advertisement

SAHIH KE TIDAK??

Apabila semua orang boleh mengeluarkan hukum dan fatwa sendiri, habis lah kontang kanting semuanya. 

Dilaman-laman sosial ni, baca ja percaya jangan dulu. Kalau pun cerita tu betul sekali pun. Kepada yang "kaki share statement" orang lain di media sosial, tolonglah jadi bijak sikit dengan memastikan kesahihan cerita.

Bila terlalu ramai kongsi, maka benda tak betul berteraburan di merata-rata dan dibaca oleh ramai lagi orang. Kalau benda tu salah, kita yang kongsi ni pun berkongsi sekali dosa dengan penyebar-penyebar lain. 

Sudah lah pahalanya kurang, ditambah lagi dosa yang kita sendiri tak sedar. 

Kalau kita sendiri tak yakin dan mencurigakan janganlah kongsi. Kita bukan pakar dalam semua hal, diam sudah lah.. Sibuk aja nak kongsi. benda kecil pun nak di viral nanti.. 



Contoh: daripada facebook (Ianya sekadar contoh bukan bermakna aku sokong mana-mana)

Pernah kan dengar pepatah melayu mengatakan " diam itu lebih baik dari berkata-kata" . 

Bila tak tahu sesuatu tu, baik diam dari mengeluarkan perkataan yang salah.. 


#Salam Syawal 16

*  *  *  *  *

Terima kasih kepada Sis Yana Yani pemilik blog Diari Seorang Mama dan Kanda Scdha Sein pemilik blog Scdha Sein Photo and Travel atas kiriman kad raya. Sorry tak buat entri special.. Have Allah Bless You... <3

23 comments:

  1. Makin parah masyarakat kita ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia akhir zaman, yg betul dikata salah begitulah sebaliknya....

      Delete
    2. betol2.. akhr zaman ni macam2 bnda pelik boleh jadi..

      Delete
  2. SS x brapa minat Ustaz Azhar Idrus... Sorry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. no need to say sorry.. It up to you kanda.. Hehe. gambar itu cuma cth apa yg I nak maksudkan adalah berita2 palsu tersebar tu..

      Delete
    2. lain orang lain preference ulamak yg dia suka.. yg penting jangan sehingga berbalah sesama islam.. kna sntiasa amalkan sikap lapang dada atas perbezaan pendapat..

      Delete
  3. Kalu di Johor... Tidak dibenarkan penceramah picisan utk beri ceramah kat mana2 masjid pon dalam Johor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai penceramah yg tak boleh masuk johor.. mufti perlis pun x boleh masuk bagi ceramah..

      Delete
    2. Johor bkn tak bagi penceramah picisan, tp penceramah yg bagus2 yg tak dibenarkan masuk sbb Johor lebih suka mengikut kata2 ustaz(?) lama daripada mengikut hadis sahih dari Rasulullah. Ertikata lain, Johor lebih pentingkan adat dlm beribadat berbanding beribadat mengikut sunnah. Wallahu a'alam

      Delete
    3. fuh..! Nurul!!! saya sokong 100%.. hahahaha... hidup bangsa johor! hahaha

      Delete
  4. mmg kena berjaga-jaga bila nk share sesuatu.. lagi2 pasal agama n kesihatan..

    ReplyDelete
  5. dalam kes seperti status UAI tu, boleh jadi UAI tak sebut pun benda tu tapi orang lain letak nama dia spaya ramai org share.. banyak kes2 jadi macam ni kat ulamak2 popular termasuk zakir naik sndiri, pernah keluarkan statement yg dia x pernah kata 1 statement yg tersebar luas org share kononnya ayat tersebut dari beliau.

    stuju dengan QA, semak dulu kesahihan apa yg kita nk share, takut mnjadi fitnah..

    ReplyDelete
  6. Ramai je yg gunakan nama ustaz utk petikan seperti ITU atas tujuan nak popularkan fb ... Sendiri kena bijaklah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. sanggup fitnah para ulamak demi kepentingan sendiri.. umat akhir zaman.. hmm..

      Delete
  7. selalu dpt info x sahih biasa pas baca delete je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu rasa malas bila nk share sesuatu pasal agama.. nk kna pastikan dulu sahih atau tak.. kalau x sure, delet je.. better delet dari sebarkan fitnah..

      Delete
  8. Perkongsian di laman media sosial ni memang bahaya bila ada orang yang tak bertanggungjawab...main sebab letak UAI...ntah sapa yang sebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah2 dia sendiri yg suka hati tulis, pastu letak nama ustaz.. org percaya, org sebarkan.. page dia jugak yg popular.. hmm..

      Delete
  9. entah ye entah tidak Ustaz Azhar Idrus yang kata..Oh Hi Syida, jauh akak korek entry awak ni..haha

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...