advertisement

Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label GLA COMPLEX. Show all posts

Adakah Fibroid Berbahaya


 Saya mula tau dan ambik tau pasal fibroid ni lepas saya join Shaklee. Hah, join Shaklee baru nak tau? Ha..ha.. Tu la kan, pas makan Shaklee ni banyak pulak saya belajar pasal kesihatan. Itu, ini la.. Bila cakap pasal fibroid, mesti kaitan dengan perempuan. Pastu ianya punca susah hamil. Jom baca lagi, apa itu fibroid ye? Nak cerita lebih-lebih tak pandai plak saya. Ni kan bawah saya share kan artikel menarik yang saya baca.

*****************************************************************************
Ramai yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur sekitar 30 tahun ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.

Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

Pakar Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Adilah Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang tentang kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

“Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma.

“Lebih 50 peratus wanita mengalaminya, namun daripada mereka tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan fibroid," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Begitupun, ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.
Beliau menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot rahim.

Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom.

Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam akan memberi gejala berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang.
Dr.Adilah berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid sidemucosa, fibroid intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad ligament, dan fibroid servikal.

“Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa) tetapi jika ia terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.

“Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing.
“Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing.

“Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit.

"Apabila ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil.

“Ibu yang mempunyai fibroid di dalam rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

“Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan," katanya.

Dr. Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang kecil pesakit tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

“Jika ia tidak berbahaya, mengapa mahu melakukan pembedahan berulang kali, Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.

“Pembedahan juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak kerana rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama," ujarnya.

Ujarnya, biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa.
Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda tersebut.

Beliau menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan.
Pengeluaran darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekalan darah baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan untuk membuang fibroid.

Katanya, fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu dibuang.
Katanya, wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama selain amalan gaya hidup yang sihat.

- NURSYAMIMI SAIDI
 Utusan Melayu (M) Bhd

*******************************************************************************

Peratus penyebab kanser adalah sangat kecil, tapi kemunculan fibroid boleh menyebabkan seseorang sukar hamil dan menimbulkan ketidak selesaan. Bonjolan besar pada rahim boleh menyebabkan perut kelihatan buncit.

Itu sebenarnya fibroid. Harap korang yang baca ni faham jugak ye.Saya pun nak prevent awai masa bujang ni. Tak payah tunggu kawen baru nak ambik tau..





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Hari ni 29 haribulan dah, esok last la promo GLA ni. Rugu siapa tak beli time promo. Kalau tak sempat promo pun tak apa, GLA bukannya mahal sangat pun.
APA ITU GLA?

GLA Complex Shaklee ni..........minyak borage, vitamin E dan minyak bunga matahari.
Ianya merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 


Anda Bagaimana? Jika sebelum ni sering mengalami masalah senggugut atau PMS, boleh mencuba ini dan rasai kelainannya. 

Boleh jugak baca ini :-
Kelebihan GLA Complex Shaklee 
GLA membantu atasi jerawat dan masalah hormon 


 Jika anda berminat untuk mencuba kelainan GLA dan ingin order sendiri boleh klik




Panduan order online
Pastikan bahawa anda menggunakan kad kredit atau debit ye. Atau mahu order melalui saya pun boleh. Hubungi saya ye. 



Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
 


GLA Membantu Atasi Jerawat Disebabkan Masalah Hormon

Suka saya nak bincangkan isu jerawat ni, sebab saya sendiri mempunyai masalah jerawat yang teruk. Dah detoks toksik, dah pakai itu ini, jerawat still naik, cumanya berkurang lah sedikit dari sebelum ni. 

Untuk atasi masalah jerawat saya ni, mula-mula saya fokus atasi resdung, saya ambil set resdung. Set ni sangat membantu mengatasi  masalah resdung dan elergi saya pada makanan laut. Akan tetapi, masalah jerawat memang agak makan masa. 

Selepas tu saya cari punca-punca lain berlakunya masalah jerawat ni. Memang, jerawat bukanlah penyakit berbahaya, tetapi sebagai perempuan yang masih bujang ni(hihi) dan bekerja mestilah benda ni akan menyebabkan kita kurang keyakinan. Bukan tu sahaja, jerawat yang naik ni akan menyebabkan kegatalan. Sedikit sebanyak menganggu keselesaan kita.

Panjang plak intro kan.. Maaf ye..

Jadinya saya mencuba GLA Complex pulak untuk atasi masalah hormon yang tak stabil ni. Mana saya tahu? hihi, yang gugirl mesti paham kan, kalau period datang tak on time, pms(termasuk jerawat) tu melibatkan hormon. Jerawat keluar tak tentu masa dan besar2 plak tu. 

Alhamdullilah jerawat makin kurang, nak hilangkan terus kena ambik masa sikit ye. Kena konsisten dan sabar, ok. 


Ya betul dengan harga istimewa.. Jom place order sekarang ( bulan 8 2014) ni tau.

 


GLA ni bukan fokus untuk perempuan sahaja ye. Sesuai juga utk kaun Adam. Rajin-rajin la jengah sini untuk tahu Kelebihan GLA Complex Shaklee.


So macam mana? rasa nak cuba GLA tak? 
Kalau anda pengguna kad kredit mahupun kad debit serta berminat nak order sendiri boleh klik  ORDER 


Nak beli dengan harga promo, beli 6 free 1 botol pada bulan Ogos 2014. jom pm saya personal. 




Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905










GLA-KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Pejam celik, pejam celik seminggu dah raya. Dan Seminggu jugak la tertinggal nak mengisi entry. Mood menulis dah kembali. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua.. Salah sila haraf dimaafkan. 

Masuknya bulan Ogos ni, Shaklee bagi promo  GLA Complex. Oleh itu saya nak kongsikan pada anda kelebihan GLA Complex ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...