advertisement

TIPS- Saiz Hidangan vs Jenis Hidangan

Saiz hidangan yang penting bukan jenis makanan!

 

check kolestrol yang diambil dalam setiap hidangan

 

Ya, bila baca tajuknya rasanya anda akan jelas, bahawa saiz makanan yang penting bukannya hidangan. Ada yang tertanya-tanya, termasuklah saya dahulu boleh tak kita ganti nasi dengan roti? Baik soalan ni, sebab ramai yang beranggapan nasi menjadi sebab segala penyakit terjadi dan kegemukkan. 

Baiklah, sebenarnya tidak ada salahnya mengambil nasi. Nasi adalah karbohidrat kompleks yang akan diuraikan kepada glukosa untuk digunakan sebagai sumber tenaga badan kita. Ianya sama kumpulan dengan roti, bihun, mee, biskut. Jika nak gantikan juga nasi dengan karbohidrat lain adalah penting untuk mengawal saiz hidangan. Sebagai contoh yang saya baca dalam majlah i-Sihat, semangkuk nasi goreng cina bersamaan dengan 3 keping roti.  Hah, 3 keping roti je, ramai yang terkejut kan. Rasanya makan nasi semangkuk lagi kenyang daripada 3 keping roti. Yang menjadi salahnya disini, ramai yang gantikan nasi dengan roti tetapi mengambil roti seperti tiada had.

Apabila silap saiz hidangan maka bertambahlah pengambilan kalori dan ini akan mengakibatkan peningkatan berat badan. Kawal saiz hidangan itu yang penting kerana ianya kunci kepada jumlah kalori yang kita ambil bukannya memikirkan ganti hidangan. Jika kita gantikan karbohidrat kepada protin sebagai sumber tenaga pun berpada-pada lah. Jangan sampai tidak mengambil langsung karbohidrat. 

 Semoga tips ni bermanfaat untuk anda dalam mengamalkan pengambilan makanan harian anda.

Wasalam

 

 

 

 

Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

 

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...