advertisement

Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

WUKUF DI ARAFAH

Esok seluruh umat islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidiladha. Maknanya hari ni ialah hari wukuf. Bagi mereka yang mengerjakan haji di Mekah, wajib melaksanakan wukuf di Arafah. So, kita yang tak pergi haji ni kebanyakan melakukan puasa sunat Arafah. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni ye.

Teringat masa sekolah dulu, Sekolah-sekolah negeri Kedah ni diadakan pertandingan amali haji. I salah sorang peserta, terasa semangat seolah-olah kita mengerjakan haji. Walaupun ianya amali haji, tapi kami melakukan dengan bersungguh-sungguh.. 

Cuma itulah, agaknya bila lah diri ni dapat sampai ke Mekah. Jom start menabung dari sekarang.. Hihi.. 

Apa tu wukuf?

Sumber: google

Wukuf adalah kegiatan utama dalam ibadah haji. Bahkan, inti ibadah haji adalah wukuf di Padang Arafah. Bila dalam rangkaian kegiatan haji jamaah tidak dapat melaksanakan wukuf dengan baik, maka tidak sah ibadah hajinya. Wukuf dilaksanakan hanya pada satu hari (siang hari) pada tanggal 9 Dzulhijjah pada penanggalan Hijriyah. Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri (dan berdoa) di padang luas di sebelah timur luar kota Mekkah, Arab Saudi. Di daerah terbuka yang gersang tanpa bangunan inilah, lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia selalu berkumpul tiap tahunnya melaksanakan wukuf.

Sumber: memahami haji



Bekerja sehari sebelum raya memang rasa sangat tak best. Biasanya kita kalau sehari sebelum raya ni dah sibuk dengan macam-macam persiapan. Walaupun hanya sekadar ala kadar tapi tetap sibuk nak buat persiapan raya keesokan harinya. 

Siapa bekerja hari ni, yeah kita sama.. Selamat bekerja ye.. Petang ni kita balik kampung.. Rindunya kat mak ngan abah.. Hehe...

Alhamdulillah today is my born day. Syukur Allah panjangkan umur ni untuk terus menghirup udara di bumi Allah ni.. Besok kan raya, esok lah memeriahkan suasana.. Hari ni kita kerja dulu..Hihi... Nak ambik cuti awal pun cuti tahun dah habis.. Sob..sob..

Esok dah sibuk-sibuk nak raya, nak buat korban dan macam-macam lagi lah.. Mesti lepas raya nanti pengsan sebab makan banyak daging.. Hihi.. So minta maaf awal-awal, selamat hari raya aidiladha maaf zahir batin ye semua..

Jumpa lagi minggu depan.. Hati-hati memandu dan selamat hari raya..










Fidyah

Alhamdulillah.. Bersyukur kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan Insyaallah tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Hah, U ols dah ganti belum puasa yang ditinggalkan tahun lepas? Apa! belum lagi..


Tak pa..tak pa jangan susah hati.. Masih ada 18 hari lagi berbaki bulan Syaaban sebelum datangnya Ramadhan. Kalau yang tinggal lebih dari 18 hari tu terpaksalah bayar Fidyah nanti sebab tak sempat qada puasa tahun lepas.

Yang mana masih mampu dan sihat baik ganti ye puasa. Jangan liat2 ye. Babab nanti.. :D

Kalau kita tak sempat ganti puasa tahun lalu sehingga bertemu ramadhan tahun ni, bilangan hari yang tak sempat qada tu kita kena ganti dan bayar fidyah sekali.


Fidyah ialah ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu fidyah adalah wajib mengikut syarak.



KELEBIHAN AL-KURSI


Hafal tak ayat ni? Kalau belum, mulakan menghafal dan mengamalkan sekarang. Begitu besar fadilat sepotong ayat ini.

Maksud Bacaan Dalam Solat

Mengetahui maksud setiap bacaan dalam solat boleh membantu kita untuk lebih kusyuk. 
Comel je tengok komik kartun ni. Boleh buat panduan buat kita. Tengok ramai yang kongsikan kat FB, jadi ai ambik simpan sini. Mudah nak buat rujukan balik nanti. Kalau kat FB lama-lama nanti hilang.



Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas.....

Tolong..tolonglah jangan rosakkan mood ai hari ni, sebab hari ni kan hari kasih sayang gitu. Hihi.. Boleh baca entry sebelum ni yang berkaitan disini 

Pagi-pagi dah nak cari pasal. Nasib baik, emosi ai hari ni baik, boleh control cun lagi. Selalu kalau angin tak bapa nak bertiup ni ai cepat ja panas. ok..ok..Sabar..

Malas nak wujudkan aura negatif kat sini, nanti rosakkan mood u ols yang baca pulak kan. Semalam baru terbaca tentang akhlak Rasulullah SAW terhadap non-muslim. Indah sungguh akhlak baginda sehinggakan islam dapat disebarkan hanya melalui peribadian baginda. 

BERTUDUNG ADALAH "OLD SCHOOL" OK

Lupakan isu Kpop tu la kejap. Malas nak layan.. Semoga mereka bertaubat dan kita terus muhasabah diri..


"u ni macam mak cik-mak cik la pakai tutup kepala". 

"Apa pasal tak lepas rambut keluar, U punya rambut tak cantik ka".

Pertanyaan daripada rakan-rakan bukan Islam. Mak senyum je nak.. Mak (ala mak cik gitu) cakap kat dia, pasal rambut ai cantik la ai tak tayang kat orang, nanti ada plak yang cemburu. Haha..

"Haiya, yaka.. kasi tunjuk sikit, betul ka cantik"..

KETERUJAAN TERHADAP MR JAMBU

Sapa Mr Jambu? 

Saspend tak? (perasan ja ada yang nak teruja baca entry hang)..

Ai suka gelarkan Mat-mat korea ni Mr Jambu. tengok la wajah mereka, siap ada yang bermake up bagai. So jambu ok. Ya..ya mengaku tengok juga drama korea, tapi tak teruja sangat dengan Mr Jambu air, jambu batu tu.

Bila adik ai dok tengok Mr Jambu tu terkinja-kinja menari, terus ai ambik remote tukar channel. Fuhh, naik geli tekak. Ai memang tak minat K-Pop, sebab rasa macam 'bapuk' menari. Huhu.. 

BERHIJAB BUKAN SEKADAR BERFESYEN



Apa yang dilontarkan di sini hanyalah pendapat peribadi. Tiada kena mengena antara hidup mahupun yang telah meninggal.

Cewaahhh, over plak ai kan dengan mukhadimah macam tu. Hihi..

Hukum Pemakaian Telekung Lycra Yang Menjadi Tanda Tanya Ramai



Bila terbaca satu artikel tentang pemakaian telekung lycra ni, saya pun jadi tertarik nak tahu lebih lanjut. Konsep menutup aurat ni jelas, bagi muslimah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat ni bukan ketika solat sahaja, malah wajib menutup aurat jika berada bersama bukan mahram. 

Dulu penah ada isu tentang pemakaian telekung berwarna selain putih. Sebenarnya saya ada kongsikan dulu tentang ni, tentang itu boleh baca artikel saya yang sebelum ni hukum pemakaian telekung berwarna.

Akan tetapi, pada ruangan ini bukanlah saya nak bangkitkan tentang telekung berwarna tu. Adakah telekung lycra tidak memenuhi syarat menutup aurat?

_____________________________________________________________

Berhubung isu telekung lycra, hukum solat dan memakainya bergantung kepada tiga keadaan iaitu harus dan sah solat jika telekung itu besar dan tidak melekat pada tubuh. Solat mereka yang memakainya sah dan tidak perlu diragui kerana aurat terpelihara manakala syarat sah solat telah dipenuhi dengan baik.

Makruh hukumnya memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh hingga kelihatan agak seksi. Namun, solat mereka yang memakai telekung itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Bagaimanapun, haram seorang wanita memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada semua pihak. Namun begitu, solat mereka yang memakainya adalah sah dan tidak perlu mengulanginya.

