advertisement

BANJIR DI PANTAI TIMUR DISEMBER 2014

Mengikuti perkembangan banjir di ruangan berita dan facebook...

Keadaan banjir di pantai timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Lain-lain kawasan seperti Perak, Perlis dan Sabah juga turut terkena banjir. Hujan turun tanpa henti saban hari ditambah pula dengan lepasan air daripada empangan memang merisaukan penduduk setempat. (daku tak pandai nak buat laporan). Baca je la laporan daripada Astro Awani ni..

***********************************************************************************
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir bertambah serius  menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).

Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat sebanyak 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi.

Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.

Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.

Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Gua Musang dengan 5,259 orang diikuti Pasir Mas (8,754) dan Kuala Krai (4,608).

Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.

Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.

Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan.

************************************************************************************************************

P/s: sama-sama kita doakan mangsa banjir di sana. Esok Krismas kan.. Selamat menyambut kepada panganut agama kristian.. Raya elok2 ye..

Wasalam...

4 comments:

  1. Ye memang banjir yang sangat teruk. Nasib baik rumah saya di tempat yang agak tinggi so air tak akan sampai ke sini. Bersama-samalah kita berdoa untuk mangsa banjir di kelantan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Didie org Kelantan ke.. Banjir kali ni memang luar biasa betul.. rasanya hampir semua negeri mesti ada kena banjir. Kelantan la yg paling teruk..

      Delete
  2. doakan yang terbaik untuk penduduk pantai timur dan mangsa banjir..btw, AB ada tag awak ye..sila la singgah http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...