advertisement

MAKANAN YANG BAIK UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL



Mengidapi masalah kolestrol tinggi amat membimbangkan. Kandungan kolestrol yg tinggi di dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah jantung, darah tinggi dan strok.

Risau jika terambil makanan yang menjadi penyumbang kepada kolestrol. Jadi saya kongsikan beberapa makanan yang baik diamalkan bagi membantu mengurangkan kolestrol LDL tubuh.


Avakado


Ianya mengandungi B5 yg mana dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Avokado adalah makanan yg kaya dengan asid pantonenik. Apabila seseorang mengambilnya, pantetin dalam darahnya akan meningkat. Dalam masa yg sama kadar lemak dalam darah akan turun khususnya lemak jahat, malah akan meningkatkan lemak baik. Antara sumber lain asid pentotenik ialah kuaci tawar, biji bunga matahari, yogurt dan ikan salmon.




Ia mengandungi kromium, minera yg membantu memecah lemak menjadi sebatian sederhana.  Oleh itu, ianya dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Pengambilan vitamin C  yg mencukupi bermanfaat meningkatkan penyerapan kromium.


Epal


Ianya kaya dengan serat, fitokimia dan flavonoid. Fitokimia yg terdapat dalam epal berfungsi sebagai antioksidan yg melawan kolestrol jahat yg menjadi penyebab pembuluh darah tersumbat. Pada masa yg sama, antioksidan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Antioksidan juga akan meningkatkan kolestrol baik yg bermanfaat mencegah penyakit jantung. 


Jambu biji merah


Ianya kaya dengan likopen. Menurut kajian beberapa pengidap hiperkolestrol diberi makanan sumber likopen secara rutin setiap hari. Setelah 3 bulan kadar kolestrol mereka menurun sekurang-kurangnya sebanyak 14%. Antara buah lain yg mengandungi likopen ialah tembikai merah dan tomato merah.


Buah2han yang kaya vitamin C


Mangga, oren serta betik terbukti antara buah-buahan yang kaya sumber vitamin C. Vitamin c mencegah kolestrol jahat bertindak balas hingga menghindarkan terbentuknya plak  di dinding pembuluh darah. Selain itu, ia memperkuatkan peranan vitamin E dalam menghalang peningkatan kadar kolestrol dalam darah. Tambahan pula vitamin C membantu meningkatkan kolestrol baik.


Kacang tanah


Kacang tanah panggang kaya dengan sumber vitamin E. Vitamin E mengunci radikal bebas agar pembentukan plak di dinding pembuluh darah dapat dihindari dan sekali gus mencegah serangan jantung.



Selain makanan di atas, kita seharusnya mengurangkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan lemak, malah memilih makanan yang mengandungi lemak sihat. 


Saya ada rahsia mengurangkan kolestrol secara semulajadi dalam masa yang agak singkat.
Anda boleh mencuba suplemen PHYTOCOL-ST, OMEGA GUARD dan GARLIC. Gabungan ketiga-tiga suplemen ini memang membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, terutamanya Phytocol-ST yang memang dirumus khas untuk menghalang kolestrol LDL memasuki saluran darah. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.









Tukar Angin: Jom Ber 'Wide Shawl"

Hari ni, ai nak santai2 ja kat entry ni. Ni semua terpengaruh dengan iklan2 la ni. Banyak plak kebelakangan ni dok jumpa dengan iklan-iklan wide shawl. So, ai pun nak jugak ubah angin, rasa bosan dah asyik pakai bawal ja ( bukan ikan bawal tu ek, kang ada plak yg terbayngkan ikan bawal atas kepala)

Tapi kan, ai ada masalah besar ni.. Ai tak pandai nak pakai wide shawl ni, kalau shawl size standard tu tahu la jugak. Haha.. Masalah kan, dah beli pastu terkial2 nak pakai. Tengok video macam simple ja sebelum beli tu. Lepas dah ada depan mata, tak tahu plak nak pakai. 

Sapa ada tutorial yang nak share ngan ai, tinggalkan link kat sini, nanti ai p singgah ek.

Ai beli online ja shawl ni, cantik jugak u ols. Bercorak2 bagai.. Sebelum ni kebanyakkan tudung2 ai yang plain ja, tak pandai nak bergaya dengan tudung bercorak. Ai tak reti nak match kan dengan baju.

