advertisement

Muzium Pamoga : Mujur ada pamoga..

*** Fuhhh.... Tiup habuk dulu... :D

Lama nya tak merapu meraban kat sini kan.. Bila lama tinggal, nak sambung balik tu terasa benar malasnya.. 


*** Buffing.....


Eh, sebenarnya aku pun tak tau nak beletiaq (story) apa kat entri ni.. Macam lost pulak..Nak cerita apa, isu semasa? Itu hangpa boleh pi tengok berita, aku pun bukan wartawan kan nak buat entri isu semasa ni. HAha..

Alah rutin harian aku ni boring ja, balik-balik benda yang sama aku buat hari-hari.. Weekend pun sama saja.. Pagi pergi kerja, bila petang balik kerja.. Malam-malam lak, ngadap buku, dengar sidang video (kelas).. Kerja belajar, belajar kerja.. So boring right?

Tapi kan... Aku ada juga selit-selit gi trekking, joging (banyak jalan ja, :P) hujung-hujung minggu.. Selfie sikit then balik rumah buat benda yang sama..

That y lah, cerita pun tak da nak story kat U ols haa.. Haha.. Aku pun jarang-jarang online dah sekarang sebab laptop aku masalah sikit.. Nak online guna fon, memang tak suka sangat, tak puas, kecik.. Huhuu.. 

Walaupun aku ni kalau real life jenis yang banyak cakap, tapi bab menulis ni kaku gak aku nak cerita apa.. 

Ada juga bagi aku idea buat entri tentang jahitan. Tapi aku tak mau.. Sebabnya aku tak arif pasal tu.. Aku malas nak cakap pasal benda aku tak arif, tak mau cakap benda yang salah.. Kan..kan.. 

*** Buffing lagii...  Setelah berjam-jam berlalu........

Haha.. aku taip pastu berhenti kejap, pi buat kerja.. Sebab tu asyik buffing ja tulisan aku ni pun.. Jangan marah eh.. 

Bagi tak menjadikan entri ni sampah, maka meh aku kongsi sikit cerita hujung minggu lepas.

Tanggal 23 Oct 16 (kemarin aje pun), aku terpaksa ke USM kejap, nak hantar barang kat pensyarah aku. Dah alang-alang masuk pulau tu, jadi aku panjangkan langkah nak merayap kejap. 

Nak lepak lama-lama dalam USM macam tak lah kan.. Walaupun sekarang ni musim Konvo, ada booth bagai kat dalam tu, aku dengan Housemate baru aku pusing-pusing kejap pastu blah..

Housemate aku beriya ajak naik Skywalk, The Top Komtar tu.. End-up benda alah tu tak buka lagi pun.. Menurut penjaga kaunter kat Komtar tu buka Disember nanti. Cehh.. itik serama betul.. 

Bagi menebus kekecewaan di sana, lepas masuk kereta, aku pulak yang decide untuk next destination.. Aku cakap kali ni aku nak ronda-ronda beach road. Walaupun kawasan pantai macam tak selamat nak melepak, aku tak peduli nak juga meronda ke sana.. Haha.. 

Jalan punya jalan sampai lah kami ke Taman Negara.. Tapi kami tak prepare untuk hiking jadi kami cuma buang sedikit masa bergambar dan layan view laut kat jeti.. 

Eh, pernah dengar pasal Entopia tu? Alah dulu Taman Rama-Rama. Tiket masuk mahal nak mampuih.. Bagi aku yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ni memang mahal lah.. Dewasa RM49.. Apa lah yang best kat dalam tu sampai nak kena bayar se-mahal itu.. 

Kami hanya bergambar kat pintu depan, acah-acah dah sampai.. Haha... 

Naik atas sikit sampai pula ke Air Terjun Teluk Bahang tu... Bagi aku lah kan, kalau nak mandi air terjun aku lebih suka balik ke Kedah.. Kedah adalah salah satu negeri di Malaysia yang paling banyak Lata dan Air Terjun..

Lepas puas pusing-pusing sekitar situ, kami singgah kejap kat Muzium Perhutanan.. Muzium ni dalam kawasan air terjun tu ja. Bayar sehinggit sekepala, masuk lah pusing-pusing sampai muntah.. Hahaa.. Kecik aje tempat.. Kami kat sana 15 minit ja..



Dah nama pun muzium perhutanan, info-info berkaitan hutan saja yang ada pun.. Jenis-jenis hutan, hasil hutan dan segalanya tentang hutan kat Malaysia ni terutamanya Pulau Pinang. 


Nama-nama herba

 Ular sawa yang telah diawet. Menurut catatan kat situ, ular ni ditangkap oleh penduduk tempatan.
Ini yang tak faham ni.. Apakah Dato Vida ada share dalam muzium ni? HAHAHA...

Hujan kejap turun kejap berhenti, aku pun kejap basah kejap kering, dah petang terus pecut balik rumah.. :-)

p/s: tajuk main letak ja.. :P


20 comments:

  1. ada jg terselit pamoga dlm muzium ni...lari tema..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil hutan katanya kandungan dlm pamoga tu.. :P

      Delete
  2. wah mujur ada pamoga hahaha

    dulu penang ada banyak juga air terjun yang cantik...

    antaranya Bukit Ipis ( dah lenyap dek pembangunan...air kering...
    Titi Kerawang ( sama juga air kering )
    di atas bukit teluk bahang masih tersimpan air tejun yang cantik tapi kena hiking dan kena kejar dek anjing dlu sebelum sampai...last sampai masa sekolah rendah...lebih kurang 21 tahun yang lalu....entah masih ada atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan dah hilang dek pembangunan.. fuhh lama tu 21 tahun lalu..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. tulah.. taip entri pun selit2 waktu kerja.. *jangan tiru aksi ini.. HAHAAAA

      Delete
  4. Museum pamoga? Pesal ada 2 botol jek kalau mcm tu kat umah pun oleh buat museum pamoga ni keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA.. buat lah.. mana tahu ramai datang sbb kagum KJM sampai kumpul byk.. HAHAHA

      Delete
  5. Buat lah tajuk entri jalan jalan cari nahas eh cari pasal 😺

    ReplyDelete
  6. Jenis cop byk eh? Boleh nampak sbb cara tulis entri pun dah tahu

    ReplyDelete
  7. Awat pamoga boleh masuk muzium...hahaha....den pon kompius

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunjuk cth antara hasil hutan/khasiat hutan..

      Delete
  8. apa motif pamoga tu ya...
    xda ka dia cita apa2 kat situ

    ReplyDelete
  9. Ada lagi ke air terjun cantik katPenang..ke dah pupus ditelan arus kemodenan (ayat KBat UPSR 2016)

    ReplyDelete
  10. pamoga amran gak yg dapat nama., ;p

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...