advertisement

Patutnya tolong bukannya gelakkan dia

Ai kan paling geram ngan kawan-kawan atau siapa sahaja yang berperangai macam ni...

Dah nampak kawan tu jatuh longkang, sah-sah la dia sakit, yang kau pi gelak bagai nak tercabut jantung tu pasal apa. Tahu la geli hati kau, gelak sikit-sikit cukup lah. Berdarah kaki budak tu ai tengok, boleh plak kau biar dia terhegeh-hegeh bangun sendiri. Yang kau tak habis-habis gelakkan dia.

Kelakar sangat la dengan kesakitan orang lain tu. Fuhh,... sabar ye makk (cuba tenangkan diri ai sendiri..haha). Apa hal ai plak yang emo, bukan ai yang jatuh. 


Pagi tadi, dalam kalut-kalut nak pergi keja, ternampak adik ni terjatuh, 2 orang kawan sedap-sedap gelakkan dia, ai perati aja dari dalam kereta budak tu terhegeh-hegeh bangun, nampak darah sikit kat kaki. Sian plak tengok. 

Geram ja dengan perangai 2 kawan tu, rasa cam nak bagi penampar ja. haha.. Baru ada akal sikit orang cakap. Dah la budak tu sakit ditambah plak malu di gelakkan 2 rakan ditambah lagi sakitnya hati dapat kawan macam jebon, kalau James Bond tak apa la jugak. 

Ni la masalah masyarakat kita, suka sangat gembira atas kesakitan orang lain. Tabiat macam ni patut di hakis jauh-jauh. Kot ya pun rasa kelakar, sikit-sikit dah la gelakkan kawan tu. Ai tengok dia nak bangun pun susah, mesti kaki terkehel ke apa. Dibiar ja bangun sendiri. Kawan macam ni, memang ada masa senang je ni, time susah hilang tak nampak bayang.

Ai saja tunggu tengok sampai budak tu bangun pastu duduk kat tangga sambil gosok-gosok kaki dia. 2 kawan tu tak habis-habis gelak, siap mengata lagi, "apala, longkang besaq pun tak nampak", " mata tak kat mana wey". Aduh sabar je mak nengok. Kang makan penampar juga budak ni. Haha..



moral of story: bagi penampar ja kat kawan macam tu kalau sapa2 penah jumpa. Haha

wasalam..


6 comments:

  1. budak2 memang macam tu..suka gelakkan kawan..

    ReplyDelete
  2. Mesti mereka ni geng rapat sebab itu boleh gelak tapi sebenarnya kesian dan simpati
    Kalau tak mana mungkin dia ketawa betul tak...

    ReplyDelete
  3. Sebab tak kena kat batang idung sirik kot... Cer kena kat batang idung sirik... Bersepai batang dengan lubang... Hidung...

    ReplyDelete
  4. alamak, terus rasa bersalah balik kawan jatuh depan sy T_T tak gelak la tapi cuma terkilan tak sempat tahan

    ReplyDelete
  5. memang kadang2 kita rasa kelakar dek kawan jatuh longkang, tapi saya tgk dak2 ni gamak sungguh.. dah besar kot, rasanya dah hbs sklah.. kawan tu muka dah lain sbb tahan sakit.. sikit pn xsenyum.. so 2 kawan tu patut stop gelak n kutuk dia then tolong la..

    ReplyDelete
  6. Tak matured namanya tu.
    Dah besar2 tapi gelakkan orang - kira macam budak2.
    Memang patut makan penampau.
    Kot baru sel2 otak nak bersambung kot.
    Orang ditimpa malapetaka patutnya tolonglah.
    Akak pun xsuka perkara yang boleh mengaibkan orang lain.

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...