advertisement

STOP SOALAN YANG MENGGURIS PERASAAN SI BUJANG


Memandangkan bulan ni iaitu disember adalah bulan terakhir untuk kitaran tahun masihi. Pada bulan ni la, dimana cuti sekolah dan ramai juga ibu bapa yang bekerja mengambil cuti untuk beristirehat bersama keluarga dan mengunjungi jemputan majlis raja sehari.

Ai pun tidak terlepas menerima jemputan rakan-rakan yang sudah sampai masa melangkah ke alam berumah tangga. Alhamdulillah ramai kawan-kawan yang telah bertemu jodoh. Tahniah beribu-ribu tahniah buat rakan-rakan semua.

Yang mana sempat atau berkesempatan ai datang ok, Hadiah? tak janji ok. Haha. Dalam bulan ni sahaja, hampir 10 jemputan kawan-kawan (kopak la duit gaji mak nak). Haha..

Macam sebelum ni, mana-mana kenduri yang dihadiri, soalan paling 'femes', "hang bila pulak nak kawen?", "aku dah lepas, hang bila plak?". Atau soalan macam ni " dok tunggu pa lagi, kawen la muda-muda ni". 

Aish, ni yang malas nak datang mana-mana majlis. Rimas dan menyampah dengan soalan-soalan sedemikian. My dear lovely friend, soal jodoh ni biarlah menjadi rahsia Allah. Waktu u ols dah sampai, waktu ai tu tak tahu bila lagi. 

Tanpa kita sedar, soalan serupa itu boleh menyebabkan hati kecil sahabat kita terguris. Mana kita tau kan, masa tu dia baru je putus cinta. Baru ja nak plan kahwin, dah break off plak. Atau mungkin dia tengah ada masalah lain kan.

Kan lebih baik mendoakan semoga sahabat kita bertemu jodoh cepat dan baik. Kalau cakap macam ni rasa lebih baik daripada soalan kat atas tadi tu, "Alhamdulillah, aku dah temu teman sehidup aku, aku doakan hang cepat-cepat temu jodoh dan dapat pasangan yang baik.". Haa, kan sedap bunyinya nanti.

Dari baik-baik sahabat kita datang nak doakan kita, dah jadi sumpah seranah pulak dalam hati nanti. Ye lah, geram dek soalan macam tadi tu. Nanti dah sampai masa dia, mesti dia jemput punya. Sepatutnya hari bahagia kita ni, kita bergembira bersama-sama orang lain, bukannya selfish.

Lepas dah kena macam tu, nanti untuk jemputan lain yang belum sempat hadir, mesti jadi malas nak datang. Dah jadi tak best. Hubungan kita dengan sahabat jadi renggang.

Hal ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Hanya daku rasa ingin meluahkan. 

Salam sayang semua..

Tahniah buat sahabat yang akan melangkah ke alam rumah tangga. Jadi partner yang baik buat pasangan anda ok. ;) 
 

Luahan hati yang di"publish"kan


PILIHAN MUDAH KETIKA LAPAR DENGAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA



Ketika dalam keadaan terlalu lapar dan penat, kebanyakkan akan memilih makanan segera seperti mee segera kerana ianya mudah dan cepat disediakan. Selalunya sesuatu yang mudah dan cepat memang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. 

Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu. Antara contoh makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan ialah mee segera, kentang goreng, burger, makanan ringan (jajan) dan air bikarbonat.

Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.

Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.

Kesan mengambil makanan segera


  1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Kita tahu kesannya pada kesihatan, akan tetapi masih ramai yang memilih untuk tetap menikmati makanan segera. Sesetengah makanan segera memang memberi kenikmatan ketika menikmatinya, hanya sedap di mulut, tetapi akan menderita tubuh badan.

Alangkah kesiannya anak-anak yang masih kecil diberi makanan serupa itu. Jika diamati balik, ianya serupa sampah. Sesetengah makanan segera lebih mahal berbanding makanan yang lebih berkhasiat.


Hukum Pemakaian Telekung Lycra Yang Menjadi Tanda Tanya Ramai



Bila terbaca satu artikel tentang pemakaian telekung lycra ni, saya pun jadi tertarik nak tahu lebih lanjut. Konsep menutup aurat ni jelas, bagi muslimah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat ni bukan ketika solat sahaja, malah wajib menutup aurat jika berada bersama bukan mahram. 

