advertisement

KENALI PENYAKIT GOUT



Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik ialah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing

KETAHUI MANFAAT HERB-LAX





Herb-Lax mengandungi 9 herba semulajadi iaitu daun alfalfa, biji anise, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, fennel seed dan culver’s root. Tengok ingredients pun macam berbelit lidah nak menyebut kan. Boleh lah google kalau nak tahu lanjut tentang herba-herba tersebut ye.

Ringkasan tentang fungsi setiap herba2 tersebut

PUTING BELIUNG 4 KALI BERLAKU DI KEDAH

Adakah puting beliung yang berlaku baru-baru ini di Kedah adalah bala dari Maha Agong, Allah S.W.T.?

Sebagai warga atau anak kelahiran Pendang, Kedah, saya agak terkilan dengan mesej-mesej atau coretan rakan-rakan Facebook yang menyatakan pendapat mereka seperti "Beringatlah orang Kedah, Allah dah turun bala tu", "peringatan Allah wat warga Kedah, beringatlah".

Setiap musibah atau kejadian alam itu berlaku seperti banjir, kebakaran , mahupun puting beliung adakah bala yang diturunkan Allah? Bencana alam yang berlaku mungkin ialah ujian Allah kepada hambanya. Kita harus redo dan bersabar menerima ujian bukannya terus menghukum dengan mengatakan ianya adalah balasan Allah. 

Siapa kita untuk terus menghentam dengan mengatakan Allah menurunkan hukumannya. Wallah huaklam.. Tak tercapai dek akal saya akan kebesaran Allah.

Puting beliung sudah 4 kali  berlaku di Kedah, yang mana mula-mulanya adalah di daerah saya sendiri iaitu Pendang, kemudian Alor Setar. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat. Semoga anda menerimanya dengan redo. 

Gambar puting beliung yg berlaku di Alor Mengkudu, Pendang. Pada 14 Oktober 2014, Jam 4 petang



Antar rumah yang mengalami kerosakkan
Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Pada 31 Oktober 2014, kita dikejutkan lagi puting beliung berlaku di Alor Setar, dalm sehari terdapat 2 kali pusaran angin berlaku. Tiada kemalangan jiwa juga yang dilaporkan. 

Baru-baru ni iaitu pada 11 November 2014, terjadi lagi sekali iaitu di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, Alor Setar. 

Gambar yang berlaku di Alor Setar tak ada pulak dalam simpanan saya. Semoga mereka yang menerima musibah ni bersabar dan menerima ujian Allah ini dengan Redo. 

Wasalam..

 

 

MAKANAN YANG BAIK UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL



Mengidapi masalah kolestrol tinggi amat membimbangkan. Kandungan kolestrol yg tinggi di dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah jantung, darah tinggi dan strok.

Risau jika terambil makanan yang menjadi penyumbang kepada kolestrol. Jadi saya kongsikan beberapa makanan yang baik diamalkan bagi membantu mengurangkan kolestrol LDL tubuh.


Avakado


Ianya mengandungi B5 yg mana dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Avokado adalah makanan yg kaya dengan asid pantonenik. Apabila seseorang mengambilnya, pantetin dalam darahnya akan meningkat. Dalam masa yg sama kadar lemak dalam darah akan turun khususnya lemak jahat, malah akan meningkatkan lemak baik. Antara sumber lain asid pentotenik ialah kuaci tawar, biji bunga matahari, yogurt dan ikan salmon.




Ia mengandungi kromium, minera yg membantu memecah lemak menjadi sebatian sederhana.  Oleh itu, ianya dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Pengambilan vitamin C  yg mencukupi bermanfaat meningkatkan penyerapan kromium.


Epal


Ianya kaya dengan serat, fitokimia dan flavonoid. Fitokimia yg terdapat dalam epal berfungsi sebagai antioksidan yg melawan kolestrol jahat yg menjadi penyebab pembuluh darah tersumbat. Pada masa yg sama, antioksidan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Antioksidan juga akan meningkatkan kolestrol baik yg bermanfaat mencegah penyakit jantung. 


Jambu biji merah


Ianya kaya dengan likopen. Menurut kajian beberapa pengidap hiperkolestrol diberi makanan sumber likopen secara rutin setiap hari. Setelah 3 bulan kadar kolestrol mereka menurun sekurang-kurangnya sebanyak 14%. Antara buah lain yg mengandungi likopen ialah tembikai merah dan tomato merah.


Buah2han yang kaya vitamin C


Mangga, oren serta betik terbukti antara buah-buahan yang kaya sumber vitamin C. Vitamin c mencegah kolestrol jahat bertindak balas hingga menghindarkan terbentuknya plak  di dinding pembuluh darah. Selain itu, ia memperkuatkan peranan vitamin E dalam menghalang peningkatan kadar kolestrol dalam darah. Tambahan pula vitamin C membantu meningkatkan kolestrol baik.


Kacang tanah


Kacang tanah panggang kaya dengan sumber vitamin E. Vitamin E mengunci radikal bebas agar pembentukan plak di dinding pembuluh darah dapat dihindari dan sekali gus mencegah serangan jantung.



Selain makanan di atas, kita seharusnya mengurangkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan lemak, malah memilih makanan yang mengandungi lemak sihat. 


Saya ada rahsia mengurangkan kolestrol secara semulajadi dalam masa yang agak singkat.
Anda boleh mencuba suplemen PHYTOCOL-ST, OMEGA GUARD dan GARLIC. Gabungan ketiga-tiga suplemen ini memang membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, terutamanya Phytocol-ST yang memang dirumus khas untuk menghalang kolestrol LDL memasuki saluran darah. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.









Tukar Angin: Jom Ber 'Wide Shawl"

Hari ni, ai nak santai2 ja kat entry ni. Ni semua terpengaruh dengan iklan2 la ni. Banyak plak kebelakangan ni dok jumpa dengan iklan-iklan wide shawl. So, ai pun nak jugak ubah angin, rasa bosan dah asyik pakai bawal ja ( bukan ikan bawal tu ek, kang ada plak yg terbayngkan ikan bawal atas kepala)

Tapi kan, ai ada masalah besar ni.. Ai tak pandai nak pakai wide shawl ni, kalau shawl size standard tu tahu la jugak. Haha.. Masalah kan, dah beli pastu terkial2 nak pakai. Tengok video macam simple ja sebelum beli tu. Lepas dah ada depan mata, tak tahu plak nak pakai. 

Sapa ada tutorial yang nak share ngan ai, tinggalkan link kat sini, nanti ai p singgah ek.

Ai beli online ja shawl ni, cantik jugak u ols. Bercorak2 bagai.. Sebelum ni kebanyakkan tudung2 ai yang plain ja, tak pandai nak bergaya dengan tudung bercorak. Ai tak reti nak match kan dengan baju.

Kalau u ols suka jugak nak pakai wide shawl moh la singgah fan page ni Cotton Wide Shawl. Murah-murah ja shawl kat situ, derang selalu buat promo. Hah, tak silap ai tengah ada promo lagi sekarang. Ai kalau promo2 ni suka sangat. Admin pun ok, u ols try la usha2 kat situ. Kot2 berkenan.

Sebabkan ai tak tau camna nak pakai, admin page tu bagi satu tutorial kat ai. Nanti i share kat bawah ni k.. Esok baru nak try pakai, hari ni macam tak sempat ja, nanti datang lambat la ai ke office (bapak ai punya office tak pa gak).

 
Ni lah shawl ai beli tu

 
Ni lah tutorial tu, mudah ja kan..


Ok, Selamat mencuba, kalau ada link cara pakai, share la. Thanks.. :)

BAHAYA MINUM AIR DETOK BILA...

Selain jeruk mangga asam boi tu air detok ni pun nak jadi fenomena plak sekarang ni. Ramai juga yang share pasal ni kan. Jadi saya pun nak juga kongsi. 

AWAS! 

Air detok ni memudaratkan tau jika diambil waktu bekerja. Sebab nanti semua kerja terbengkalai gara-gara asyik berulang alik ke tandas. Untuk yang kurang biasa, atau tidak mempunyai masalah sembelit selalunya anda akan berasa kerap ke tandas. Kalau waktu cuti, nak lepak2 kat rumah ja memang ok lah kan nak amalkan pagi, petang, malam pun air detoks ni. Hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...