advertisement

DIY: Beg Sandang Dari Seluar Jeans Lama

Walaupun entri aku yang lepas, aku ada cakap macam segan nak kongsi kan pasal jahitan, tapi ni haa tersiap pulak entri pasal aku buat sling bag tempoh hari. Memang pada mulanya aku agak segan nak berkongsi, tapi bila kawan aku baca pasal entri lepas, dia galakkan aku tulis ja. Kongsi ja apa yang aku tahu. Hehe

Sejak-sejak aku dah beli mesin jahit baru, kegilaan nak menjahit tu menjadi-jadi.. Iye lah kan, dah melabur untuk mesin, tak kan nak biar sepi kan.. 

Idea tercetusnya nak jahit beg sendiri ni datang masa aku keluar jalan-jalan. Macam biasa setiap kali keluar mesti aku angkut hand bag aku yang besar kedabak tu sekali. Rasa rimas plak, usung beg besar-besar ni (padahal dulu masa beli beg tu memang niat nak beg besar, mudah nak isi segala mak nenek dalam tu), jadi sekali sekala berjalan tu aku rasa nak bawak beg kecik ja, asal boleh letak beg duit dengan handphone. 

Haa jom-jom baca step by step aku buat beg ni

Step 1 : 
Aku gunakan seluar jeans lama (yang tidak dipakai lagi), potong bahagian mana nak. Kalau ikut aku, aku guna bahagian kaki. Sebelah ja.. Lepas tu aku tetas poket (1 sahaja). Kalau hangpa nak buat kan, ikut suka hangpa la mana bahagian hangpa suka. 

Macam aku, aku ambik bahagian kaki sebab suka bentuk dia. Kalau ambik bahagian atas (bontot yang dah siap ada poket), saiz dia agak besar dan poket akan senget sikit. 

Bab nak pilih saiz, bahagian mana itu terpulang kepada kreativiti masing-masing. 






Step 2 :
Untuk menaikkan seri pada beg aku ni, aku korek beg-beg lama yang dah rosak ambik mana bahagian yang boleh diambil. Macam beg ni (gambar bawah), aku tetas ambik 'epal yang digigit' tu. Beg ni aku dah tak pakai sebab terkoyak sana sini dah.. 




Step 3 : 
Selepas siap gunting mana yang patut, jom lah mula menjahit. Mula-mula aku cantumkan 'epal' tu pada bahagian poket yang aku dah tetas dari seluar. 





Step 4 :
Lepas dah siap cantumkan 'epal' pada poket tu, jahit lah poket tu pada 'beg'. Adjust bagi elok-elok mana nak letak. 



Step 5:
Pusing bahagian dalam dan cantumkan pada bahagian bawah (maaf untuk bahagian ni aku tak ambik gambar). Untuk cantuman bahagian bawah ni, bahagian hujung (penjuru) jahit sikit bagi jadi segitiga (paham tak eh?) untuk bagi beg tu nampak tebal. 


Step 6:
Seterusnya, tengok gambar kat bawah ni, ini adalah bahagian dalam. Kain lapik ni aku gunting ja dari beg aku yang tadi tu. Jahit molek-molek (pastikan bahagian ni kecik sikit ja dari beg luar (kain jeans), kecikkan dalam 1/2 inci pun ok. Yang bahagian ni kalau masih samar-samar, pi usha beg tangan hangpa masing-masing, nanti paham lah tu.. 




Step 7: 
Lepas itu, sumbat lah bahagian dalam tu, jahit elok-elok bahagian mulut beg tu.


Step 8:
Seterusnya, bahagian penutup tu, aku tak gunakan zip untuk beg ni, aku cuma gunakan butang tekan tu. Gambar pun aku malas nak snap.. Haha.. Maaf lagi sekali.. 

Step 9:
Akhir sekali buat lah tali. Lebar tali cuma 1 cm  sahaja (ikut kesesuaian). Panjang tali tu adjust lah sendiri, ikut suka hangpa lah eh. Beg aku? aku pun tak tau berapa panjang aku buat tu.. :P


Taraaaaa... Rupa beg aku.. 





Aku buat ni tak gunakan sangat ukuran.. Main buat saja.. Alah tak payah nak ukur-ukur sangat, buat ja ikut suka tekak hangpa. Lagipun dah ambik pun seluar kan bukan kain bidang, jadi potong aje lah ikut seluar masing-masing.. 

Untuk aku siapkan beg ni aku cuma ambik masa dalam 45 minit macam tu, sebab aku main buat ja, tak fikir nak ukur tanda sana sini.. Hehe.. Aku rasa kalau orang lain mesti lagi cantik dan kemas. 

Kepada yang nak cuba tu tapi tak paham apa aku kongsi ni, pi la tengok kat you tube. Berlambak video ada kan.. Maaf lah eh kalau aku kongsi tapi hangpa tak paham. Aku tak pandai nak tulis tutorial. 

By the way, thanks yang sudi baca sampai habis.. tata..

23 comments:

  1. menarik..kreatif..ok, boleh faham tutorial ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kira lulus lah eh buat entri tutorial.. ;)

      Delete
  2. SS suka giler bag yang dibuat dari jeans ni... Seyes menarik... SS ada satu beli kat thailand...

    ReplyDelete
  3. Kita pun ada beli mesin jahit baru tp dh lama tersadai sepi tak terusik sbb benang terkeluar dari jarum pastu laluan benang tu dh x betul x reti nk pasang blk..tlg boleh 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun xpandai mentenence ni..hangkut pi kedai jugk lah

      Delete
  4. Beli lain kat Kalarta konon nak jahit buat tudung tp malas yakmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh kain tu nak jahitkn.. shawl biasa n dua muka ja la I tahu buat.. hehe

      Delete
  5. Kalau rajin semua jadik! Jahitkan utk kita satu boleh 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh seluar bucuk tu kat I nak kasi lingkup.. HAHA

      Delete
  6. Kreatif utk org muda mudi sesuai sngt la tu
    Org tua kerepot ni tk kot
    Stgi org gelak maktok bawa beg jeans apple 🍎 ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak tok buat lah beg duit yg letak syiling tu.. hehe

      Delete
  7. Rajin dan kreatif...pandai jahit pulak tu hehe

    ReplyDelete
  8. ilmu menjahit boleh dimnfaatkan...masyukkkk.selamat maju jaya

    ReplyDelete
  9. wah..ni beg jenama 'Apple'..haha

    ReplyDelete
  10. Rajinnye cuba buat bag.. Sy memang fail klo menjahit ni ;p

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...