Blogspot ni rupa dah lain, dah berapa lama eh? Ketinggalan zaman betul aku ni.. 😅😆😆
Ok boleh add emotion... Ni part aku suka.. 😁
Boleh pulak draw dulu muka kita nak sebelum keluar suggestion kat sebelah.. keh..keh..
Hari ni aku kerja, tapi mood nak kerja dah hilang dek kerana aku terbuat salah besar semalam. Dalam pos kerja aku ni part paling tak best kalau buat salah order barang. Benda kalau puluh Ringgit Malaysia tu aku ok lagi, boleh lah aku nak buat muka "perasan cuit" kat boss aku.
Ni tak U olss.. benda tu beriban dan kena tunggu lama nak sampai. Kalau dah salah order tak boleh return sebab custom made. Aku dah buat kesalahan kedua sepanjang kerja sini dengan salah order saiz.
Kali pertama dulu ok lagi berapa ratus ja. Barang pulak boleh guna lagi cuma lambat lah nak habis..Setiap kali aku tengok barang tu mesti terkenangkan kesalahan aku.
Aku sejak 2 menjak ni asyik hilang focus nak kerja. Dah la minggu lepas aku hantar surat resign dan boss aku tolak. Eh, siap dia koyak lagi surat aku tu sambil katanya "jangan print lagi lepas ni ok". Huhuuuu... Selepas berbincang panjang (dekat 2 jam) dan aku decide to stay. Aku pun terketeh-keteh call company baru offer kerja tu tolak offer mereka.
Kalau ditimbang tara, seeloknya aku stay sebab company aku sekarang dah masak dengan aku yang selalu cuti sebab study aku ni. Ni tak lama dah bulan Januari depan aku akan bercuti panjang lagi..Kalau aku tukar kerja, agak-agaklah kan sebulan baru masuk kerja pastu nak cuti sampai 3 minggu pulak. Hurm, tapi new company tu dah sedia maklum pasal ni, sebab aku jujur semuanya dekat mereka pasal hal-hal study aku.
OK, berbalik kepada masalah utama ( cewaaaahhh)
Aku buat salah bukan sebab nak bagi boss menyampah kat aku lepas dia tolak resignation aku. Aku terbuat salah u ols sebab kelalaian aku sendiri tak semak email sebelum aku place order (new update).
Bak kata pepatah 'yang berlalu biarkan berlalu'.
Tappiiiiiiiiiiiiii,
Aku tetap kena hadap jugak nanti.. 😃😃😃😃
p/s: Ini luahan tak ada apa sangat pun, saja nak up entri. Sendu sangat dah blog aku beberapa bulan ni. Rindu kot nak blogging..
Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel
Walawey, kanda-kanda I ni buat GA wehhh... esaited I alls nak join tau.. Cepat-cepat I alls ON PC and buat entry ni..
Jom u ols memeriahkan GA dua rakan baik ni.. Klik pada banner ok untuk join.
*Psssttt, harap2 lah depa 2 tambah hadiah, boleh lah ramai pakat dapat kan.. HEHE...
DIY: Beg Sandang Dari Seluar Jeans Lama
Walaupun entri aku yang lepas, aku ada cakap macam segan nak kongsi kan pasal jahitan, tapi ni haa tersiap pulak entri pasal aku buat sling bag tempoh hari. Memang pada mulanya aku agak segan nak berkongsi, tapi bila kawan aku baca pasal entri lepas, dia galakkan aku tulis ja. Kongsi ja apa yang aku tahu. Hehe
Sejak-sejak aku dah beli mesin jahit baru, kegilaan nak menjahit tu menjadi-jadi.. Iye lah kan, dah melabur untuk mesin, tak kan nak biar sepi kan..
Idea tercetusnya nak jahit beg sendiri ni datang masa aku keluar jalan-jalan. Macam biasa setiap kali keluar mesti aku angkut hand bag aku yang besar kedabak tu sekali. Rasa rimas plak, usung beg besar-besar ni (padahal dulu masa beli beg tu memang niat nak beg besar, mudah nak isi segala mak nenek dalam tu), jadi sekali sekala berjalan tu aku rasa nak bawak beg kecik ja, asal boleh letak beg duit dengan handphone.
