advertisement

CARA SOLAT TARAWIH SENDIRIAN

*****************************repost entry****************************************

Bulan Ramadan telah kembali lagi bagi tahun ini.Alhamdullilah syukur sebab masih diberi kesempatan untuk sambut Ramadan lagi. Semoga Ramadan kita pada tahun ni lebih baik dari semalam. Apa ibadat sunat lain yang kita selalu lakukan sepanjang Ramadan ni? Tak lain dan tak bukan mestilah solat terawih. Sebab solat terawih ni hanya dilakukan pada bulan Ramadan.

Lagi seronok dan nikmat kalau dapat dilakukan berjemaah di masjid atau surau2 kan. Tapi, kalau kita tak berkesempatan, Adakah boleh dilakukan sendirian?

Bagi menjawab soalan di atas, saya amatlah kurang arif tentang ini.. jom baca kupasan daripada blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Ini kupasan yang saya copy dan paste kan disini.



Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).





2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL



2 comments:

  1. oh, macam tu rupanya. nice info. sangat membantu

    ReplyDelete
  2. Akak masih belajar solat terawih dengan hubby...maklum jelah setahun ..30 hari je..tu yang sering lupa

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...