Kalau u ols suka jugak nak pakai wide shawl moh la singgah fan page ni Cotton Wide Shawl. Murah-murah ja shawl kat situ, derang selalu buat promo. Hah, tak silap ai tengah ada promo lagi sekarang. Ai kalau promo2 ni suka sangat. Admin pun ok, u ols try la usha2 kat situ. Kot2 berkenan.

Sebabkan ai tak tau camna nak pakai, admin page tu bagi satu tutorial kat ai. Nanti i share kat bawah ni k.. Esok baru nak try pakai, hari ni macam tak sempat ja, nanti datang lambat la ai ke office (bapak ai punya office tak pa gak).

 
Ni lah shawl ai beli tu

 
Ni lah tutorial tu, mudah ja kan..


Ok, Selamat mencuba, kalau ada link cara pakai, share la. Thanks.. :)

BAHAYA MINUM AIR DETOK BILA...

Selain jeruk mangga asam boi tu air detok ni pun nak jadi fenomena plak sekarang ni. Ramai juga yang share pasal ni kan. Jadi saya pun nak juga kongsi. 

AWAS! 

Air detok ni memudaratkan tau jika diambil waktu bekerja. Sebab nanti semua kerja terbengkalai gara-gara asyik berulang alik ke tandas. Untuk yang kurang biasa, atau tidak mempunyai masalah sembelit selalunya anda akan berasa kerap ke tandas. Kalau waktu cuti, nak lepak2 kat rumah ja memang ok lah kan nak amalkan pagi, petang, malam pun air detoks ni. Hihi

BETULKAH MINUM AIR LIMAU HARI2 BOLEH LANGSINGKAN TUBUH?

Petua menurunkan berat badan dengan air limau nipis/kasturi

Limau nipis atau limau kasturi mempunyai bentuk yang hampir sama. Sering digunakan dalam masakan atau minuman. Kedua-duanya mempunyai aroma yang wangi dan rasa masam. Selain itu ia juga digunakan dalam serbuk pencuci.

Mari kita singkap lebih lanjut tentang khasiat istimewa limau nipis dan kasturi ini.

PHYTOCOL-ST MENURUNKAN KOLESTROL SECARA SEMULAJADI

 
Ini adalah produk terbaru dari Shaklee. Dilancarkan pertengahan tahun 2014. Bulan berapa tak ingat plak, rasa bulan 6 hari tu. Kalau dulu, ramai yang akan cari Omega Guard atau Lecithin sebab nak kurangkan kolestrol, tapi setelah terhasilnya Phytocol-ST ni ramai yang beralih arah. Hihi.

Eh, bukan-bukan maksudkan Omega Guard tak bagus dalam mengurangkan kolestrol jahat dalam badan, dia tetap power. Tetapi, Phytocol-ST ni di formulasi khas bagi mengurangkan kadar kolestrol LDL tubuh. Ianya memang telah terbukti secara klinikal.

Bahan-Bahan yang Terkandung Dalam Phytocol-ST


> Dihasilkan dengan gabungan kuat sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijiran.
> Membekalkan 2000mg sterol dan stanol setiap hari
> Sterol dan stanol daripada tumbuhan telah terbukti secara klinikan di dlm lebih 80 kajian untuk menurunkan kadar kolestrol LDL.
> Bebas daripada kandungan Gluten.
> Membekalkan 100% saranan National Institutes of Health's (NIH) untuk sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.
> Disahkan dengan Star-K Kosher.

Macam Mana Phytocol-ST berfungsi?


Sterol dan stanol yg wujud secara semulajadi di dlm tumbuhan telah terbukti di dlm banyak kajian mampu menurunkan kadar kolestrol LDL.

Sterol dan stanol tumbuhan dimakan dari makanan atau suplemen. Struktur mereka sama dengan kolestrol, jadi mereka akan bersaing untuk menyerap di dlm usus. Sterol dan stanol tumbuhan akan terikat kepada reseptor di dlm usus, dan meninggalkan kolestrol di belakang.

Keputusannya adalah hanya sedikit kolestrol akan diserap oleh tubuh, dan juga sedikit kolestrol akan dibebaskan di dalam salur darah.



Untuk mendapatkan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari, anda perlu mengambil 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum, dan 425 biji tomato segar.

Siapa yang memerlukan produk ini?


Sesiapa sahaja yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan mahu cara yang semulajadi untuk menurunkan kolestrol mereka tanpa menggunakan dadah/ubatan sintetik.


