advertisement

Showing posts with label KEMPEN SIHAT TANPA UBAT. Show all posts
Showing posts with label KEMPEN SIHAT TANPA UBAT. Show all posts

PILIHAN MUDAH KETIKA LAPAR DENGAN MENGAMBIL MAKANAN SEGERA



Ketika dalam keadaan terlalu lapar dan penat, kebanyakkan akan memilih makanan segera seperti mee segera kerana ianya mudah dan cepat disediakan. Selalunya sesuatu yang mudah dan cepat memang mempunyai risiko bahaya yang tinggi. 

Pasti anda(mungkin kanak-kanak atau orang yang sudah dewasa) rambang mata kalau pergi ke kedai runcit. Macam-macam kerepek, 'jajan', gula-gula ada dijual di kedai itu dan anda merasakan hendak membeli semua makanan ringan itu. Antara contoh makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan ialah mee segera, kentang goreng, burger, makanan ringan (jajan) dan air bikarbonat.

Kalau keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah pula, pasti mata anda tertumpu pada kedai-kedai atau restoran makanan segera kan? Ditambah lagi dengan pelbagai hadiah mainan yang menarik, makin membuak-buak keinginan anda untuk memasuki kedai makanan segera itu.

Tetapi anda tahu tak kenapa makanan segera itu tidak elok kepada kesihatan badan? Terdapat beberapa kesan yang tidak elok sekiranya mengambil makanan segera terlalu kerap.

Kesan mengambil makanan segera


  1. Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
  2. Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
  3. Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
  4. Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalah pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
  5. Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser. Takut kan?

Kita tahu kesannya pada kesihatan, akan tetapi masih ramai yang memilih untuk tetap menikmati makanan segera. Sesetengah makanan segera memang memberi kenikmatan ketika menikmatinya, hanya sedap di mulut, tetapi akan menderita tubuh badan.

Alangkah kesiannya anak-anak yang masih kecil diberi makanan serupa itu. Jika diamati balik, ianya serupa sampah. Sesetengah makanan segera lebih mahal berbanding makanan yang lebih berkhasiat.


KEMPEN SIHAT TANPA UBAT


"PERUBATAN MODEN ADALAH PENYEBAB KEPADA HAMPIR SEMUA PENYAKIT"

PERUBATAN MODEN ADALAH SATU PENIPUAN ; JERRY D. GRAY

Setuju tak dengan kenyataan di atas. Ubat hanya menghilangkan "sekejap" sakit tu tetapi bukan menghilangkan punca kepada sesuatu penyakit. Sebagai contoh kita beli ubat dekat farmasi atau klinik sebab sakit kaki, ianya hanya menghilangkan rasa sakit tapi tidak menyembuhkan atau merawat kepada punca sakit kaki tersebut.

Bayangkan, jika anda mengidap penyakit kronik seperti kencing manis, setiap bulan bila buat check-up di hospital mahupun klinik, doktor akan bekalkan anda dengan segala bagai jenis ubat. Alhamdulillah, anda konsisten makan, kadar darah anda kembali baik dan normal. Akan tetapi, jika anda berhenti makan, adakah ia akan kekal baik? Jika anda perlu makan ubat-ubat tersebut selama bertahun-tahun, apakah kesan kepada kesihatan anda? Semakin baik atau semakin memudaratkan. Silap-silap kena penyakit buah pinggang sebab buah pinggang terlalu beban dengan kandungan ubat-ubat tersebut. 

Usah dilihat dari segi penyakit kronik tersebut, cukup dengan sakit-sakit biasa seperti sakit kepala, demam dan selsema. Jika antibodi badan lemah, maka keraplah badan di serang penyakit seperti demam dan selsema ni. masa tu kita mesti juga nak ambik sekurang-kurangnya panadol. Betul tak?

Tahu tak yang panadol perlukan bertahun-tahun nak hilang dari badan kita. Kalau dalam sebulan kita ambik dekat 5 kali juga, bayangkan setahun banyak mana kandungan panadol yang kita telan. Jika anak-anak kita sejak dari kecik lagi dah bagi makan ubat, bayangkan jika usia mereka baru belasan tahun, dah banyak mana makan?? Kesian anak-anak kita(saya tak ada anak lagi, hihi).

Amatlah rugi jika anda dah tahu tentang bahayanya ubat ni, anda masih juga nak teruskan makan. Jika tiada pilihan juga baru lah ambik, seperti tak tahan sangat dengan sakit tersebut. Hanya sekadar nak menghilangkan seketika untuk kita berehat. 


RAWATAN TERBAIK UNTUK MELEGAKAN SAKIT

Habis, kalau tak makan ubat, macam mana nak sihat??

Kita boleh mengelakkan sesuatu penyakit itu datang dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Akan tetapi, kita ni hanyalah manusia, berusaha untuk tidak sakit tapi Allah jua lah yang menentukan.

Kalau saya kan, saya amalkan makan suplemen sudah semestinya dari Shaklee. Kalau rasa nak demam, saya akan ambik Vitamin C sebagai benteng ketahanan antibodi saya. Selain Vitamin C, Vitamin A dan E jugak adalah antioksidan yang baik.

Jika ada masalah kolestrol tinggi yang boleh menyumbang kepada masalah jantung dan darah tinggi, ambil lah Omega Guard atau Phytosol-ST. Kalau untuk masalah kencing manis atau untuk apa2 saja lah, Shaklee ada vivix. Banyak lagi suplemen yang Shaklee keluarkan.

Sebenarnya tak kisah nak makan suplemen atau tidak, jika anda mampu dapatkan nutrien yang lengkap untuk setiap hidangan anda tiap-tiap hari, maka anda tidak memerlukan suplemen pun, tapi persoalannya cukupkah?

Berubahlah kepada gaya hidup lebih sihat, banyak lagi alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain ubat. Sesungguhnya ubat tidak menyembuhkan penyakit anda tetapi hanya manghilangkannya sekejap cuma. Cuba rawatan kampung, seperti akar kayu dan herba-herba, malah di dapur kita sendiri macam-macam kita boleh dapat seperti bawang putih untuk masalah selsema dan kahak. 


Kempen ni akan berterusan dijalankan selagi saya masih bernyawa.. Ewah-ewah over disitu kan.. Hihi.. Apa-apa pun, badan u ols, suka hati u ols lah kan nak telan ubat bergelen-gelen pun.. haha..




Boleh baca ni jugak:-
Kenapa kita memerlukan suplemen





Konsultasi secara percuma 
Jom dapatkan supplemen semulajadi,dan selamat
boleh :-
follow saya di facebook Syida Hashim
atau page saya Alahai Vitamin
atau
hubungi saya syida hashim 01121421925
Email: syida_11@ymail.com
shaklee ID 1068905









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...