Dulu penah ada isu tentang pemakaian telekung berwarna selain putih. Sebenarnya saya ada kongsikan dulu tentang ni, tentang itu boleh baca artikel saya yang sebelum ni hukum pemakaian telekung berwarna.

Akan tetapi, pada ruangan ini bukanlah saya nak bangkitkan tentang telekung berwarna tu. Adakah telekung lycra tidak memenuhi syarat menutup aurat?

_____________________________________________________________

Berhubung isu telekung lycra, hukum solat dan memakainya bergantung kepada tiga keadaan iaitu harus dan sah solat jika telekung itu besar dan tidak melekat pada tubuh. Solat mereka yang memakainya sah dan tidak perlu diragui kerana aurat terpelihara manakala syarat sah solat telah dipenuhi dengan baik.

Makruh hukumnya memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh hingga kelihatan agak seksi. Namun, solat mereka yang memakai telekung itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Bagaimanapun, haram seorang wanita memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada semua pihak. Namun begitu, solat mereka yang memakainya adalah sah dan tidak perlu mengulanginya.

 
Syarat sah solat sempurna walaupun ia agak sendat. Penanda aurat tidak ditutup dengan sempurna dalam solat ialah apabila warna kulit boleh dilihat dengan jelas seakan-akan si pemakai tidak berbaju. 

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemakaian baju ketat dan sendat tetap diharamkan terhadap wanita di luar kawasan rumah walaupun ia dikira menutup aurat dalam solat.

Haram golongan wanita memakai telekung nipis dan jarang hingga menampakkan kulit tubuh atau aurat secara jelas (bukan bayang) seakan-akan tidak berpakaian, apatah lagi apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram. 

Hukum ini bukan sahaja membabitkan perbuatan memakai, tetapi hukum solat mereka. Wanita yang solat dengan telekung seperti itu adalah tidak sah dan wajib mengulanginya kerana auratnya tidak ditutup dengan sempurna bahkan telah dikategorikan sebagai mendedahkan aurat dengan sengaja ketika solat.

Petikan diambil daripada ruangan BH Online .
_______________________________________________________________

Jadi jelas kan dengan keterangan tersebut. Tutup aurat bukan setakat melabuhkan pakaian tetapi longgar dan tidak jarang. 

Selamat maju jaya ;) 

wasalam..








 

"UBAT DEMAM" YANG BOLEH MAKAN HARI-HARI

 hAh!, ubat demam boleh ka makan hari-hari??. Kalau ubat demam yang ambik kat klinik ngan hospital tu memang la tak boleh. Huhu. Ni saya nak share "ubat demam" yang boleh ambik hari-hari. Bukan hari-hari demam ja, nak makan setiap hari bila-bila masa pun boleh. 

Ni lah ubat demam saya, taraaaaaa







Vitamin C Sustained Release

It just vitamin C ja. Kenapa saya kata ianya ubat demam. Sejak makan Vitamin C sustained release ni saya dah tak ambik sebarang ubat demam atau pun panadol. Anda sendiri tau kan yang ubat-ubatan ni bukan bagus diamalkan selalu. Kalau antibodi badan tak berapa kuat mesti kerap nak demam kan. So, kerap la ke klinik ambik ubat, makan la ubat-ubat banyak drug tu.Huhu.

Kalau boleh elak dari ambik ubat-ubatan drug tu kenapa tak buat kan. Alhamdulillah, sekarang ni saya dah jarang demam, dah dekat setahun rasanya. Macam tak percaya pulak sebab selalunya saya 3 bulan sekali mestilah nak kena selsema , tambah pula kalau musim hujan.

Vitamin C ni kalau tiba-tiba rasa nak demam (rasa lemah badan), patah-patahkan kapsul dan makan. Ia akan membantu mempercepatkan penyerapan sebab surface yang banyak. Kalau perlu ambik la sehari dalam 3 biji(masa nak demam la). Jangan tunggu dah demam baru nak kalut-kalut telan, sebelum kena lah kita kena buat benteng. 

" Vitamin C bertindak sebagai antihistamin yg berkesandgn mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperyi sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Ia mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan baik demam serta mengurangkan alergi yg menyebabkan demam." selanjutnya baca sini >>manfaat vitamin C

Sebotol ni sangat untung dan menjimatkan tau! Mengandungi 180 biji. Untuk diet harian biasa, ambik 1 kapsul sahaja dah mencukupi. Kebiasaannya tahan 5-6 bulan, dengan harga sebotol RM92.50 sahaja.





