advertisement

Kesan Penggunaan Penghawa Dingin (Air-Cond) pada Kesihatan

4 Ramadan. 

Sejak akhir-akhir ni kulit saya kekeringan la sampai ada beberapa tempat rasa gatal. Apa lagi mula la nak menggaru kan. Saya memang terbiasa amalkan minum air kosong yang banyak. Keadaan cuaca sekarang kot yang menyebabkan kulit saya kering dan rasa gatal-gatal.

Back to title tu, sebenarnya dalam dok men'google' terjumpa lah satu artikel pasal kesan penggunaan air cond pada kesihatan. Saya share sebab saya bekerja dalam air cond setiap hari(tolak weekend la). Kalau u ols baca ni mesti takutkan, kesan memang dahsyat jugak la..


Kesan-kesannya....




1. Sakit kepala dan keletihan.
Kajian mendapati bahawa bekerja pada bilik yang berhawa dingin secara terus-terusan boleh menimbulkan sakit kepala yang kronik. Selain itu, badan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit seperti lelah, batuk, flu dan selsema.

2. Kulit kering. (Penuaan kulit)
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air pada kulit tersejat,kulit jadi kering,maka proses penuaan mudah berlaku. Cara mengatasinya hanya perlu sapukan losyen agar liang-liang kulit tubuh tak terbuka dan menutup dari terkena udara. Yang paling penting, banyakkan minum air.

3. Sistem tubuh lemah atau manja.
Kebergantungan tubuh pada hawa yang selalu sejuk dan terjaga membuat kemampuannya menghadapi cuaca panas semakin menghilang. Jadi bila berada di tempat panas, tubuh akan mengalami stress kerana sukar menyesuaikan diri. Kesan paling teruknya boleh menyebabkan kematian.

4. Sakit makin parah.
Air cond juga menjadikan tubuh kita tak peka ‘merasakan’ sakit yang sedang dialami, hingga keadaan penyakit itu jadi makin parah baru dapat diketahui sakitnya.

5. Sakit pernafasan.
Udara yang berputar dalam sebuah bilik tertutup kerana penggunaan air cond menyebabkan bakteria dan mikro-organisma mudah membiak dan menjadi masalah pernafasan. Penyakit yang biasanya timbul adalah batuk, demam dan sebagainya.

6. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan.Kenapa?Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai Maghrib..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar Biggest Loser.

7. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak air cond 16..Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..



8. Senang terserang jangkitan kuman
Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara?Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).











Eh, ada yg boleh menyebabkan KEMATIAN.. seram lak baca tadi.  Dahsyat kan kesannya..hihi(saja wat teruk tadi).Lepas ni nak request kipas je la kat bos, buang semua air cond. Bukak tingkap kat luar bagai ada peralihan udara. Sat2 sat2, chops, tapi udara kat luar pun tak bersih sebab kawasan industri. haha..







Apa-apa pun u ols, setiap benda ada baik dan buruknya. Aktif sedikit kat office, jangan statik ja memang kita manja la jadinya.. hihi..







ok, done sini dlu.. Selamat Berpuasa.. WAsalam....











No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...