sambungan daripada entry sebelum ini bahagian 1
5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan
Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan
prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli.
Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini,
maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda
di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.
Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat
menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan!
Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli
dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat
meningkatkan lagi bilangan pengguna.
6. Tambahkan Jualan
Apabila kita di Mc Donald’s, selepas membuat pesanan burger, jurujual
di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!”
jawab kita. Maka, McDonald’s mendapat untung tambahan dari jualan fries
tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu,
tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika
melihat pada seluruh cawangan McDonald’s serata dunia!
Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan.
Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk
ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi
untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.
7. Ulang, ulang dan ULANG!
Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi
daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan
mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang
kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.
Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka.
Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang
akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.
Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah
zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina
hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa
depan.
8. Kurangkan kos perniagaan
Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan
kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami
kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos
perniagaan.
Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi,
terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan
akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan
tersebut mengalami kegagalan!
Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan
kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan
perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan-
gulung tikarlah jawabnya!
sumber,
Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment
Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe