advertisement

KEMANA HILANGNYA KASIH SAYANG

Huhuhuuuu... Sedih baca berita tentang kes buang bayi ni. Sedih sangat-sangat. Walaupun saya belum kahwin, dan belum merasai mengandung, apatah lagi mempunyai anak sendiri. Insyaallah suatu hari nanti, saya pun nak jugak ada anak sendiri yang lahir dari rahim saya. hihi..

Ada yang pernah PM (personal message) saya tanya tentang set kesuburan shaklee. Katanya " Akak dah 4 tahun kawen, tapi tak boleh mengandung lagi, doktor kata akak ngan abang subur ". Ada yg PM nak suruh suggest set kesuburan untuk yang ada masalah fibroid la, cyst la.. Saya pun tak pandai pasal tu( iyela, bukan doktor).

Ramai yang sedih sebab tak dapat mengandung. Yang masih ada harapan, akan terus berusaha dan mengharap. Yang mana di sahkan tak boleh hamil tu, pasrah dan redo sahaja. Ramai yang akan ambik anak angkat, sebab keluarga tak akan lengkap tanpa adanya anak.

Sedih saya bila baca, tengok gambar bayi-bayi yang tak berdosa ni dihurung semut, digigit anjing. Jika binatang yang mati tepi jalan pun, kita rasa sedih, ni kan pulak manusia. Hai la ibu yang buat macam tu, mana hilangnya nilai kasih sayang mu? Kau sanggup mengandung sehingga 9 bulan, kemudian kau buang macam tu ja. Kalau pun kau tak sanggup nak jaga, kau serahkan pada orang lain. Masih ramai manusia kat luar sana tu ada hati, perasaan.

Dunia akhir zaman, manusia makin hilang sifat perikemanusiaan, kasih sayang dan perasaan malu. Dosa kau berzina masih belum terampun, ini ditambah dosa kau membunuh. Anak-anak yang lahir tu tak ada dosanya. Kau yang berdosa, jangan menghukum si kecil yang tak besalah..


Gambar ini saya ambil dari facebook Sinar Harian yang disiarkan tadi. Sungguh menghayat hati.




Ini lah yang di katakan manusia berhati syaitan.. Haha.. Bukan berhati binatang, sebab binatang pun tahu sayangkan anaknya. 






KOLAGEN KEPERLUAN MASA KINI



Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Ia merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, rambut, kuku, tulang, sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, dan tisu organ seperti  buah pinggang, jantung serta limfatik.


Setiap tahun, 1.5% kolagen akan berkurangan dan garis-garis halus mula kelihatan. Ditambah dengan gaya hidup yang sibuk dan kurang mengamalkan pengambilan makanan sihat, bantuan kolagen adalah diperlukan.  Kolagen mula berkurangan apabila mencapai usia 25 tahun. Kesan pengurangannya akan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. 


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN

BAJU PERTAMAKU

Over kan tajuk.. Baju pertama la sangat.. Bukan baju pertama dipakai selepas saya keluar dari perut mak saya, tapi baju pertama yang ku jahit sendiri.

Saya tengah belajar menjahit sekarang, kelas baru 3 hari, so baju pertama yang dijahit pun siap. Apa yang spoilnya, leher baju ni kecik. Muat masuk kat saya, tapi ketat la kat tengkok tu. Bila di tilik kan balik, rupanya terpotong saiz budak. Nak otter bahagian tu, takut plak rosak, jadinya saya tunggu next class la, suruh cikgu betulkan.

First trial, mestilah jahitan pun tak kemas.. Nak pakai pun segan. Kalau tiba2 ada si penyibuk tanya, nak ke jawab kita yg jahit. Hihi..

Apa2 pun, cobaan pertama 95% berjaya. Baju boleh pakai cuma leher je kecik sikit..

Takut rosak kain, saya potong kecik, dengan harapan klu salah boleh otter balik.. Tup2 memang kecik betul..haha..

Tak sabar nak wat jubah princess plak pas ni. Minat plak dengan jubah princess cut sekarang ni.. Pas ni saya share sama ada berjaya ke tak jubah saya..

Stay tuned!

Promosi October 2014


Agak lewat sikit, saya nak bagi tau, bulan oktober ni, Shaklee buat promo ESP lagi. Yeah! ESP memang hot item tau. Macam-macam kelebihan ada.

Jika Anda beli pada bulan ni, memang sangat menguntungkan tau. Yang mana belum jadi ahli tu, boleh la daftar bulan ni dengan buat belian ESP.
Promosi beli 6 Free 1 dengan harga ahli dan automatik anda dapat daftar ahli secara percuma dan beli ESP dengan harga ahli.Bukan itu sahaja, anda jugak dapat bonus pada bulan depan. Untung kan.. Bila dah daftar ahli, lepas ni anda boleh beli semua vitamin dengan harga ahli.. 20% lebih jimat!