Haa jom-jom baca step by step aku buat beg ni
Step 1 :
Aku gunakan seluar jeans lama (yang tidak dipakai lagi), potong bahagian mana nak. Kalau ikut aku, aku guna bahagian kaki. Sebelah ja.. Lepas tu aku tetas poket (1 sahaja). Kalau hangpa nak buat kan, ikut suka hangpa la mana bahagian hangpa suka.
Macam aku, aku ambik bahagian kaki sebab suka bentuk dia. Kalau ambik bahagian atas (bontot yang dah siap ada poket), saiz dia agak besar dan poket akan senget sikit.
Bab nak pilih saiz, bahagian mana itu terpulang kepada kreativiti masing-masing.

Step 2 :
Untuk menaikkan seri pada beg aku ni, aku korek beg-beg lama yang dah rosak ambik mana bahagian yang boleh diambil. Macam beg ni (gambar bawah), aku tetas ambik 'epal yang digigit' tu. Beg ni aku dah tak pakai sebab terkoyak sana sini dah..
Step 3 :
Selepas siap gunting mana yang patut, jom lah mula menjahit. Mula-mula aku cantumkan 'epal' tu pada bahagian poket yang aku dah tetas dari seluar.
Step 4 :
Lepas dah siap cantumkan 'epal' pada poket tu, jahit lah poket tu pada 'beg'. Adjust bagi elok-elok mana nak letak.
Step 5:
Pusing bahagian dalam dan cantumkan pada bahagian bawah (maaf untuk bahagian ni aku tak ambik gambar). Untuk cantuman bahagian bawah ni, bahagian hujung (penjuru) jahit sikit bagi jadi segitiga (paham tak eh?) untuk bagi beg tu nampak tebal.
Step 6:
Seterusnya, tengok gambar kat bawah ni, ini adalah bahagian dalam. Kain lapik ni aku gunting ja dari beg aku yang tadi tu. Jahit molek-molek (pastikan bahagian ni kecik sikit ja dari beg luar (kain jeans), kecikkan dalam 1/2 inci pun ok. Yang bahagian ni kalau masih samar-samar, pi usha beg tangan hangpa masing-masing, nanti paham lah tu..
Step 7:
Lepas itu, sumbat lah bahagian dalam tu, jahit elok-elok bahagian mulut beg tu.
Step 8:
Seterusnya, bahagian penutup tu, aku tak gunakan zip untuk beg ni, aku cuma gunakan butang tekan tu. Gambar pun aku malas nak snap.. Haha.. Maaf lagi sekali..
Step 9:
Akhir sekali buat lah tali. Lebar tali cuma 1 cm sahaja (ikut kesesuaian). Panjang tali tu adjust lah sendiri, ikut suka hangpa lah eh. Beg aku? aku pun tak tau berapa panjang aku buat tu.. :P
Taraaaaa... Rupa beg aku..
Aku buat ni tak gunakan sangat ukuran.. Main buat saja.. Alah tak payah nak ukur-ukur sangat, buat ja ikut suka tekak hangpa. Lagipun dah ambik pun seluar kan bukan kain bidang, jadi potong aje lah ikut seluar masing-masing..
Untuk aku siapkan beg ni aku cuma ambik masa dalam 45 minit macam tu, sebab aku main buat ja, tak fikir nak ukur tanda sana sini.. Hehe.. Aku rasa kalau orang lain mesti lagi cantik dan kemas.
Kepada yang nak cuba tu tapi tak paham apa aku kongsi ni, pi la tengok kat you tube. Berlambak video ada kan.. Maaf lah eh kalau aku kongsi tapi hangpa tak paham. Aku tak pandai nak tulis tutorial.
By the way, thanks yang sudi baca sampai habis.. tata..
Muzium Pamoga : Mujur ada pamoga..
*** Fuhhh.... Tiup habuk dulu... :D
Lama nya tak merapu meraban kat sini kan.. Bila lama tinggal, nak sambung balik tu terasa benar malasnya..
