advertisement

DOWNLOAD MOVIE- HOBBIT 2014



Cerita dah keluar masa bulan 12 tahun lepas lagi, baru sekarang nak tengok. Lambat kan.. Hehe.. Ai memang minat movie epik ni. Cita frozen pun gedik download. Haha.. Feeling-feeling ada kuasa magis bagai. Kah..kah..

Baca buku omputeh ni memang tak la rasanya. Setakat boleh baca cerita kanak-kanak bolehlah. Haha.. Baca novel melayu pun kadang-kadang sampai seminggu yang muka surat cuma 5-6 ratus je pun. Agak-agak kalau buku omputeh mau sebulan baru habis dengan muka surat 2-3 ratus ja. haha.. Sambil ada kamus kat sebelah.

BLOG REVIEW #3

Assalamualaikum..


Next review adalah...

Pusing mai..pusing mai u ols dah kenal i guess..

tapi, nak jugak review.. ai nak bagi pandangan ai. 

Antara blog yang memberi ai semangat untuk menapak sebagai blogger. Ai kan blogger baru (dah setahun pun).. Tapi lately ni lah ai baru pandai blog walking. 

JUMLAH AIR MENGIKUT BERAT BADAN

SUMBER: FACEBOOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Badan memerlukan lebih 70% air. Jadi minumlah air secukupnya ya. Boleh refer panduan diatas, berapa jumlah air yang diperlukan. 

Kalau u ols mengambil ubat-ubatan dan suplemen, seeloknya dilebihkan sedikit air supaya membantu proses penyerapan dan perkumuhan. 

Air kosong ye tu, bukan air manis. Kalau air manis menambahkan lagi gula dalam badan. 

"kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman".

happy blogging semua and salam jumaat..

Widjet tak function..


Widjet apa yang ai maksudkan??

Tengok kanan, kat bawah sekali.. ada nampak apa-apa yang kurang kat situ?


Ada tajuk ja.. 

"TERIMA KASIH DAUN KELADI"

"KOMENLAH LAGI"

Adussss... dah berkali-kali daku tukar.. siap letak dua lagi.. tak boleh jugak..

Tak dapat lah den nak tengok top komentar kat blog ni..

Nak kira satu2, mau migrain plak nanti. Haha..

Ada tak yang sudi nak tolong.. Huhu..

Nak jugak tahu siapa rajin tinggal komen sini.. hehe.. 

Geram ja nengok blog lain updated top komentar bulan ini, tahun ini.. ai punya tak dak plak.. huhu

Malas dah eh nak gelebek.. Lantak pi lah..

P/s: macam lograt dah keluaq.. hehe..


Waah, kenangan..

Minggu lepas mak call cakap almari buku ai kena serang anai-anai.. Oohh, sedihnya buku-buku dan khazanah alam yang ai simpan musnah, hancur lebur dek anai-anai. Tak pernah-pernah my house kena serang anai-anai. Sekali kena habis buku-buku ai.

Sadis gila tengok buku-buku tu musnah cam tu je. Nak beli bukannya murah and bukannya senang dapat. Ai kan memang jenis yang sayang buku. Dulu kan masa sekolah rendah, ai simpan buku dari tadika lagi. Sekali mak nak buang, boleh nangis ooo.. sedih.. ilmu tu..

Dek kerana rumahku yang tak besar, jadi ruang menyimpan makin lama makin kecik, terpaksalah musnahkan buku-buku tu. Yang tinggal sekarang koleksi buku-buku teks masa form 6 and masa diploma ja (sempat lower 6 ja). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...