advertisement

HADIS: Siapakah orang muflis itu?

Hadis of the day.. 

Semoga kita tak termasuk orang muflis itu..



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadits Riwayat Muslim)


Tersentap sekejap semasa baca hadis ni.. 

Mohon maaf lah pada orang yang kita telah aniaya, menyumpat atau sesiapa sahaja yang kita buat salah..

P/s: peringatan buat diri dan semua.. :)

Esok, 1 Mei...

Haishh.. Bila tahu esoknya nak cuti, hari ni dah terasa malasnya nak kerja. Haha.. Bukan tak suka kerja yang dibuat, tapi memang lumrahlah kita ni kan. 

Cuti memang jarang sekali. Harap weekend yang sehari tu, apa pun tak dan nak buat. Kali ni sebab esok hari bekerja, jadi I cuti 3 hari. 3 hari je u ols, rasa seronoknya macam seminggu. Jarang dapat cuti, ginilah..

Sejak2 bekerja ni, baru betul2 rasa kalau cuti hari pekerja ni. Seolah2 dihargai. Hehe.. kalau dulu2, cuti tak terasa sangat..Ye lah sebagai student kan.. Cikgu2 ngan lecturer ajalah dikira pekerja. Kita ni haaa, mana nak ada hari pelajar..Hari kanak2 ado lah..

CARA MENGATASI MASALAH RAMBUT


Seperti organ lain, rambut juga perlu diberi perhatian, mahkota lah katakan. Muka, tak yah cakaplah kan, asal naik sebutir jerawat, dah meroyan.

Ok, ni I nak kongsikan nutrisi yang diperlukan untuk mengelakkan beberapa masalah rambut. 

Nutrisi yang asas untuk membentuk sel rambut ialah protein. Ditambah dengan vitamin B(asid folik), C, zink, potassium dan zat besi.Selain itu, jangan lupa air yang mencukupi. bagaimmana nak tahu cukup ke tak air, boleh refer sini

Biasalah kan, masalah kesihatan ni biasanya disebabkan badan kekurangan beberapa nutrisi.


Nutrisi yang diperlukan rambut 

Luncheon Company

For the first time I nak review tempat makan. I ni bukanlah jenis makan luar sangat. Nak try sana try sini tu memang tak lah. 

Walaupun orang selalu cakap yang Penang ni antara syurga makanan, tapi tu lah I tak dak lah jenis yang teruja sangat nak try. Mungkin sebab member rapat tak dak kat sini. Banyak dah p dok sebelah selatan nun.. Semua org keluar jauh2, I ja setia kot utara ni. Hehe..

Sabtu lepas Company I buat makan2. Selepas servey tempat sana sini, last2 we all just makan dekat2 ja. Kat mana? baca sampai habis.. :D

Ni lah menu yang we all order (boss yang order sebenarnya..) I pun tak ingat nama-nama menu yang 'gah' sangat namanya.. Haha.. 

Yang kuah kuning2 tu sedap, masak lemak.. Tapi kan.. Ikan tu sikit sangat.. Tak sempat nak feeling2 dah habis..hehe.. 

Yang sebelah tu ikan goreng kembang (bantai aja namanya)..Haha.. Dia orang belah ikan tu

Tips menguruskan resdung jika tiba-tiba menyerang

Apa perlu buat kalau tiba2 diserang resdung?

Ni ada beberapa tip yang boleh I kongsikan kat sini. Tip-tip ini kebanyakan adalah dari sumber pembacaan. Ada 2-3 perkara yang I selalu praktikan. 




Tip menguruskan resdung ketika mendapat serangan.

Taubat, Selagi bernafas tak kan pernah ada istilah terlambat...


Siapa tengok cerita cinta Ilahi kat TV3 sebelum ni mesti ingatkan lirik2 lagu taubat yang dinyanyikan Nineball. I tak kenal pun group mana tu. Aahh lantak lah pasal penyanyi tu..Haha..

Apa yang menarik perhatian, bukan cerita bukan penyanyi.Tapi lirik yang penuh bermakna.

Bagi yang jarang dengar lagu macam I, I memang memilih lagu2 yang akan jadi pilihan. Bukan lagu sebarangan. Lagu2 omputeh memang tak layan sangat.

Pertama sebab tak paham sangat meaning lirik. Kedua sebab memang kurang dengar lagu..

Lirik lagu ni tiba2 menyentap perasan I sebagai Hamba yang banyak khilaf ni. Rasulullah bertaubat setiap hari walaupun kita tau Rasulullah adalah bersifat ma'sum. Kita?

Setiap saat, apa dosa yang kita tak buat. Dosa hati rasanya paling top carta. Betul tak? 

Tak payah tipu diri sendiri laah, every one make mistake. Ya betul tu..semua buat salah.. Jadi taubatlah cara kita nak tebus salah kita pada Allah..


Lirik lagu "Taubat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...