advertisement

Aku Buat Salah Lagi

Blogspot ni rupa dah lain, dah berapa lama eh? Ketinggalan zaman betul aku ni.. 😅😆😆 

Ok boleh add emotion... Ni part aku suka.. 😁

Boleh pulak draw dulu muka kita nak sebelum keluar suggestion kat sebelah.. keh..keh.. 


Hari ni aku kerja, tapi mood nak kerja dah hilang dek kerana aku terbuat salah besar semalam. Dalam pos kerja aku ni part paling tak best kalau buat salah order barang. Benda kalau puluh Ringgit Malaysia tu aku ok lagi, boleh lah aku nak buat muka "perasan cuit" kat boss aku. 

Ni tak U olss.. benda tu beriban dan kena tunggu lama nak sampai. Kalau dah salah order tak boleh return sebab custom made. Aku dah buat kesalahan kedua sepanjang kerja sini dengan salah order saiz. 

Kali pertama dulu ok lagi berapa ratus ja. Barang pulak boleh guna lagi cuma lambat lah nak habis..Setiap kali aku tengok barang tu mesti terkenangkan kesalahan aku. 

Aku sejak 2 menjak ni asyik hilang focus nak kerja. Dah la minggu lepas aku hantar surat resign dan boss aku tolak. Eh, siap dia koyak lagi surat aku tu sambil katanya "jangan print lagi lepas ni ok". Huhuuuu... Selepas berbincang panjang (dekat 2 jam) dan aku decide to stay. Aku pun terketeh-keteh call company baru offer kerja tu tolak offer mereka. 

Kalau ditimbang tara, seeloknya aku stay sebab company aku sekarang dah masak dengan aku yang selalu cuti sebab study aku ni. Ni tak lama dah bulan Januari depan aku akan bercuti panjang lagi..Kalau aku tukar kerja, agak-agaklah kan sebulan baru masuk kerja pastu nak cuti sampai 3 minggu pulak. Hurm, tapi new company tu dah sedia maklum pasal ni, sebab aku jujur semuanya dekat mereka pasal hal-hal study aku. 

OK, berbalik kepada masalah utama ( cewaaaahhh)

Aku buat salah bukan sebab nak bagi boss menyampah kat aku lepas dia tolak resignation aku. Aku terbuat salah u ols sebab kelalaian aku sendiri tak semak email sebelum aku place order (new update). 

Bak kata pepatah 'yang berlalu biarkan berlalu'. 

Tappiiiiiiiiiiiiii, 

Aku tetap kena hadap jugak nanti.. 😃😃😃😃


p/s: Ini luahan tak ada apa sangat pun, saja nak up entri. Sendu sangat dah blog aku beberapa bulan ni. Rindu kot nak blogging.. 
  

29 comments:

  1. ambik pengajaran la..lpas ni kena fokus lebih

    ReplyDelete
  2. selamat melanjutkan pelajaran..

    ReplyDelete
  3. Banyak banyak barang... satu barang ni x de ganti... "Barang yang lepas usah dikenang"... 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. Adehhh dah dpt offer keje... tolak pulak...

    ReplyDelete
  5. Next time pi interview jangan cakap nak mintak keje... cakap nak mintak gaji je... 😬😅😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha kalo macam tu mummy pun nak buat macam tu jugaklahh..hahahaha

      Delete
  6. Hadoiiii masalah jugak kalo tersalah2 ni.. Moga lebih focus ea Shida.. :D

    ReplyDelete
  7. Bos tak bagi berenti tu maksudnya dia sayang.. sabooo na.. :D

    ReplyDelete
  8. aaa dah bole emoji tu..syokkan cuma takde color je..kalo ada color mau hari2 mummy update blog..kikiki

    ReplyDelete
  9. mungkin bila dah takde hati, fokus tu dah start hilang.tu yang prone to make mistake.Kalau dah xde hati, baik berenti je yang..

    ReplyDelete
  10. akak doa awak dapat perbaiki silap awak tu ye.Biasalah manusia.Yang penting mengaku n ada effort nak betulkan

    ReplyDelete
  11. Kenapa tolak kerja baru tu?

    ReplyDelete
  12. Study master part time ke? Bagusnya

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  13. smoga smua urusan dipermudahkanNya..amiin..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. hi, saya datang singgah sini sambil klik nuffnang :)

    ReplyDelete
  16. Pandai bos u, dia tau u ni sorang yg bljr dr kesilapan, sbb tu dia x nak susah2 cari pengganti yg blm tentu blh buat kerja yg u buat. Semoga berjaya mencapai impian. :D

    ReplyDelete
  17. tiada manuusia yang bebas dari melakukan kesalahan....

    belajar dari kesilapan semoga ia tak berulang lagi

    ReplyDelete
  18. suida..pekao..lama sgt menyepi..biar sis JM sorang je malas nk update blog 😜

    ReplyDelete
  19. Baru tahu eh? Blog spot skrg dah advance tau..dah boleh add emotion tau..dlm komen pun 😁

    ReplyDelete
  20. Mula perasan cuit tu mcm mane ce describe sikit 😬

    ReplyDelete
  21. Bos koyak surat resign? Itu tanda dia masih perlukan suida tu

    ReplyDelete
  22. Salah order? So apa reaksi bos?

    ReplyDelete
  23. Itu semua pengalaman so mext time more carefull eh..mana de org buat keje perfect

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...