advertisement

MERDEKA-DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


31 OGOS 2014,


Malaysia terus gah di mata dunia, sudah 57 tahun Malaysia merdeka. Kebelakangan ni, malaysia terus digemparkan dengan isu pencerobohan rakyat Sulu ke sebelah timur Sabah. Selepas itu, isu MH370 dan MH17 yang mana ada kaitannya dengan kuasa-kuasa besar dunia. 

Jika benarlah kuasa-kuasa besar ini ingin menggugat keharmonian negara kita lagi, Kita sebagai rakyat harus berdiri teguh mempertahankannya..
Cewah2 semangat pulak saya kan. 

Malaysia adalah penyokong kuat kerajaan Palestin yang sedang bergelut mempertahankan tanah air mereka daripada Israhell. Sebelum negara menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yg ke-57, kita mengetahui bahawa perang yang berlangsung selama 51 hari di Gaza telah berakhir. 

Sambutan kemerdekaan menjadi lebih ceria dan bermakna. Bagi saya Palestin dan Malaysia adalah satu. Kita akan terus menyokong Palestin. Di sana ada Al-Aqsa. 

 Ok lah, saya tak mau celoteh banyak. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-57 semua.

Disini lahirnya sebuah cinta.

Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...