 
Syarat sah solat sempurna walaupun ia agak sendat. Penanda aurat tidak ditutup dengan sempurna dalam solat ialah apabila warna kulit boleh dilihat dengan jelas seakan-akan si pemakai tidak berbaju. 

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemakaian baju ketat dan sendat tetap diharamkan terhadap wanita di luar kawasan rumah walaupun ia dikira menutup aurat dalam solat.

Haram golongan wanita memakai telekung nipis dan jarang hingga menampakkan kulit tubuh atau aurat secara jelas (bukan bayang) seakan-akan tidak berpakaian, apatah lagi apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram. 

Hukum ini bukan sahaja membabitkan perbuatan memakai, tetapi hukum solat mereka. Wanita yang solat dengan telekung seperti itu adalah tidak sah dan wajib mengulanginya kerana auratnya tidak ditutup dengan sempurna bahkan telah dikategorikan sebagai mendedahkan aurat dengan sengaja ketika solat.

Petikan diambil daripada ruangan BH Online .
_______________________________________________________________

Jadi jelas kan dengan keterangan tersebut. Tutup aurat bukan setakat melabuhkan pakaian tetapi longgar dan tidak jarang. 

Selamat maju jaya ;) 

wasalam..








 

NUZUL AL-QURAN

17 Ramadhan 1435,
15 Julai 2014,

Salam Nuzul Quran semua..

Apa tu Nuzul Quran?

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sumber daripada
Jakim



Salam Ramadhan Al mubarak..

CARA SOLAT TARAWIH SENDIRIAN

*****************************repost entry****************************************

Bulan Ramadan telah kembali lagi bagi tahun ini.Alhamdullilah syukur sebab masih diberi kesempatan untuk sambut Ramadan lagi. Semoga Ramadan kita pada tahun ni lebih baik dari semalam. Apa ibadat sunat lain yang kita selalu lakukan sepanjang Ramadan ni? Tak lain dan tak bukan mestilah solat terawih. Sebab solat terawih ni hanya dilakukan pada bulan Ramadan.

Lagi seronok dan nikmat kalau dapat dilakukan berjemaah di masjid atau surau2 kan. Tapi, kalau kita tak berkesempatan, Adakah boleh dilakukan sendirian?

Bagi menjawab soalan di atas, saya amatlah kurang arif tentang ini.. jom baca kupasan daripada blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Ini kupasan yang saya copy dan paste kan disini.



Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).





2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL



Hukum Pemakaian Telekung Berwarna..

Menjadi trend zaman sekarang setiap muslimah mesti nak dapatkan telekung lycra yg berwarna..
kalau dulu kita tengok warna putih menjadi pilihan. Lepas tu telekung yg bersulam dengan pelbagai corak yang cantik serta berwarna. Siap ada yg berlumba membeli telekung untuk dijadikan koleksi lagi.

        Tapi, apakah hukum pemakaian telekung berwarna?

Saya tidak lah pandai bab ini, tapi yg bakal ditulis adalah dari pemahaman saya. Hakikatnya, pemakaian telekung adalah sebenarnya budaya di nusantara.
Hukum memakai telekung adalah harus dan memakai telekung berwarna jugak harus. Jadi, kita bebas memakai apa jua pakaian, dan warna nya asalkan pakaian itu menutup aurat dan bersih daripada najis. Rasanya semua sudah sedia maklum tentang menutup aurat kan, so tak perlu diulas panjang di sini..





Pada saya sendiri, lebih selesa dan lebih yakin jika memakai telekung. Tapi, harus dipastikan bahawa telekung yg dipakai tidak jarang sehingga menampakkan tubuh. 

Melalui kefahaman saya, telekung daripada fabrik Lycra lebih selesa kerana kainnya yg sejuk dan berat. Kainnya yg jatuh dan tidak mengerbang apabila ditiup angin.

Jika anda berminat untuk dapatkan telekung yg cantik, dengan pilihan warna yang menarik boleh la hubungi saya



boleh :-
follow saya di facebook https://www.facebook.com/syida.hashim.91(klik sini)
atau page saya https://www.facebook.com/vita.life.13(klik sini
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925(sms/wsapp)

TQ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...