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905

GILA BERBLOG

Seronok plak berblog ni kan. Rasa macam-macam boleh tulis. Walaupun berjela-jela dok menulis ni tak tahu la sapa nak baca kan. Haha..

Lantak lerr bapa orang nak baca pun, ada aku kisah kan. Ai niat nak share apa yang ai rasa, share aja. Menulis kat entry ni sama macam kita meluahkan perasaan kat orang juga. Puas hati. Tapi, awas! jangan lah menulis benda tak sepatutnya (korang tahu sendiri la apa yg patut atau tak).

Sekarang ai menulis  guna komputer atau laptop. Mr Lappy ai pun dah tak leh on lama2 sangat (maklumlah dah tua). Beli masa belajar dulu (6 tahun dah). Selalu kalau gadjet memang tak tahan lama kan. Nasib lappy ai boleh guna lagi..

I Pad 5 (tak pasti ye ke 5 ni, huhu)

Walaupun Mr lappy masih wokey, tapi ai teringiiiiiiiiiiiiiiin sangat nak pakai I pad (macam kat atas tu). Sebenarnya kan, ai bukan tau sangat pun pasal model Apple ni (berbisik). Haha.. Bukan apa ai tak berapa layan sangat gadjet2 ni, ai teringin nak pakai tablet sebenarnya. Angan-angan mau lebih, sekali teringiiin tab tengok I-Pad la terus. Tak ada yg nak hadiahkan ke? Huhu.. Tak boleh I pad 5, yang biasa-biasa pun boleh lah.. :D

Eh, jangan tanya kenapa ai tak guna Phone nak ber blog (wat semak fon ja nak tambah app blog, haha). Phone kecik ni limited. Huhu.. tab lagi puas.. kan2..

Ok, bulan depan kita rembatlah mana tab yang mampu dulu.. Haha..

Tu ja nak cakap pun, bye.. Selamat maju Jaya.. :)

SET KURUS: OMEGA DAN HERB-LAX




Selain lecithin, omega guard juga membantu memecahkan lemak-lemak terutamanya kolestrol. Malah, omega guard membantu membakar lemak-lemak tersebut terutamanya lemak-lemak lama (yg bertahun-tahun tepu dalam badan).

Bagaimana? 

asid lemak omega-3 yg terdapat dalam OMEGA GUARD membantu bakar lemak dengan membantu badan kita bertindak balas dengan baik terhadap satu hormon yang dipanggil Leptin.
Leptin  pula memberitahu otak kita untuk mengurangkan selera makan. Jadi, jika selera makan kita terkawal, secara tidak langsung kita boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan. Selain itu, Leptin meningkatkan metabolisme badan kita dengan meningkatkan pengeluaran tiriod(ianya mengawal metabolisme badan). Bukan itu sahaja, Leptin juga menyebabkan badan kita membakar lemak untuk tenaga. Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah. 

Kenapa Omega lebih mahal berbanding lecithin?
Saya bagi perumpaan mudah untul anda. Omega umpama kereta Merz(versi baru), manakala Lecithin umpama Viva. Kalau nak uji tahap kelajuan kedua-dua ini, agak-agak yang mana lebih laju? Begitu juga konsep lecithin dan omega. Untuk anda yang terlalu berat(obesiti), saya sarankan ambik omega. 

Boleh tak nak ambik kedua-duanya, omega dan lecithin?

Jawapannya, boleh, tak ada masalah..

Jika anda nak bajet, boleh ambik set kurus bajet ni. Tak ada masalah, mana-mana set pun boleh, tapi omega lebih power la dari lecithin.


Cara makan camna? >>untuk cara makan, mohon pm saya untuk details. Saya kena tahu keadaan anda sebelum konsult cara makan. INGAT! hubungi saya tau untuk cara makan (untuk yg beli melalui saya atau link dalam blog AKU DAN KAMU SAHAJA!!)
 

 Jika anda berminat dan ingin order sendiri, boleh klik . Jika anda inginkan maklumat lanjut boleh hubungi saya. Nak saya orderkan pun boleh tanpa sebarang charge. 

Inginkan diskaun sehingga 20% boleh daftar ahli disini. Keahlian adalah seumur hidup.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3dd420c40e25463497c9fbaabf8b4621



Pembayaran melalui kad kredit/kad debit sahaja. 


Dapatkan konsultasi cara makan melalui saya. Ini penting tau, dapatkan cara makan yang betul.
 
Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...