advertisement

Meniaga kira nak untung ja gini lah

3 hari lepas ada ai tulis satu entry nak try pisang goreng cheese kan. Kemarin pas balik kerja ai pun singgah la kat kedai yang dimaksudkan tu, boleh refer entry ni

Bila tengok pisang goreng cheese yang disediakan terus terbantut niat mak nak. Sangat tidak berbaloi dengan harganya. Dah la rasa tak sedap.  Macam pisang goreng biasa pastu letak coklat sikit. Kalau macam ni lah rupanya patut ai buat sendiri daripada beli kat kedai kan.kan..

Nah, hambik padan muka hang. Haha.. Dah nak beli sangat. Nasib lah ai ni tak teruja sangat dengan pisang goreng cheese ni. Tapi first time beli dah kena macam ni memang ai tak beli dah wokey pasni. Kalau nak beli juga pun maybe la usha2 dulu, kalau nampak tak menyelerakan tu blah ja, tak yah beli.


Niat mula-mula nak usha dulu, tapi akak yang jual tu, tanya ai nak order berapa dik?, La dia nak buat serentak, ingat nak buat dulu kat customer yang datang awal tu. Ai datang lambat dan sengaja diri jauh sikit sebab niat nak usha2 dulu. Kalau terliur baru nak beli. 

Akak tu berkali-kali tanya, ai pun order je lah satu. Sekali masa nak bayar tu, dlm hati cakap "gini je rupa akak buat". Sungguh tak berbaloi la kak dengan harga. Beli pisang goreng saja then balik tabur sendiri cheese lagi sedap kak Jah ooii..


Niaga ikhlas ke tak ni? Pandai tak buat resepi pisang goreng CHEESE ni? Agak-agaklah nak untung pun, jangan kodokut sangat Kak Jah oooooiiiii..

Rasa macam nak cancel ja, tapi tak sampai hati plak, takpa lah pujuk hati, ni first n last la. Akak ni dah lama niaga situ, macam-macam makanan dah dia jual. Lama kedai tu sepi, tup2 muncul dengan pisang goreng CHEESE dia. Pasni nak niaga apa plak kak??

Banyak kali sangat tukar-tukar barang niaga, nampak sangat awal-awal je meriah, pastu customer tak nak datang sebab niaga nak untung saja maa.. Malas nak cerita yang dulu-dulu punya makanan, cukup lah ini sahaja..

Ada 2 gambar yang mak snap. Motif story kat sini bukan nak hina pisang goreng CHEESE. Tak baik hina makanan, Nabi tak ajar macam tu. Hihi.. Tapi, saja nak story pasal keikhlasan meniaga makanan ni. 




Nampak tak CHEESE kat dalam tu? Ye, ye pisang tu panas-panas sikit. serius CHEESE sikiiiiiiiiit sangat, Macam tabur dalam secubit gitu. Tak rasa langsung CHEESE. Tahu CHEESE mahal, tapi agak-agak lah Kak Jah pun letak secubit ja. Dia jual mahal, patut letak la berbaloi dengan harga. Yang bersinar-sinar tu cuma susu. 


Nama pun pisang goreng CHEESE, kalau CHEESE pun tak rasa baik makan pisang goreng celup tepung sahaja..



P/s: Saja dibesarkan word CHEESE tu sebab nak mention geram CHEESE macam tak dak. Haha.. Moral story ni bukan nak menghina atau tak bersyukur ke apa, just nak ingat sesama kita, nak jual makanan ke barangan apa pun, jangan fikir untung semata-mata, nak meniaga kena fikir long term, kalau just nak sekali je customer datang, tak pa buat la perangai macam ni, kalau nak customer repeat order, serve la elok-elok. Mahal tak pa, biar puas hati.

Wasalam..

4 comments:

  1. Susahlah klu meniaga fikir nak untung macam ni. Sekurang-kurangnya biarlah berbaloi dgn harga yg kita bayar. Lg satu peniaga2 macam ni, orang jual coklat, dia nak jual coklat,..orang jual pisang cheese dia nak jual pisang cheese...tapi kemahiran nk sediakan produk tak de.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. dh setahun stgh tggl kt kawasan ni, rasa 3 kali jugak lah akak ni tukar makanan jualan dia. dh sbln lbh dia jual, mula2 nmpk ramai, skrang dh kurang..

      Delete
  2. Nampak kurang menyelerakan.
    Erghh..
    Berniaga biar ikhlas..Bila orang suka, tentu depa datang ke sana ulang-kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kadang2 regular cstmr tu yg bnyk mmbntu..

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...