advertisement

TIPS MEMILIH SAHABAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Waa rasa sakitnya hati ni, tiba-tiba dapat tahu yang kawan kita percaya(tak dak la 100%) untuk kita kongsi pendapat mahupun masalah rupanya tak guna punya orang. Boleh lak pergi jaja cerita kita pada orang lain. Tak kisah la family ke boy friend ko ke, asal orang lain la.
Tambahan plak, orang ketiga tu turut kenal dengan kita. Biarpun cerita yang disampai tidak lah ditokok tambah sehingga menjadi lebih teruk, tetapi sikit sebanyak membuatkan orang yang mendengar memandang serong kepada kita.
Jika kita berniat untuk berkongsi pada umum lebih baik kita war-war kan pada ruangan media sosial, kat situ untung-untung satu dunia baca, ye tak?


Sebal, bebal bagai la hari ni, dibawak dari semalam lagi. Saya tak mahulah aura negatif keluar pada anda.
Meh nak kongsikan sedikit tips memilih kawan ni.
tip ini saya ambik daripada miz azwa.

1) Berkongsi rahsia
Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita dan ada juga antaranya lebih rapat dengan sahabat    daripada keluarga sendiri sehinggakan segala-galanya dikongsi bersama termasuklah hal yang peribadi. Tak salah kalau nak berkongsi rahsia, cuma kena beewaspada dalam menceritakan hal peribadi ! Walaupun kita dah letakkan 100% pada dirinya .

2) Pelawak
Kita sepatutnya bertuah, sekiranya ada sahabat yang rajin buat lawak untuk kita. Walaupun, lawaknya tak berapa nak jadi. Sahabat ini jenis tidak kisah menjadi pelawak tidak bergaji demi melihat kita ketawa dan gembira. Right?

3)Pendengar yang baik 
Pendengar yang baik juga, salah seorang sahabat yang baik !! Sekiranya kita atau sahabat kita mempunyai masalah dan cuba untuk menceritakannya, cubalah menjadi pendengar yang baik. Bila dah dengar ceritanya, janganlah pula pergi jaja ceritanya dekat orang lain !!

4) Kejujuran
Semua orang mesti nak sahabat yang jujur bukan ?? Apabila kita bersahabat, kita perlu ada sikap jujur . Kejujuran ini amat penting dalam persahabatan. Seandainya menipu itu cara penyelesaian dari berlaku pergaduhan, barulah kita menipu !! Tipu sunat !

5) Sahabat ketika susah dan senang
Apabila kita bersahabat haruslah rajin or saling membantu antara satu sama lain . Seandainya sahabat memerlukan pertolongan dan sokongan kita sebagai seorang sahabat perlulah membantunya dan mendorongnya supaya dia tidak rasa keseorangan dalam menghadapi apa jua cabaran . Sahabat yang jenis ini, agak tepis untuk kita jumpai pada zaman sekarang !!

6) Time senang kau ada , time aku susah entah mana kau hilang
Yang ini mudah gila kita jumpa !! Tak payah cari, ia pasti datang kan ?? Sahabat yang macam ini kita patut elakkan . Sekiranya ia sahabat or rakan sekelas kita , kita boleh sahaja berkawan . Tapi jangan terlalu rapat.  Sahabat ini jenis orang yang masa kita senang, masa itulah dia terendeng-endeng datang dekat kita. Dan apabila kita susah, dan memerlukan pertolongan darinya agak sukar untuk kita mendapat pertolongan darinya bukan.

7) Mengumpat
Perangai kamu yang tidak disenangi seperti suka merungut, pemarah, suka membebel tidak kena tempat dan sebagainya mungkin boleh menjadi 'modal' sahabat kita itu mengumpat perihal perangai kita dengan sahabat-sahabat yang lain. Benar, mengumpat itu perkara yang menjengkelkan. Tetapi, jika difikirkan balik, sahabat kita bertindak sedemikian kerana tidak tahan lagi dengan cara dan sikap kita yang sering menimbulkan masalah.

8) Mulut tempayan!!
Ini jenis kawan yang juga patut kita elakkan. Ia berkaitan dengan kejujuran dan berkongsi rahsia. Bukan tidak boleh berkongsi or share problem, cuma berwaspadalah sikit !! Jangan letakkan 100% kejujuran pada sahabat kita walaupun dah bersahabat 10 tahun  sekalipun berwaspada. Sekarang, macam benda-benda boleh terjadi melalui teknologi moden kini. Sekiranya kita terputus sahabat, maksudnya kita putuskan sahabat sebab dia tidak jujur. Macam-macam boleh terjadi. Semua aib sahabat kita, akan terkeluar bukan. Itulah point sebenarnya dari segi sahabat mulut tempayan !! Sedangkan, di laman sesawang kita boleh maki hamun orang sesuka hati, jadi renung-renungkanlah !! Kalau dah terang lagi bersuluh, kawan kita jenis macam ini, seelok-eloknya hal peribadi tak usah cerita.

p/s: saya bebal dengan member ni, bukan bermaksud nak cakap diri ini sempurna, tapi ya lah betul kita manusia dia pun manusia, sama2 ada kelemahan.. ye tak? tapi, point kat sini, mari kita muhasabah diri dan mohon maaf la kepada kawan kita tu kalau kita wat salah. Kita pun bukak lah hati untuk sentiasa memaafkan.

Salam Ramadhan 9

Wasalam..





No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...