Tidak semua kolestrol adalah jahat, ada juga jenis yang baik dikenali sebagai 'high-density lipopoteins"(HDL). Ia juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Manakala kolestrol LDL "low-density lipoproteins" dikenali sebagai kolestrol jahat.
Secara amnya, kolestrol adalah sejenis lemak yang memainkan peranan membantu struktur membrane sel dan penghasilan hormon.
Walaubagaimanapun, LDL yg berlebihan boleh terkumpul di dalam salur darah dan meninggikan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

Harga Set ialah RM197. Inginkan diskaun sehingga 20%?? Jom daftar ahli disini. Keahlian adalah seumur hidup tau! Boleh dapat diskaun 20% ni untuk semuaaaaaaa suplemen Shaklee..



Jika anda ingin order sendiri boleh klik
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=437aa62e304ca50b7793a093360e4186



Pembayaran melalui kad kredit/kad debit sahaja. 


Dapatkan konsultasi cara makan melalui saya. Ini penting tau, dapatkan cara makan yang betul.
Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905



LAKSA UTARA TERBAIK!

Bila hari sabtu kena kerja, gini lah jadinya. Perut ni laparla pulak. 2-3 hari ni mengidam nak makan laksa (ngidam org bujang je). 

Lama tak makan laksa, teringin plak. Ai paling suka makan laksa yang dibuat sendiri, eh silap2 kuah laksa yang dibuat sendiri. Laksa tu ai beli ja kat kedai. Balik rebus bagi lembut.hihi. maksud ai kuah laksa yang dibuat sendiri.

pinjam google ja


Ai orang utara (kedah mai), Ai saja malas tulis bahasa utara nanti tak ramai faham, kan2.. Ai nak kawan satu Malaysia. Ai kerja kat penang ja, tapi ai tak suka sangat makan laksa kat Penang. Suka lagi laksa orang Kedah punya (tak banyak beza pun, saja wat over).

Resepi laksa utara ni simple ja u ols, Ai belajar buat ni masa tingkatan 3 (tak pastilah mula2 buat umur berapa)

Resepinya ialah:-

Laksa tu beli ja laksa kering tu, lepas rendam dalam 5 jam camtu, pastu rebus la ye. Bagi lembut elok tau, tapi jangan lembut sangat nanti macam moi pulak.Hihi

Kuahnya:-
(anggaran dalam 6 orang makan) Bukan pa, biasa buat kat rumah, dalam 6 orang ja makan. 

Bahan utk kuah:-

10-15 ekor ikan kembung/ sardin/ Selayang ( Saiz ikan sederhana).
15-20 batang Cabai kering (Cili kering). Nak lagi pedas tambah lah
2 Ulas bawang besar (sederhana)
4 keping asam keping (guna asam keping dah ok, nak letak asam jawa ikut suka u ols la).
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
Air 3 liter ( ikut la, nak pekat letak sikit, nak cair letak lebih, ikut keadaan). Air ikan nanti kira termasuk dalam 3 liter ni

Bahan untuk hiasan:-
1. Timun
2. Daun seperti pucuk putat, kaun selom atau salad
3. cili padi
4. Bawang
5 Telur rebus
 

Cara membuatnya:-
1. Rebus ikan dulu, letak asam keping tu sekali. Toskan air ikan tu. Pastu perisi(asingkan) tulang dengan isi. Air ikan jangan buang tau, nanti nak guna buat kuah.
2. Lembutkan cili kering dulu, sebab nak pisahkan biji. Biji tu tak mau, kalau u ols nak blend sekali ikut suka u ols la(blender ai tak leh nak hancurkan biji tu).
3. Blend cili dengan bawang besar. Masak ni dulu atas api.
4. Blend tulang2 tu semua dengan air. Lepas tu, toskan. Tambah air tu dalam cili yang dikisar tadi dalam periuk tu.
5. Isi ikan yang di asingkan tadi, lenyek2 ja bagi hancur lagi. Pastu masukkan dalam kuah terus. 
6. Biar mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
7. Tambahkan perisa dan siap.
8. Potong semua bahan hiasan tu. Nanti tabur lah atas laksa anda.


Senang je kan resepi dari Ai. Macam ni je la yang Ai selalu buat. Jom kongsikan resepi laksa anda. Kot2 ada nak share resepi laksa sarawak ka.. Laksa apa lagi ek yang ada??

Selamat mencuba.. Kalau tak paham cara buat, buat2 faham je lah..hihi  
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...