entry ke 300<  Motif bagitahu? saja je lah.. :D


Minggu ni tiap-tiap hari ada ja parcel atau letter bernama "syida hashim" sampai kat office ni. Recieving pun macam menyampah dah nak recieve sebab balik2 nama I aja. Haha.

Selain Shaklee, parcel Zalora ke, parcel hadiah termasuk surat-surat semua I mintak di pos kat office. Bukan apa, kalau guna alamat rumah sewa I tu, Mashaallah lambatnya tu boleh tahan jugak. 

Pernah jadi dulu, kawan sekolah pos kad kahwin, 2 minggu lepas kenduri kad baru sampai. Padahal pos dari Kulim ke Permatang Pauh, jauh sangat ka? Dia pos sebulan sebelum kenduri. Lamanyalah sampainya.. Lagi satu member, i bagi alamat office,  pos kad kahwin dari Kuching, leh plak sampai dalam seminggu.. 

So, lepas pada tu, i tak mau dah guna alamat rumah sewa tu. Macam tak ada dalam peta je, posmen pun tak jumpa. sedih!

Ni entry penghargaan buat Scdha Sein aka Es Es.. Dah termelalut ke pos la pulak. Hehe..

Dah 3 kali I terima ole-ole dari Es Es.. terharu  I, kanda.. hehe.. 

Kamsahamnida (bantai je ni), terima kasih Mbak, thanks, n apa lagi bahasa, u ols tolong tambah.. hehehe..

Mari nak tayang sikit ole-ole Es Es bagi.. Taraaaaaaa

Ahlan Wahsalan Ya Ramadan

credit by google
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Kita bertemu lagi dengan ramadan pada tahun ni. Mintak lah panjang umur ye sampai sempat kita sambut 1 ramadan esok. 

Haaa.. malam ni kita start tarawih.. Moh kita serbu masjid atau surau ramai2. 

Jangan lupa niat puasa ye malam ni.. hehe



Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, so jangan lah kita sia2 kan lagi sekali ramadan, mana tahu tahun depan tak sempat nak bertemu ramadan lagi..

Selamat menyambut ramadan dan berpuasa untuk semua umat islam dan rakan2 blogger sekelian.. 

Puasa jangan tak puasa! hehe.. >_<


P/s: sepanjang ramadan ni, i akan slow sikit urusan online dengan manusia.. Hehe..So, sesi BW pun akan kurang.. Tu ja nak habaq (bagitau).. :D

Baucer RM50 Punya Pasal

Ni yang malas ni.. Aduh rasa nak gelak, nak nangis, nak menjerit geli hati pun ada tau. Ini bukan pasal syok dapat baucer RM50 tu (ada la syok sikit..hehe).. 

Alkisahnya(macam cerita dulu2 pulak), ingat tak entry pakaian muslimah I dulu tu.. Rasanya ada 2-3 orang yang tahu pasal ni, entry tu kan dari Zalora. So i dapat lah baucer RM50. 

Pas dapat baucer tu, sibuk lah masuk website dia nak beli barang. Pilih2 baik punya, pastu tak jadi beli lagi masa tu.. Dan minggu lepas, saja lah gedik2 masuk sebab berlegar-legar iklan dia kat email. Menci plak rasa iklan dimana-mana ni.. Hahaha.. Bukan apa, menganggu konsentrasi nak bekerja je tau. Hehe..

Rasa cam nak beli sandal, sebab asyik pakai wedges ngan selipar je, i nak pakai sandals pulak lah.. Bila merempit pun best sikit dari pakai wedges. Kehkehkeh..

Meh nak tunjuk apa hasil tangkapan selama 15 minit melawat website Zalora Khamis lepas. Dah la curik2 waktu kerja je tu (tak baik kan, jangan tiru aksi ini..hehe)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...