advertisement

6 MAKANAN UNTUK MENCERAHKAN KULIT

Ramai yang mengimpikan kulit yang cerah, bersih, bersinar-sinar (macam tak sesuai je), lembut, halus dan mulus, terutamanya kulit wajah. Jadi, disini ada beberapa makanan yang tidak patut anda elakkan. 


Tomato
Selain baik untuk kesihatan jantung, tomato juga baik dalam membantu menghalang daripada sinaran matahari yang merosakkan kulit. Tambahan pula, tomato juga membantu meningkatkan kandungan kolagen. Hal ini dapat membantu kulit daripada kendur.


Strawberi
Strawberi kaya dengan kandungan vitamin C. Selain strawberi, oren dan limau juga kaya dengan sumber vitamin tersebut. Vitamin C adalah komponen utama pembentukkan kolagen.


Sayuran hijau

Sayuran campuran hijau sangat kaya dengan Vitamin A. Vitamin ini dapat membantu memulihkan kulit dengan mengembangkan sel penggantian. Jangan abaikan salad kerana salad mengandungi kalium yang dapat membantu mengekalkan oksigen dalam aliran darah.

Epal

Kulit epal kaya dengan quercetin. Quercetin adalah antioksidan kuat yang termasuk dalam kelompok pigmen. Selain epal, bawang juga mengandungi quercetin.

Telur
Telur mengandungi leutien dan zeaxanthin yang memberi manfaat dalam menghalang daripada sinaran ultra ungu daripada matahari. Sinaran ultra ungu akan merosakkan kulit. Selain itu, telur membuatkan kulit halus, lembut dan tepu. Putih telur boleh dijadikan masker untuk membantu merawat kulit muka yang kering dan mengecilkan pori.


Soya
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Soya boleh membantu mengurangkan kedutan halus dan ketegangan kulit.





**********************************************************************************************************


SET SKINCARE DALAMAN -Hubungi saya untuk lanjutan




Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

4 comments:

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...