Beli 6 dapat Free 1 tau!(dapat 7 can la)

Jadi, peminat-peminat ESP sekelian, jangan lepaskan peluang ni. Buat stok selama setahun pun lepas tau! Expired date pun lambat lagi. Jadi sila borong sekarang! Kalau anda tetap berminat untuk promosi ni, tapi tak cukup bajet, sila pm saya untuk bincang..INGAT! pm sekarang tau, bukan esok, bukan lusa, SEKARANG!



Boleh baca sini untuk ketahui tentang ESP:-
BAGUSKAH ESP NI?
KAITAN SOYA,ESP DAN PROTEIN
CARA DAFTAR AHLI






Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

CARA BERSENAM UNTUK PEKERJA DI PEJABAT





Sebagai seorang kerani akaun, mestilah masa banyak dihabiskan di depan komputer. Tambahan pula, saya ni gemar mengadap komputer dan handphone. Tabiat atau cara hidup ni sebenarnya kurang baik, sebab badan akan menjadi lembab atau kurang aktif. 

Walaupun sibuk dengan tugasan, memang tak dak alasan untuk tidak melakukan senaman. Bersenam ni sebenarnya mudah, tidak semestinya di gimnasium atau taman-taman rekreasi. Ia boleh dilakukan biarpun sekadar pergerakkan ringkas.

Walaupun sibuk macam mana pun, luangkan sedikit masa untuk bersenam. Walau sesibuk mana pun saya harap, anda baca lah artikel ringkas saya ni sampai habis.
Jom saya kongsikan beberapa cara mudah yang boleh kita praktikkan bagi diri sentiasa cergas.

SEJARAH KACANG SOYA

Sejak akhir-akhir ni soya sangat viral di facebook. Ramai yang mengatakan kacang soya adalah penyebab utama kanser. Soya adalah sumber protein yang baik, oleh sebab tu la soya tidak sesuai di ambil pengidap kanser sebab, makanan utama sel adalah protein. Selain soya, daging merah, telur, kacang tanah dan ikan juga kaya dengan sumber protein. Individu yang menyebarkan keburukkan soya ni, tak suka soya atau dia ada niat tertentu. 

Kalau pengidap kanser dilarang mengambil soya takut sel kanser tumbuh atau aktif kembali, sebenarnya mereka juga sepatutnya mengelakkan makan protein lain. Boleh baca selanjutnya tentang kelebihan kacang soya



Sejarah Kacang Soya
  1. Brazil merupakan negara pengeluar utama kacang soya dunia, diikuti Amerika Syarikat, Argentina dan China. Bagaimanapun Amerika Syarikat merupakan pengeksport utama kacang soya dunia.
  2. Kacang soya mula ditanam di China (3500 sebelum Masehi ). Kemudian benihnya mula dibawa masuk ke benua lain pada abad 20.
  3. Kacang soya mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1765 oleh Samuel Bowen, pelayar Syarikat Hindia Timur yang membawa benih dari China.
  4. Soya pertama ditanam di Georgia, Amerika Syarikat.
  5. Tempe dipercayai mula diperkenalkan di Indonesia pada 1815 di Serat Chenthini.
  6. Tauhu mula dibuat pada Dinasti Han 2000 tahun lalu di China. Kemudian tauhu mula diperkenalkan ke Korea dan Jepun.
  7. Syarikat kicap pertama dunia ialah Kikkoman yang ditubuhkan pada abad 17. Mogi dan Takanashi mula membuat kicap di Noda, Jepun, dan di situ jugalah kicap jenama Kikkoman bertapak dan jenama ini mula diperkenalkan ke dunia luar sehingga sekarang ini.
  8. Blairo Maggi merupakan taikun Brazil kerana beliau adalah pemilik ladang kacang soya terbesar Brazil. Blairo juga merupakan gabenor untuk negeri Mata Grasso, Brazil.
  9. Di Inggeris, individu pertama yang membuat kicap ialah John Locke pada tahun 1679.
  10. Pada tahun 1688, Dampier berbangsa Inggeris menamakan kicap dalam bahasa Inggeris sebagai  ‘soy’. Kemudian pada tahun 1899, Blasedale yang berbangsa Amerika Syarikat menamakan kicap dengan nama ‘soybean sauce’  dan ditukar pada tahun 1905 oleh Oshima seorang individu berbangsa Jepun, kepada soy sauce. Ejaan ‘soy sauce’ akhirnya disatukan sebagai ‘soysauce’  oleh Van Gundy pada tahun 1936.
Di Malaysia pada hari ini kacang soya terkenal sebagai bahan asas pembuatan kicap, tempe , minuman soya dan juga puding taufufah.

Sejarah kacang soya ni saya dapat daripada majalah Saji keluaran Oktober ini. 

Sungguh pun Amerika Syarikat adalah pengeksport utama kacang soya, kita tidak boleh menafikan tentang kelebihan soya yang sebenar. Soya bukan lah termasuk dalam kategori makanan sunnah, tapi soya mempunyai kebaikkan yg sangat bermanfaat untuk kesihatan.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...