*** Buffing.....
Eh, sebenarnya aku pun tak tau nak beletiaq (story) apa kat entri ni.. Macam lost pulak..Nak cerita apa, isu semasa? Itu hangpa boleh pi tengok berita, aku pun bukan wartawan kan nak buat entri isu semasa ni. HAha..
Alah rutin harian aku ni boring ja, balik-balik benda yang sama aku buat hari-hari.. Weekend pun sama saja.. Pagi pergi kerja, bila petang balik kerja.. Malam-malam lak, ngadap buku, dengar sidang video (kelas).. Kerja belajar, belajar kerja.. So boring right?
Tapi kan... Aku ada juga selit-selit gi trekking, joging (banyak jalan ja, :P) hujung-hujung minggu.. Selfie sikit then balik rumah buat benda yang sama..
SAHIH KE TIDAK??
Apabila semua orang boleh mengeluarkan hukum dan fatwa sendiri, habis lah kontang kanting semuanya.
Dilaman-laman sosial ni, baca ja percaya jangan dulu. Kalau pun cerita tu betul sekali pun. Kepada yang "kaki share statement" orang lain di media sosial, tolonglah jadi bijak sikit dengan memastikan kesahihan cerita.
Bila terlalu ramai kongsi, maka benda tak betul berteraburan di merata-rata dan dibaca oleh ramai lagi orang. Kalau benda tu salah, kita yang kongsi ni pun berkongsi sekali dosa dengan penyebar-penyebar lain.
Sudah lah pahalanya kurang, ditambah lagi dosa yang kita sendiri tak sedar.
Kalau kita sendiri tak yakin dan mencurigakan janganlah kongsi. Kita bukan pakar dalam semua hal, diam sudah lah.. Sibuk aja nak kongsi. benda kecil pun nak di viral nanti..

Contoh: daripada facebook (Ianya sekadar contoh bukan bermakna aku sokong mana-mana) |
Pernah kan dengar pepatah melayu mengatakan " diam itu lebih baik dari berkata-kata" .
Bila tak tahu sesuatu tu, baik diam dari mengeluarkan perkataan yang salah..
#Salam Syawal 16
* * * * *
Terima kasih kepada Sis Yana Yani pemilik blog Diari Seorang Mama dan Kanda Scdha Sein pemilik blog Scdha Sein Photo and Travel atas kiriman kad raya. Sorry tak buat entri special.. Have Allah Bless You... <3
Deman Pokemon
Seingat aku lah kan, layan anime pokemon ni masa sekolah rendah.. Kumpul koleksi barang sekolah terutamanya pemadam..
Bukan layan pun game tu semua, seronok kumpul tu pun sebab comel ja pokemon ni, tambah-tambah Pikachu tu.. Pika..pika..pikachuuuuu.. Hehe..
Kegilaan pada Pokemon masa tu sampai timbul isi Zionis lah oleh golongan Ustad Ustazah ni.. Sampai kan kat sekolah tu siapa yang sebut Pokemon di cop nya kita nak jadi Yahudi.
Masa tu aku ni budak-budak lagi, tak kenal pun Zionis tu apa.. Yahudi tu pun heran aku, apa dia lah kan.. Orang jahat ka.. Haha.. Serius bodoh lagi masa tu.. :P
Dah apa yang keluar dari mulut-mulut Ustazah ni percaya lah bulat-bulat.. Siap buang habis semua koleksi kad ngan pemadam tu semua. hahaha..
Bila di fikirkan balik, zionis ni memang lah jahat, tapi kesian pun ada bila di fitnah atas benda yang depa pun tak buat.. HAHAHAHAHAHAAAA....
Wal hal, Pokemon ni dicipta oleh Jepun kan..
Sekarang ni tengah heboh pasal Pokemon go.. Macam seronok je tengok video promo Haha.. Kawan kerja aku sorang ni gigih tau dok cari Pokemon.. HAHA.. Sian dia baru dapat 1.. KAH..KAH..
NK: Mitos ja Pokemon ngan Yahudi tu.. Aku minat anime dia ja, game tak heran, sebab tak mampu pun nak main.. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)