Adakah anda suka berniaga, jika Ya, Apakah kunci anda untuk berjaya. Saya masih baru dan banyak lagi yang saya nak belajar, apa yang pasti saya sangat minat berniaga. Saya belum ada produk sendiri mahupun kedai, apa yang saya ada cumalah minat dan keinginan untuk berjaya.
Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :-
1. Buat kerana minat yang amat mendalam!
Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang
merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan
jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan
perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat
terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek
menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!
Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya
sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan
apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan
sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka
bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.
Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak
mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang
perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok
belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk
memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun
yang akan datang.
2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!
Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita
semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab
dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal
perniagaan.
Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’
Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai
usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat
sedemikian.
Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda
hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih
lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan
cepat-cepat menukar perniagaan lain.
3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!
Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang
tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha
menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan.
Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya
perniagaan kita akan berjaya.
Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan.
Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari.
Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin
kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu
atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini,
mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang
akan datang.
4. Rancang dan atur perniagaan anda.
Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin
ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini,
perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda
kelebihan.
Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress”
perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan
tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah
perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok,
jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan
menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah
perniagaan.
Sumber
Irfan Khairi
bersambung dalam entry seterusnya bahagian ke2
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe